skip to main |
skip to sidebar
Definisi baru golongan pertengahan Melayu menurut Ketua Bahagian Sri Gading dan Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi:
"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta."
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131002/re_05/Tambah-golongan-pertengahan-Melayu
Jelapang:
Cita-cita Ketua Bahagian Sri Gading ialah melahirkan Melayu pertengahan yang pakai Mercedes, ada rumah banglo dan ada harta antara RM2 juta hingga RM3 juta.
Atau dengan kata lain, Melayu golongan pertengahan adalah jutawan.
Begitu "keprihatinan" seorang Ketua Bahagian dalam memahami kesempitan rakyat.
Aziz bukan muda orangnya untuk memahami keperitan rakyat tetapi malangnya beliau berfikiran umpama seorang bangsawan.
Pada usia 54 tahun, tidak terlambat untuk Aziz merenung nasib Melayu dan mungkin membuang sedikit masa membuat kajian ilmiah mengenai keperitan orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Tidakkah Aziz berminat untuk mengetahui bahawa:
1. 73.1 peratus penyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera atau 8.04 juta pemegang ASB mempunyai simpanan di bawah RM5,000.
2. Simpanan orang Melayu/Bumiputera di dalam KWSP purata RM21,000 seorang.
Nampaknya Aziz antara golongan pemimpin yang berfikiran "Mercedes".