Showing posts with label fgv. Show all posts
Showing posts with label fgv. Show all posts

Saturday, February 10, 2018

SKANDAL FELDA: ISA SAMAD SENANG HATI



Image result for skandal isa samad

Image result for skandal isa samad

“Saya tak ada kena mengena lagi dengan Felda. Tanya pengerusi Felda.” - Bekas Pengerusi Felda dan FGV Isa Samad.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/37175/

MUDAH jawapan Isa Samad.


Sudah masuk tahun 2018, tidak ada siapa pun dikenakan tindakan walaupun satu demi satu SKANDAL FELDA didedahkan.

Dan hari ini dengan rasa SENANG HATI, Isa boleh berkata: "Saya tak ada kena mengena dengan FELDA."

Image result for mafia felda 

Itu lah cara Malaysia ditadbir. 

Buat audit, hasil audit dirahsiakan.

Selesai audit, tubuh jawatankuasa siasatan. 

TIGA bulan baru tahu hasil siasatan.

Pentadbiran ala Malaysia.

Saya sudah tiada kaitan dengan Felda, kata Isa Samad


Diterbitkan pada 10 Feb 2018 12:28PM ·

BEKAS pengerusi Felda, Isa Samad berkata beliau tiada kaitan lagi dengan gergasi perladangan negara itu dan enggan mengulas mengenai laporan audit Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

“Saya tak ada kena mengena lagi dengan Felda. Tanya pengerusi Felda,” katanya kepada Berita Harian.

Isa merupakan pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017. Beliau juga dilantik sebagai Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan pengerusi FIC.

Khamis lalu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi laporan audit forensik yang dijalankan terhadap KLVC menunjukkan terdapat ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.
Menurut kenyataan itu, kajian audit berkenaan bermula pada 4 Januari 2018 dengan merangkumi keseluruhan proses bermulanya cadangan projek pembangunan KLVC, proses pelaksanaan sehingga isu pindah hak milik tanah Felda.

Sebanyak 240 dokumen di pejabat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlibat dalam laporan audit itu.

Ia turut melibatkan temu bual dengan semua pegawai terlibat di agensi berkenaan.

Felda juga diarah untuk mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FICSB.

Sebelum ini pengerusi Felda Shahrir Samad berkata perjanjian pemindahan hak milik tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula sebelum beliau memegang jawatan itu pada Januari 2017.– 10 Februari, 2018.

Tuesday, January 23, 2018

TANAH FELDA HILANG: PENEROKA FELDA GUNDAH GULANA FIKIRKAN SHAHRIR SAMAD



Kenyataan Shahrir Samad 

21 Disember 2017: Felda tidak lagi berminat meneruskan pembinaan Kuala Lumpur Vertical City (lihat video di atas) atau laporan ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir


15 Januari 2018: Projek KLVC yang sedang berjalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan tetap diteruskan. Laporan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/projek-kuala-lumpur-vertical-city-tetap-diteruskan-1.784052

Dua KENYATAAN yang NYATA bertentangan dibuat oleh Shahrir Samad, Pengerusi Felda, berkaitan kehilangan tanah Felda melibatkan projek KLVC.


Kejap tak berminat, kejap diteruskan.

Jelas Shahrir bukan lagi Shahrir yang kita kenal dulu. 

Shahrir hari ini sudah berubah. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Jelapang ada singgah ke satu dua perkampungan Felda, menziarah sanak saudara sehari dua ini.

Untuk pengetahuan Shahrir dan Perdana Menteri, peneroka Felda sedang rabung berbincang hal Felda.

Banyak perkara dibincangkan termasuk mengenai Shahrir Samad.

Peneroka tak henti-henti bercakap mengenai sandiwara tanah hilang. Seperkara lagi yang menjadi topik penting ialah peneroka takut mati menanggung hutang Felda.

Kata mereka pemimpin tertinggi ada berjanji hendak mengeluarkan PENYATA hutang peneroka. 

Sampai sekarang tak keluar-keluar.

Kembali kepada isu Shahrir. Macam-macam diperkatakan oleh peneroka. Macam-macam tuduhan dibuat apabila Shahrir cakap "tak minat teruskan projek", kemudian cakap lain, mahu pula teruskan projek KLVC.

Tak sanggup Jelapang hendak cerita apa yang ditohmah oleh peneroka kerana Jelapang pun rasa tak selesa untuk membicarakannya.

Biarlah setakat ini sahaja.


Rujukan
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/296191/kita-nak-balik-tanah-tu-all-costs-tanpa-edit

Thursday, December 28, 2017

ADAKAH SEGALA-GALANYA KERJA ISA SAMAD DI FELDA & FGV?

Image result for isa+sprm

SEMALAM satu blog telah menyenaraikan skandal Felda dan FGV yang melibatkan Isa Samad.

Berikut senarai yang dikeluarkan oleh blog tersebut.

SENARAI SKANDAL TAN SRI ISA SAMAD SEPANJANG BERGELAR PENGERUSI FELDA (2011 – Jan 2017)

MAC 2012:
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.
JUN 2013:
Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)
JULAI 2013:
Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)
OKTOBER 2013:
Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.
Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!
Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)
NOVEMBER 2015:
Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.
Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.
Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!
Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!
(Sumber: astroawani.com)
          JUN 2017:
  Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
DISEMBER 2017:
Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)
          KESIMPULANNYA?
Punca utama adalah apabila Felda (‘lombong emas orang Melayu’) ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!
Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.
ISA SAMAD berada di mana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah di kertas undi suatu ketika dahulu.
Anak Muda.

JELAPANG berpegang kepada prinsip. Sesiapa yang disaluti skandal dan kontroversi TIDAK LAYAK memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan termasuk jawatan Menteri Kabinet.

Apabila Isa diHUKUM kerana politik wang pada tahun 2004, seharusnya beliau digugurkan dari memegang sebarang jawatan di dalam Kerajaan.

Sebaliknya beliau dilantik oleh NAJIB RAZAK menerajui Felda dan FGV. Dan Najib juga meletakkan Isa di SPAD.

Kini Felda dan FGV dilanda bencana.

Jika dilihat kepada senarai di atas, agak pelik juga segala-segalanya diletakkan di bahu Isa.

Felda dan FGV bukan calang-calang syarikat. Semasa disenaraikan dahulu, FGV di war-warkan sebagai penyenaraian kedua terbesar di dunia selepas FACEBOOK.

Sekarang?

Jika dilihat kepada senarai skandal tersebut, tertanya-tanya kita adakah Isa cukup BERKUASA di Felda dan FGV?

Hanya Isa seorang yang melakukan semua skandal ini?

Jelapang hanya ingin bertanya.

Shahrir Samad kena berterus terang dalam hal-hal lain juga mengenai Felda ini. Ada juga yang rasanya Isa Samad tak lakukan.

Contohnya pembelian saham oleh Felda dalam syarikat Eagle High Plantations kepunyaan Peter Sondakh, kawan Najib. Khabarnya harga saham Eagle High merudum. Mungkin Shahrir boleh memberi sedikit pencerahan.

Dan jangan lupa bagaimana Iris Corporation (di mana FIC mempunyai kepentingan sebanyak 21 peratus) hilang bisnes paspot Malaysia kepada sebuah syarikat kepunyaan kawan Najib.

Mana lebih penting, kepentingan peneroka atau kepentingan kawan? 

Lagipun dalam 3 hari lagi, kita akan menutup tirai 2017.

Tahun 2017 ini boleh dilihat sebagai tahun publisiti.

Riuh rendah SPRM - tangkap orang itu, tangkap orang ini. Soal orang itu soal orang ini.

Image result for annuar musa sprm

SPRM siasat Annuar Musa, siasat Bung Mokhtar, siasat YPEIM serta ahli keluarga Ustazah Zaleha dan ramai lagi yang akan Jelapang senaraikan nanti.

Tapi setakat riuh publisiti saja lah.

Tak ada seorang pun yang didakwa.

Lebih mengejutkan apabila Annuar Musa terselamat dari pendakwaan. 

Cerita lama ketika beliau menjadi Menteri menjaga PPRT masih segar dalam ingatan kita.

Kes tanah Felda ini tak lebih dari publisiti hujang tahun sambil rakyat Malaysia merayakan Krismas dan Tahun Baru serta mengikat perut.


Thursday, August 24, 2017

CHEF WAN: LINTAH DARAT HISAP DARAH PENEROKA FELDA. ALLAH AKAN BAYAR CASH!



Image result for chefwan

BERIKUT IALAH LUAHAN PERASAAN CHEF WAN, ANAK PENEROKA FELDA, MENERUSI INSTAGRAM BELIAU BERIKUTAN PENAHANAN BEKAS PENGERUSI FELDA DAN FGV ISA SAMAD OLEH SPRM.

I am so disgusted reading all this coruption stories in the media with regard to FELDA.

Setinggi tinggi Tupai melompak diakhirnya Allah itu telanjang kan mereka2 ini sehingga malu seisi keluarga mereka hari ni.

Its all about power and greed some of these politicians.

Being anak Felda segala pengalaman pahit getir saya yg hidup sebagai anak peneroka selama ini jika saya cerita satu persatu pasti ramai yg akan menangis bersama sama di pagi ini.

What happened sangat mengecewa kan kita.

As i think back of all the hardship of both my parent as other Felda settlers in this country sejujur jujurnya hati saya menangis pagi ni..

I feel so sad that these people have betrayed us.

Harap kan pagar...pagar yg makan kan padi.

Mereka2 ini seumpama lintah darat yg menghisap darah2 kami peneroka2 yg selama ini bersusah payah mencari rezeki untuk keluar dari hidup kemiskinan kami.

We had so much hope and give that trust to them and begini jadinya semua.

Kini segala harta negara yg di amanah kan kepada mereka2 ini di salah gunakan.

So sad and tersangat kecewa rasa di hati hari ini. All that struggled that we went through only to see hari ini manusia yg tamak begini menipu kami di siang hari.

Orang Islam apa kah ini yg solat 5 waktu, performed Umrah dan Haji serta bersyarah di kalayak ramai tetapi sebenar bertopeng kan syaitan?

Is this the true happiness that one needs to pursue in life by being manipulative and cheating others?

There so many of u out there...ingat its a matter of time that each one of u will have to face Allah for all this jika tidak diakhirat nanti diatas dunia ini Allah itu akan bayar kan cash!

Saturday, July 22, 2017

BONUS PENEROKA FELDA MASA PRU-13 RM15,000. TAHUN INI BROOM RM30,000?



- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

ESOK peneroka FELDA akan dapat bonus.

Pada tahun 2012, setahun sebelum PRU-13, keluarga peneroka Felda dapat RM15,000. Hanya peneroka 'HARAM JADAH" (perkataan yang digunakan oleh Najib Razak - video atas) yang tak dapat bonus tersebut.

Bonus RM15,000 ini adalah hasil penyenaraian FGV. 

Sekarang tahun 2017. FGV dah buat macam-macam. Beli hotel di London. Melabur di Kanada. Kesemua pelaburan ini BERJAYA.

FGV pun untung, walaupun kurang banyak. Janji untung.

Kalau pada 2012, ketua keluarga dapat bonus RM5,000, isteri peneroka RM5,000 dan anak-anak peneroka RM5,000 (jumlah keseluruhan RM15,000), sudah pasti, berdasarkan kejayaan Felda di bawah Najib ini, bonus yang akan diumumkan esok pasti lebih BESAR dari 2012.

Mungkin RM10,000 untuk ketua keluarga, RM10,000 untuk isteri peneroka dan RM10,000 untuk anak-anak peneroka.

Jumlah keseluruhan RM30,000 paling munasabah berdasarkan kejayaan Felda diluar negara. 

Lagi pun gaji pengarah-pengarah Felda tinggi-tinggi belaka. Gaji Isa Samad lebih RM2 juta setahun, setakat bagi RM30,000, 5 tahun sekali dekat-dekat PRU-14 ini, apa lah sangat. 

Esok, giranglah muka-muka peneroka Felda. Tambah-tambah pula esok peneroka akan turut sambut harijadi Najib.

Selamat berpesta kepada peneroka Felda yang berpusu-pusu turun ke Kuala Lumpur. 


Tuesday, June 20, 2017

AGENSI PERJUANG MELAYU ROSAK. ADAKAH NAJIB SERIUS TADBIR NEGARA?

Image result for isu+fgv+doj+najib

LETAK Jawatan di FGV, diberi jawatan di SPAD.

Apakah Najib Razak serius mentadbir negara?

Sudah berapa banyak entiti yang menjadi landasan memperjuangkan kepentingan Melayu ROSAK kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri?

1. FGV - Isa Samad.

2. Tabung Haji - Azeez Rahim.

3. MARA - Annuar Musa (sedang disiasat oleh SPRM)

4. FELCRA - Bung Mokhtar (disiasat SPRM berkaitan pembelian saham amanah dan bekas Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman disiasat berkaitan pemberian bonus melibatkan beliau, Timbalan Menteri Ismail Abdul Mutalib dan Halimah Siddique).

5. YPEIM - agensi membantu anak-anak yatim

Jangan kata agensi besar-besar. Agensi yang memberi pinjaman kecil-kecilan pun rosak dek rasuah.

Kenapa ini terjadi?

Kerana Najib tidak serius mentadbir negara?

Atau sibuk menguruskan isu yang melibatkan diri dan keluarga beliau...

Sunday, June 11, 2017

TERUBATNYA LUKA PENEROKA FELDA SELEPAS DAPAT RM780

Image result for najib+felda+dividen+johor

HEBAT politik Najib Razak.

Dalam keadaan Felda dan FGV melalui pelbagai kontroversi dan masalah, peneroka Felda hilang rasa gusar seketika semalam. 

Hadiah dari Perdana Menteri untuk hari raya ini berupa - RM500 duit raya untuk satu keluarga peneroka dan RM280 berupa dividen FGV.
  
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/insentif-raya-rm500-dividen-rm280-untuk-peneroka-felda-pm-najib-145809

Itu kelebihan Najib. Getir mana pun keadaan kewangan FGV, marah macamana pun peneroka terhadap kerajaan, akan ada ketikanya perasaan marah itu diubati. 

RM780 menjadi ubatnya.

Selamat hari raya kepada peneroka.

Sedikit fakta mengenai FGV jika ada yang terlupa.

2012: Terbitan (saham) tawaran awam permulaan (IPO), kedua terbesar di DUNIA selepas FACEBOOK.

IPO: FACEBOOK bernilai US$16 bilion
       FELDA FGV: US$3.1 bilion

HARGA SAHAM TERKINI: Felda FGV RM1.66
                                  Facebook: US$149.50 (RM637.96)

KEUNTUNGAN FELDA FGV: 2013: RM982.25 juta
                                     2015: RM182.32 juta
                                     2016: RM31.47 juta

Wednesday, June 7, 2017

FELDA: BIAR SPRM SIASAT ISA & ZAKARIA BUKAN IDRIS JALA

Keputusan saya dalam pelaburan ‘tidak masuk akal’ FGV diketepikan, kata Zakaria

CEO Felda Global Ventures Zakaria Arshad: "Saya juga bersedia untuk disiasat dan mendesak SPRM untuk menyiasat FGV supaya apa sahaja salah laku dalam syarikat dapat dibongkar.”

Pengerusi FGV Isa Samad: "Terserah kepada SPRM. Dia nak masuk, masuklah, kita tiada masalah. Buat masa ini, hanya Internal Audit (IA) sahaja yang melakukan siasatan."

DUA orang besar FGV mahukan SPRM menyiasat mereka TETAPI kenapa Najib Razak melantik Idris Jala "sebagai pihak bebas untuk meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan mengenai keputusan Lembaga FGV menggantung ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan dan dua orang anggota kanan pasukan pengurusan selepas berunding dengan semua pihak berkaitan.?

Isa menuduh Zakaria melakukan kesalahan dan Zakaria memberi gambaran ada SALAH LAKU dalam FGV.

Apa perlunya Idris Jala lakukan siasatan. Serahkan sahaja kepada SPRM. 

Tuesday, June 6, 2017

FELDA: APABILA SYARIKAT MELAYU BERGADUH


TAK banyak syarikat yang benar-benar kepunyaan Melayu yang disenaraikan di Bursa saham.

Antara syarikat Melayu yang besar yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ialah - Felda Global Ventures - kepunyaan orang Melayu dan peneroka Melayu. Pengerusinya orang Melayu -- Namanya Isa Samad yang satu ketika dulu terlibat dengan politik wang Umno.

Ketua Eksekutif nya juga Melayu - Zakaria Arshad. Keseluruhan FGV ini Melayu lah yang uruskan. 

Berniaga tak lah pandai sangat tetapi boleh lah. Semasa disenaraikan pada 2012 dulu, gah penyenaraian FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas FACEBOOK.

Harga senarai RM4.55. Semalam harga FGV RM1.62.

Semalam syarikat terbesar Melayu ini bergaduh besar.

Pergaduhan antara pengerusinya Isa Samad dan CEO FGV Zakaria.

Tak selalu syarikat-syarikat besar pengurusannya bergaduh.

Hari ini FGV menarik perhatian ramai bagaimana syarikat Melayu diuruskan.



Berikut kenyataan Zakaria Arshad:



CEO FGV dakwa cuba hentikan pelaburan tak masuk akal

6 Jun 2017, 6:37 petang 6 Jun 2017, 6:53 petang





Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".
Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.
"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata olehThe Star.
Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.
Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.

Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya.
Isa dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu.
Beliau juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanya mengenai dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau cuba memberhentikan Zakaria untuk menutup salah laku sendiri.

Thursday, June 11, 2015

SAHAM FELDA MERUDUM. TERENDAH (RM1.86) SEJAK PENYENARAIAN


http://www.bharian.com.my/node/60698

* Harga penyenaraian saham Felda (FGV) pada 28 Jun 2012 ialah RM4.55