Saturday, August 26, 2017

KHIR TOYO: PEMIMPIN UMNO HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN

Image result for khir toyo+najib

Bekas Menteri Besar Selangor memberi GAMBARAN amat tepat mengenai perwatakan pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini.

"HIDUP KEPURA-PURAAN dan TAKUT BUAT PENILAIAN SEBENAR"

Tahniah kepada Khir Toyo. Itulah realitinya watak-watak di dalam Umno bermula dari presidennya, Najib Razak, ahli-ahli kabinet beliau dan Ketua-Ketua Bahagian.

Pedih TEGURAN Khir Toyo, tetapi itulah KENYATAAN nya.

Berikut tulisan Khir Toyo di Facebook beliau pada 14 Ogos 2017 yang lalu.

Jalan Mudah Ialah Memijak Mereka Yang Diam

Barisan Nasional Selangor masih tidak tahu mengapa mereka kalah teruk dalam pilihan raya 2013.
Mereka beranggapan kekalahan BN Selangor pada 2008 kerana saya. Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor.
Saya dibicara dan dipenjarakan.
Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk.
BN rampas Perak dan Kedah, namun nyaris kalah di Terengganu. BN Terengganu tinggal majoriti 2 kerusi.
Masalah dalam BN dan UMNO ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat.
Mereka bersorak menang besar di Sungai Besar. Sebelum PRK semua diminta bersatu dan membantu parti. Selepas menang, jasa dan sumbangan milik orang tertentu sahaja..
PRK Sungai Besar, Undi yang diterima calon Barisan Nasional, YB Budiman Mohd Zohdin hanyalah 16,800 undi berbanding undi yang diterima oleh Allahyarham Noriah Kasnon sebanyak 18,695 undi. Bayangkan undi merosot hampir 2000.
Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?

Thursday, August 24, 2017

CHEF WAN: LINTAH DARAT HISAP DARAH PENEROKA FELDA. ALLAH AKAN BAYAR CASH!



Image result for chefwan

BERIKUT IALAH LUAHAN PERASAAN CHEF WAN, ANAK PENEROKA FELDA, MENERUSI INSTAGRAM BELIAU BERIKUTAN PENAHANAN BEKAS PENGERUSI FELDA DAN FGV ISA SAMAD OLEH SPRM.

I am so disgusted reading all this coruption stories in the media with regard to FELDA.

Setinggi tinggi Tupai melompak diakhirnya Allah itu telanjang kan mereka2 ini sehingga malu seisi keluarga mereka hari ni.

Its all about power and greed some of these politicians.

Being anak Felda segala pengalaman pahit getir saya yg hidup sebagai anak peneroka selama ini jika saya cerita satu persatu pasti ramai yg akan menangis bersama sama di pagi ini.

What happened sangat mengecewa kan kita.

As i think back of all the hardship of both my parent as other Felda settlers in this country sejujur jujurnya hati saya menangis pagi ni..

I feel so sad that these people have betrayed us.

Harap kan pagar...pagar yg makan kan padi.

Mereka2 ini seumpama lintah darat yg menghisap darah2 kami peneroka2 yg selama ini bersusah payah mencari rezeki untuk keluar dari hidup kemiskinan kami.

We had so much hope and give that trust to them and begini jadinya semua.

Kini segala harta negara yg di amanah kan kepada mereka2 ini di salah gunakan.

So sad and tersangat kecewa rasa di hati hari ini. All that struggled that we went through only to see hari ini manusia yg tamak begini menipu kami di siang hari.

Orang Islam apa kah ini yg solat 5 waktu, performed Umrah dan Haji serta bersyarah di kalayak ramai tetapi sebenar bertopeng kan syaitan?

Is this the true happiness that one needs to pursue in life by being manipulative and cheating others?

There so many of u out there...ingat its a matter of time that each one of u will have to face Allah for all this jika tidak diakhirat nanti diatas dunia ini Allah itu akan bayar kan cash!

Monday, August 21, 2017

F UNTUK PRIMA. PRIMA GAGAL SIAP RUMAH

Image result for pr1ma+cabutan+najib

Selepas KR1M, Jelapang nak sentuh mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia.

Bukan apa. Kasihan tengok Najib Razak. Projek idaman beliau tidak semuanya menjadi. 

Macam-macam pelancaran dibuat PRIMA seluruh negara. Cabut undi pun sudah. Tetapi rumah tak siap-siap.

Yang ada dalam lembaga pengarah PRIMA pun hebat-hebat belaka - Tengku Zafrul, Alies Anor, Shazally Ramli dan orang politik pun ada. 

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, baik kita ingatkan beliau akan janji-janji PRU 13 dahulu. Tempoh mandat beliau sudah hampir 5 tahun, malangnya ada janji-janji yang belum ditepati. Antaranya rumah PRIMA.

Image result for aku janji+pru 13 rumaH prima

Walaupun tinggal beberapa bulan saja lagi PRU14 akan diadakan, rasanya masih ada masa buat Najib menepati janji beliau mahu membina 500,000 buah rumah PRIMA menjelang 2018.

Bagaimana pun kita tengok pencapaian PRIMA sejak 2013 sehingga hari ini, tahun 2017.

JUMLAH YANG DIJANJIKAN SIAP PADA 2018 DI DALAM MANIFESTO PRU13: 500,000 BUAH RUMAH

JUMLAH RUMAH PRIMA YANG TELAH SIAP DIBINA: 8,475

JUMLAH YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA PEMILIK: 934 BUAH

atau dengan kata lain:

Peratusan rumah PRIMA yang telah siap dibina: 1.69 PERATUS

Peratusan rumah PRIMA yang telah diserahkan kepada pemilik: 0.18 PERATUS

Image result for skim markah peperiksaan

KALAU hendak diberikan markah kepada PRIMA berdasarkan skim permarkahan sekolah, maka GRED yang diperolehi PRIMA ialah:

G (GAGAL) atau F (FAIL)


Itulah pencapaian AKU JANJI BN di dalam manifesto PRU 13.





Sunday, August 20, 2017

GAGAL 1: PROJEK KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA NAJIB RAZAK GAGAL

Image result for kedai rakyat 1 malaysia+najib

“Peluang telah diberikan, saya tak nak sebut nama syarikat. Saya sendiri pergi ke Kedai Rakyat 1Malaysia sebab di bawah Umno Bahagian Bagan Datuk ada, saya bagi peluang untuk kedai itu dibuka dengan sewa yang cukup-cukup rendah. Sebab saya wujudkan kedai itu untuk membantu rakyat di kawasan saya. Tapi jelas harganya lebih mahal, sedangkan kerajaan beri peruntukan tertentu kepada syarikat itu untuk menjual barang di bawah harga pasaran.” - Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamid.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/29/zahid-arah-tamat-kontrak-pengendali-kr1m-jual-barang-mahal/

Image result for kedai rakyat 1 malaysia+hamzah

"Mydin kata dia nak 'give up'. Sudah tentu kita cari operator yang baharu. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang berbincang dengan pengusaha-pengusaha yang baharu.Mydin mungkin tidak lagi mahu meneruskannya." -Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hamzah Zainuddin.


GAGAL.

Kedai Rakyat 1Malaysia - GAGAL.

Tujuan Najib Razak menubuhkan KR1M ini ada untuk membantu mereka yang kurang mampu.

Tetapi harga barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) MAHAL. Bukan saya kata, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang cakap dan Menterinya berkata Mydin sudah tak mahu lagi menguruskan kedai tersebut.

Apa yang boleh kita simpulkan? Satu lagi projek NAJIB Razak GAGAL!


Thursday, August 17, 2017

KESUDAHANNYA ISA SAMAD DIHINA

Image result for isa samad
ISA SAMAD, Ahli Parlimen Jempol, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Pengerusi Felda, semalam dipakaikan baju OREN SPRM dan di"ARAK" untuk tatapan awam seluruh Malaysia.

Ramai ahli politik Umno disiasat SPRM sebelum Isa. Kes LEMBU melibatkan Shahrizat Jalil dan keluarga beliau, Shahrizat tidak dipakaikan baju oren. Tajuddin Rahman disiasat kes pembayaran kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra, tidak dipakaikan baju oren.
Image result for annuar musa mara sprm
Annuar Musa disiasat kes Mara, tidak juga disarung baju oren.

Bung Mokhtar Radin dan isteri glamour beliau, Zizie Izzette, disiasat kes pembelian saham amanah oleh Felcra, tidak dipakaikan baju oren. Bekas Ketua Wanita Umno Kelantan Ustazah Zaleha Hussin sehingga hari ini tiada pendakwaan dilakukan.

Ada yang tidak disiasat langsung oleh SPRM seperti anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, kawan Najib Jho Low, Nik Faisal Nik Ariff Kamil, Suboh Mat Yassin dan ramai lagi.

Semalam Isa dipertontonkan kepada khalayak ramai - seolah-olah - inilah muka perasuah.

Itulah nasib Isa.

Orang lain seperti Riza Aziz, Annuar Musa, Shahrizat Jalil, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Ustazah Zaleha, Jho Low, Nik Faisal dan Suboh tidak dimalukan seperti Isa.
Image result for riza aziz jho low Hampir setiap hari SPRM memaklumkan kepada orang awam - hari ini kami serbu rumah Isa di Senawang, hari ini kami serbu rumah Isa di Nilai, kami jumpa RM100,000 di dalam peti besi, hari ini kami serbu pejabat Isa di SPAD.

Skrip ini tiada untuk Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Shahrizat Jalil, Nik Faisal, Jho Low dan yang lain-lain.

Itulah nasib Isa. Skrip ini dicipta khas untuk beliau. Tujuannya: hanya yang menulis skrip ini tahu tujuannya.

Untuk menghina Isa? Memalukan Isa dan keluarganya?

Itulah sebabnya, setia membuta tuli tiada faedahnya.

Jika Isa perasuah, sumbatlah beliau ke dalam penjara.  Tiada kompromi kepada pengamal rasuah.

Hari ini, Isa akan sedar siapa sebenarnya kawan-kawannya. Semalam semasa di "arak" masuk ke mahkamah, tercari-cari kita mana kawan-kawan Isa.

Ada kawan-kawan Isa yang anak-anak mereka diberikan pekerjaan di Felda oleh Isa.

Mana pergi Fauzi Setiawangsa yang menerima gaji percuma RM5,000 dari Felda yang diuruskan oleh Isa?

Mana Wan Amizan? Mana Ahli Parlimen Paya Besar? Mana Abdullah Hasnan Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah? Mana Ahli Parlimen Grik? Mana Ahli Parlimen Sik?

Mana 30 orang yang Isa uruskan mendapat pendapatan RM5,000 sebulan? Di mana mereka ketika Isa dihina?

Kalau mereka lupa siapa mereka, lihat senarai 30 penerima elaun RM5,000 sebulan di bawah ini.



Dengan episod semalam, berakhir lah karier politik Isa. Di bunuh oleh kawan sendiri.



Monday, August 14, 2017

KHIR TOYO HADIAH PENYAPU PADA KAKITANGAN AWAM BN HILANG SELANGOR, BALING SELIPAR PADA ORANG TUA, BN HILANG SATU MALAYSIA?



MENURUT Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU-12, BN kalah di Selangor kerana tindak tanduk Menteri Besar ketika itu Khir Toyo menghadiahkan PENYAPU kepada kakitangan awam.

http://malaysianreview.com/179779/tengku-adnan-akui-khir-toyo-antara-punca-bn-kalah-di-selangor/

Image result for khir toyo+penyapu

Semalam di Shah Alam, SELANGOR, di Majlis Nothing2Hide anjuran parti Bersatu, TV3 melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad diBALING SELIPAR. 

Jika memberi PENYAPU boleh menyebabkan BN KALAH di Selangor, bagaimana dengan MEMBALING SELIPAR kepada orang tua berumur 92 tahun?

BN hilang satu MALAYSIA?

Kita perlu ingat, orang Melayu diajar beradab dan ada tatatusila, tidak kurang ajar. Orang Melayu beradab dan ada agama.

Membaling selipar adalah perbuatan kurang ajar, tambah-tambah lagi membaling selipar kepada orang tua.

Apakah Tun Mahathir tidak ada jasa? Apakah Tun Mahathir tidak ada sedikit pun sumbangan kepada negara?

Jika Tun Mahathir tiada jasa sekali pun, beradab ke kita membaling selipar kepada beliau, orang tua berusia 92 tahun?

Adakah kita mengajar anak kita membaling selipar kepada orang yang kita tidak sukai?

Panggillah Tun Dr Mahathir dengan apa saja nama - Mahafiraun, Nyanyok, atau apa saja - tidak mengapa.

Tetapi apabila dibaling dengan selipar, ia adalah perbuatan yang cukup kurang ajar.

MAK BAPA kita tak pernah mengajar kita membaling selipar kepada orang tua.

Ingatlah, apabila Khir Toyo menghadiahkan atau sampaikan (bukan baling) penyapu kepada kakitangan awam, BN RANAP di Selangor.

Ini BALING SELIPAR kepada orang tua. Ingatlah kepada insiden ini, apabila BN hilang satu Malaysia nanti.

Wednesday, August 9, 2017

PERKASA: BERAPA PEKERJA DARI CHINA AKAN DIBAWA MASUK UNTUK PROJEK ECRL?



































Kenyataan Perkasa.

Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.

Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?

Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???

Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.

Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.

Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
SU Agung Perkasa
010-2283001


Jelapang: Benar atau tidak dakwaan Perkasa mengenai perjalanan majlis tersebut perlu dijawab? Tetapi Najib Razak kenalah jawab persoalan yang penting yang dibangkitkan oleh Perkasa. Soalan-soalannya:

1. Adakah pengacara majlis tersebut dibawa dari CHINA?

2. Benarkah tiada BENDERA MALAYSIA di majlis itu?

3. Apakah pekerja projek tersebut dibawa dari China?

4. Berapa ramai pekerja dari Tanah Besar China akan dibawa masuk untuk projek ini?



Tuesday, August 8, 2017

AHLI POLITIK, AHLI PARLIMEN, EXCO PERAH FELDA. AMBIL GAJI BULANAN RM5,000 HASIL TITIK PELUH PENEROKA



PENEROKA dapat RM5,000 LIMA TAHUN SEKALI, itupun kena datang ke Kuala Lumpur untuk dengar pengumuman.

Sebaliknya, SETENGAH AHLI PARLIMEN, EXCO, ADUN DAPAT RM5,000 SEBULAN SEKALI - DUIT FGV.

Di atas adalah posting oleh seorang bernama Zulkefli Nordin yang sedang VIRAL di media sosial.

Harap-harap generasi peneroka Felda dapat halusi senarai ini. 30 ahli politik mengaut elaun bulanan RM5,000 seorang hasil titik peluh peneroka Felda.

Soalan saya, apakah peranan dan sumbangan 30 mereka ini kepada FGV sehingga mendapat layanan istimewa berbentuk gaji bulanan?

Antara mereka:

 
1. AHLI EXCO NEGERI SEMBILAN JALALUDDIN ALIAS

Image result for hasbullah gerik
2. AHLI PARLIMEN GRIK HASBULLAH OSMAN
Image result for FAUZI TITIWANGSA
3. AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA FAUZI ZAHARI
Image result for WAN AMIZAN+helikopter
4. AHLI DEWAN UNDANGAN TAHAN (PAHANG) WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK
Image result for ABDULLAH HASNAN kamaruddin
5. KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN (Nota: tiada kawasan Felda di Parlimen Kuala Kedah)

Dan ramai lagi, antaranya Adun di Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Ketua-Ketua Bahagian. (senarai - gambar 2). Ada ahli MCA turut menerima elaun bulanan dari Felda.

Itulah pengurusan Felda hari ini. Itulah nasib peneroka, membanting tulang mencari rezeki, mereka-mereka ini tanpa ada segan silu dan sedikit pun perasaan bersalah sanggup mengambil gaji hasil titik peluh peneroka.

Gaji ahli parlimen RM16,000 sebulan, ahli Exco Negeri RM11,000 sebulan, Adun RM9,000 sebulan tidak termasuk elaun dan sebagainya. Tak cukupkah gaji sebanyak itu?

Kepada peneroka Felda, fikir-fikirkan lah. 

Kepada Pengerusi Felda yang baru, Shahrir Samad, adilkah mereka ini memerah hasil titik peluh peneroka?



Thursday, August 3, 2017

KETUA HAKIM NEGARA RAUS SHARIF: BERSARA LEBIH MULIA DARI MUSNAHKAN LEGASI SENDIRI

Image result for raus sharif

KELMARIN Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang menyerahkan memorandum meminta Yang DiPertuan Agong menyemak semula keputusan melantik semula Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara selepas umur pencen. 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/02/dr-mahathir-ke-istana-negara-minta-agong-rujuk-pelantikan-ketua-hakim/

mahathir-istana

Isu ini sudah berlarutan hampir sebulan dan bermacam-macam kritikan dan cemuhan dibuat terhadap Raus.

Orang Sabah dan Sarawak pula merasakan mereka didiskriminasikan oleh Semenanjung dan  mempersoalkan kenapa hakim dari Malaysia Barat tidak pernah menjawat jawatan tertinggi kehakiman tersebut sejak Merdeka.

Rakyat Sabah dan Sarawak merasakan yang paling layak dilantik sebagai Ketua Hakim ialah rakyat mereka sendiri, Hakim Besar Sabah Sarawak Richard Malanjum.

Tetapi rakyat Sabah kena faham. Cuba tengok sekeliling mereka. Apa jawatan paling tinggi pernah mereka pegang? 

Tanya lah bila pemimpin Sabah dan Sarawak boleh menjawat jawatan Perdana Menteri? Jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Nak tahu jawapan, tengok pucuk pimpinan Barisan Nasional. Jawatan pengerusi BN memang patut diberi kepada Umno sebagai parti komponen tunjang dalam BN.

Bagaimana dengan jawatan-jawatan lain dalam BN? Pemimpin Sabah dan Sarawak tak layak kah?

Timbalan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid - Umno

Setiausaha Agung, Tengku Adnan - Umno

Wanita BN Shahrizat Jalil - Umno

Pemuda BN Khairy Jamaluddin - Umno

Pemimpin parti komponen hanya memegang jawatan Naib Pengerusi di dalam BN.

Itu realiti rakyat Sabah Sarawak kena terima.

Berbalik kepada Ketua Hakim Negara Raus.

Karier Raus cukup membanggakan dan cemerlang.

Berikut karier beliau di dalam bidang perundangan:


Yang Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 28 Julai 2006 
hingga sekarang. Mula berkhidmat dalam perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan pada 1 Julai 1976. Antara jawatan-jawatan yang
pernah Yang Arif sandang adalah seperti berikut:-
  1. Majistret Mahkamah Majistret Pontian, Johor (1976-1977)
  2. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Kluang, Johor (1977)
  3. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Muar, Johor (1978-1979)
  4. Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan/Terengganu                                                                           (1980 -1982)
  5. Peguam kanan Persekutuan Kementerian Perdagangan                                                                                    dan Perindustrian
  6. Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (1983-1986)
  7. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                          ( Pertahanan (1988)
  8. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                 Dalam Negeri (1988-1989)
  9. Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (1989-1991)
  10. Peguamcara Perbendaharaan Malaysia (1991-1994)
Yang Arif dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah
Tinggi Malaya dan ditempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
(Bahagian Jenayah) pada 1 November 1994.
Pada 12 Januari 1996 Yang Arif telah dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya. Yang Arif juga pernah bertugas
di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar,
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur (Bahagian Dagang, Bahagian Sivil
dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) sehinggalah
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

HEBAT latarbelakang Raus. Satu legasi yang cukup cemerlang.
Persoalannya, kenapa Raus perlu merosakkan imej dan legasi beliau yang dibina sepanjang tempoh 46 tahun semata-mata untuk lanjutan jawatan untuk 3 tahun lagi?

Mana yang lebih penting bagi Raus? Mempertahankan legasi dan rekod cemerlang atau memusnahkannya semata-mata kerana 3 tahun dan dipandang sinis oleh rakan-rakan Hakim atau bersara dan menikmati sisa hidup yang masih ada.

Pilihan saya - ELOKLAH RAUS BERSARA dari dihina seperti sekarang ini.