Saturday, August 13, 2011

HISHAM (MENTERI AMARAN) KECUT DENGAN AKHBAR STAR

Hari ini akhbar menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussien yang mahu berjumpa sendiri dengan Ketua Pengarang Akhbar Star untuk mendengar penjelasan dari beliau mengenai tindakan akhbar tersebut mengkategorikan hidangan babi sebagai salah satu hidangan untuk bulan Ramadan yang mulia ini.

Hishammuddin juga dilaporkan berkata tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan akhbar Star kepada pegawai-pegawai KDN dan atas sebab itu beliau sendiri mahu berjumpa dengan Ketua Pengarang akhbar tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Apa pun kenyataan Hisham, kita tak yakin beliau akan bertindak tegas kepada akhbar Star kerana sejarah beliau selama ini tidak lebih setakat memberi amaran sehinggakan beliau diberi gelaran "Menteri Amaran".

Kita yakin kesudahan kepada episod ini ialah satu kenyataan di mana "Hisham memberi amaran keras kepada Star".

Bagi sesetengah ahli politik, karier politik mengatasi segala-galanya. Itulah sebabnya kita akan melihat ahli-ahli politik cuba sedaya mungkin menjalinkan hubungan akrab dengan ketua-ketua media kerana mahukan publisiti demi kejayaan politik mereka.

Hisham sudah pasti menyimpan impian untuk menjadi seorang Perdana Menteri suatu hari nanti, tambahan lagi sepupu beliau, Najib Razak, kini sudah bergelar Perdana Menteri.

Beranikah Hisham menggantung akhbar The Star demi kesucian Islam seperti mana yang disarankan oleh Ketua Menteri Melaka Ali Rustam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Apapun alasan yang diberikan Ketua Pengarang Star berhubung isu Ramadan Delights ini tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Kita mahu melihat sejauh manakah ketegasan Najib dan sepupunya Hisham. Apakah karier politik lebih besar dari isu kesucian Islam.

Islam dihina hampir setiap hari di negara kita sekarang ini, sesuatu yang tidak pernah kita lihat semasa pentadbiran pemimpin-pemimpin terdahulu.

Sehingga saat ini, kita tidak yakin Hisham akan mengambil apa-apa tindakan terhadap akhbar Star.

Lebih menyedihkan, akhbar Star mengambil sikap endah tak endah isu ini dengan hanya membuat permohonan maaf kecil dua perenggan di muka dalam akhbar tersebut semalam. Begitu hinanya umat Islam di mata akhbar tersebut ketika ini.

Kita lebih merasa terhina kerana Menteri Melayu seperti Hisham masih terkial-kial untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada akhbar ini.

Hisham perlu berhenti bercakap beliau hero mempertahankan Islam kalau beliau takut mengambil tindakan mengantung akhbar the Star.

Sehingga saat ini, Hisham, anak kepada bekas Perdana Menteri, tidak lebih dari hanya Menteri Amaran dalam sejarah politik Umno.

1 comment:

Anonymous said...

Seruan kapada semua sahabat sahabat yang telah mendekati hati perut nurani the STAR, rebut dan rebut peluang amat baik untuk menaikkan panji panji hitam agar STAR Tuan Punya Star EIC kolimis liberal ranting lawyer ramon serta penulis letters to the editor yang amat cepat suka mencari peluang memperlekehkan kita selagi mana dapat peluang yang di luas kan TIDOL, kerana semenjak 2004 2008 hingga terkini mendapat perlindungan bawah inclusiveness dan engagement dan liberalisation,sampai lumat berak kapur.
arjuna waspada
changkat lobak.