Friday, August 17, 2018

BUDAYA CACIAN SEGAR BUGAR DALAM PAKATAN



"WALLAHI, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah saya bukan kaki perempuan, saya tak minum arak."

Sekitar tahun 1990an, seorang pemimpin Umno (Allahyarham) yang memegang jawatan tinggi dalam parti, tiba-tiba tersedar beliau akan ditentang oleh seorang pemimpin muda untuk jawatan beliau.

Dicabar itu biasa. Yang mengejutkan beliau ialah cara kem pemimpin muda ini berkempen.

Tanpa disedari oleh pemimpin tertinggi tersebut, beliau dicerca di akar umbi Umno. Kem anak muda ini menyebarkan fitnah beliau kaki betina, kaki arak dan sebagainya.

Malangnya pemimpin ini hanya sedar mengenai cacian ini di saat-saat akhir.

Maka beliau turun ke akar umbi dan bertemu perwakilan Umno dan mengangkat tangan dan bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa beliau "bukan kaki arak dan bukan kaki betina."

Allahyarham kalah dan hilang jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan. Tukang-tukang kempen masa itu ada di kalangan mereka berjawatan Menteri.

Itulah cara berkempen masa itu.

Hari ini, dalam Pakatan pun sama, katanya.

Tidak menghairankan budaya 1990an ini segar bugar dalam salah sebuah parti komponen Pakatan kerana asal usul protagonisnya juga dari Umno dan selera mereka hanya mengejar jawatan. 

Dan mereka-mereka yang berkempen untuk menjatuhkan Allahyarham pemimpin tertinggi Umno waktu itu, masih hidup dan ada di antara mereka masih aktif berpolitik.



1 comment:

Anonymous said...

Ini berlaku sebab "main actor and playwrite" masih ada. Selagi bijat ini wujud selama itulah negara kucar kacir. Biasalah, baling batu sembunyi tangan. Kotor betul. Inikah karakter yang kita mahu memimpin negara?