Tuesday, June 6, 2017

FELDA: APABILA SYARIKAT MELAYU BERGADUH


TAK banyak syarikat yang benar-benar kepunyaan Melayu yang disenaraikan di Bursa saham.

Antara syarikat Melayu yang besar yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ialah - Felda Global Ventures - kepunyaan orang Melayu dan peneroka Melayu. Pengerusinya orang Melayu -- Namanya Isa Samad yang satu ketika dulu terlibat dengan politik wang Umno.

Ketua Eksekutif nya juga Melayu - Zakaria Arshad. Keseluruhan FGV ini Melayu lah yang uruskan. 

Berniaga tak lah pandai sangat tetapi boleh lah. Semasa disenaraikan pada 2012 dulu, gah penyenaraian FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas FACEBOOK.

Harga senarai RM4.55. Semalam harga FGV RM1.62.

Semalam syarikat terbesar Melayu ini bergaduh besar.

Pergaduhan antara pengerusinya Isa Samad dan CEO FGV Zakaria.

Tak selalu syarikat-syarikat besar pengurusannya bergaduh.

Hari ini FGV menarik perhatian ramai bagaimana syarikat Melayu diuruskan.



Berikut kenyataan Zakaria Arshad:



CEO FGV dakwa cuba hentikan pelaburan tak masuk akal

6 Jun 2017, 6:37 petang 6 Jun 2017, 6:53 petang





Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung hari ini, berkata beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak masuk akal".
Antara pelaburan itu, katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling (kira-kira RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd , sebuah syarikat nano karbon, yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.
"Sekarang mereka (lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta pound lagi. Bagi saya ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," beliau dipetik sebagai berkata olehThe Star.
Pelaburan lain, kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM300 juta bagi membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer, yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.
Zakaria juga melahirkan rasa tidak puas hati mengenai amalan rundingan terus.
"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung ... Saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya mahu menguatkuasakan dengan tegas, maka ini apa yang berlaku," katanya.
Penggantungan Zakaria dibuat selepas beliau dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat Afghan.

Zakaria, dalam surat kepada Isa, menafikan beliau telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya.
Isa dalam satu sidang akhbar hari ini berkata, audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu.
Beliau juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanya mengenai dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau cuba memberhentikan Zakaria untuk menutup salah laku sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Dulu dsri Adun dan menteri beso sama sama kamcing... sekarang suda gaduh woo.. bila pengerusuan di beri pada yg tak tahu brrniaga.. nnpk ssgt orang yuduh org melayu x reti berniaga.. sepatutnya frlda perlu diurus oleh shli perniagaan bukan org politik....

Anonymous said...

Bukan ker dia ni salah sorang mafia fgv? Yang gambar sedang hisap cerut kat UK dgn saudara azalina?