Friday, April 5, 2013

MB NEGERI SEMBILAN: MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menarik perhatian seluruh pelusuk Semenanjung hari ini dengan kenyataan bahawa akan terdapat "nama-nama besar di Negeri Sembilan yang akan digugurkan bertanding PRU-13 ini kerana mereka mempunyai terlalu banyak bebanan kepada BN."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/5/nation/12930634&sec=nation&utm_source=TSOL_main&utm_medium=links&utm_campaign=GE13

Jelapang bertemu dengan seorang ADUN di Kedai Mee Abu di Jalan Sultanah petang tadi dan beliau begitu marah dengan MB Negeri Sembilan yang beliau anggap sebagai kurang adab.

Kata ADUN berkenaan, ramai Ahli Parlimen dan Adun dengan rela hati mengundur diri bagi memberi peluang kepada generasi muda menerajui negara.

Sebaliknya tindakan mereka dikeji Mohamad Hasan dengan memberi gambaran mereka digugurkan kerana menjadi bebanan kepada BN seolah-olah mereka diselaputi dengan pelbagai skandal terutama rasuah.

Sekiranya bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengundur diri, adakah beliau termasuk di dalam gulungan yang dimaksudkan Mohamad Hasan?

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih.

Adun tersebut membangkit isu penglibatan Mohamad Hasan dengan pengubahan wang RM10 juta untuk membeli hartanah di London.

"Tidak kah Mohamad Hasan juga menjadi bebanan kepada Umno Negeri Sembilan."

Jelapang tak masuk campur. Kerana ini urusan Najib Razak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan

Yang sebenar benarnya ..mat hassan nilah orang yang membebankan di negeri sembilan. Dialah puncanya kepada semua problem di negeri sembilan. Kalau dikekalkan ...PASTI negeri sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang. Kita sama2 doakan najib tau akan hakikat ini.

Anonymous said...

Salam ,,

Nesmilan dah monang seleso ,, apo laie yg disalahkan . Pandai boto puak pembangkang mutar bolit ..