ALHAMDULLILAH. Akhirnya semua sudah SELESAI.
Terima kasih Al-Sheikh Adel Al-Jubeir kerana telah mengaku bahawa duit yang ada di dalam akaun Najib Razak adalah sumbangan dari Arab Saudi.
http://www.malaysiakini.com/news/337917
MALU besar Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan penjelasan Al-Sheikh ini.
Al-Sheikh ini pun satu. Kenapa baru sekarang nak mengaku kerajaan Arab Saudi bagi derma. Dua bulan lepas kata PELABURAN, hari ini kata DERMA.
Kalau awal-awal membuat PENGAKUAN macam hari ini, tidaklah negara ini jadi huru-hara.
1. SPRM tak payah berulang alik ke seluruh pelusuk dunia berjumpa Tok Arab nak siasat betul ke duit itu derma dari Arab Saudi.
2. Gani Patail sudah pasti masih Peguam Negara dan tak perlu diPECAT oleh Najib.
3. Dua pegawai SPRM tak lah perlu bertukar kerja ke JPM.
4. Cuma yang rugi ialah Nur Jazlan dan Reezal Merican. Kalau awal-awal Al-Sheikh mengaku Arab Saudi menderma, tak dapatlah mereka berdua merasa menjadi Timbalan Menteri.
5. Isteri Najib, Rosmah Mansor, sudah pasti tak kena BOO semasa Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini.
6. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sudah pasti tak diPECAT Najib.
7. Najib pun tak perlu hendak bagi BALIK duit derma RM2 bilion lebih kepada pendermanya.
8. Najib juga tak perlu habis berjuta ringgit jaga Ketua-Ketua Bahagian.
9. PAC pun tak perlu bersidang dan keluarkan laporan yang beratus muka surat dan tebalnya hampir 2 inci.
10. Tun Mahathir pula HILANG jawatan Penasihat Petronas.
11. Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tak perlu pun dibuat secara tertutup sehingga ahli Umno yang bukan perwakilan dipaksa melihat berulang kali ucapan pemimpin yang di"censor" oleh Raof dan geng-geng Teuku Adnan.
12. SKMM pun tak payah kerja kuat sekat Malaysian Insider serta blog kawan-kawan seperti Syedoutsyedthebox dan Din Turtle.
13. Sarawak Report pun tak akan sepopular sekarang.
14. Orang pun tak akan kenal kawan-kawan Najib seperti Jho Low, Tariq Obaid dan beberapa lagi.
15. Nama Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara, sudah pasti tidak dicemar sebegini rupa.
16. FBI dan Peguam Negara Switzerland pun tidak perlu habiskan wang rakyat menyiasat kes ini.
Banyak lagi kalau hendak disenaraikan kesemua penganiayaan disebabkan kelewatan Al-Sheikh Adel ini mengaku duit tersebut duit derma.
INI SEMUA SALAH AL-SHEIKH ADEL.
Demi untuk membersihkan nama Perdana Menteri sebersih kapas, tibalah masanya Najib mengarahkan SIASATAN penuh dibuat agar rakyat benar-benar YAKIN dengan jawapan yang diberikan oleh Al-Sheikh Adel hari ini.
Tidak ada apa hendak diSOROKkan lagi.
Selama ini kita semua salah sangka.
Kita tunjuk semua akaun 1MDB, dalam dan luar negeri. Tunjuk RESIT RM2 bilion yang Najib hantar balik kepada Arab Saudi.
Kita tunjuk semua laporan Akauntan Negara dan Bank Negara.
Kita bagi Tun Mahathir malu. Biar padan muka Tun.
Kita tunjuk kepada rakyat bahawa Tun Mahathir KAKI FITNAH.
Kita tunjuk semua. Tak perlu lagi nak sorok-sorok hasil siasatan SPRM, Bank Negara, Polis dan Akauntan Negara.
Padan muka Tun Mahathir, kaki fitnah.
Kepada Azalina Othman Said, tindakan beliau mempertahankan Najib BETUL.
Sekarang Azalina perlu menulis surat kepada FBI dan Peguam Negara Switzerland supaya memberhenti siasatan serta merta kerana Arab Saudi sudah mengaku wang tersebut adalah pemberian dari mereka dan kita saman New York Post dan Wall Street Journal.
Seperti kata Al-Sheikh Adel, KES DITUTUP.
Alhamdullilah.