Wednesday, January 19, 2011

CALON TENANG IALAH ....

Jam 4 petang ini, bertempat di Pejabat Umno Labis, Timbalan Presiden Umn Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Umno untuk Pilihanraya kecil DUN Tenang.

Seperti biasa, selepas sahaja pemergian Allahyarham Sulaiman Taha, lobi melobi berlaku di dalam Bahagian Umno Labis.

Lebih menarik apabila serangan peribadi turut menjadi agenda dalam lobi melobi ini.

Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno pusat, menimbulkan kemarahan beberapa pimpinan bahagian apabila beliau turut melobi untuk Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh.

Di dalam Umno, apabila nama seseorang menjadi bahan perbualan, ianya bukan sesuatu yang perlu menjadi kebanggaan. Ia hanya petanda bermulanya masalah kepada beliau and bermulanya usaha mencantas dan "membunuh" peluang beliau menjadi calon.

Itulah yang terjadi kepada Haslinda. Tersebar kononnya Haslinda pernah terlibat dengan satu skandal.

Selepas nama Haslinda, nama Timbalan Ketua Bahagian Rosdin Mahmood disebut-sebut. Timbul pula kisah mengisah bahawa Rosdin tidak sesuai menjadi calon kerana beliau orang luar. Persoalannya kenapa ahli-ahli Umno Labis memilih orang luar selama in sebagai Timbalan Ketua Bahagian.

Umno akan menang mudah di Tenang. Mungkin itulah sebabnya ramai berebut-rebut ingin menjadi calon.

Allahyarham Sulaiman dipilih ADUN Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Kali ini, sudah pasti Umno akan memenangi pilihanraya kecil dengan majoriti berlipat ganda memandangkan suasana politik kini sudah berubah menyelebahi Najib Razak.

DUN Tenang ini akan menjadi mercu tanda Najib dalam memperkenalkan dasar memilih calon yang boleh menang untuk pilihanraya kecil ini. Semasa di Galas, calon Umno adalah pilihan Tengku Razaleigh.

DUN Tenang merupakan peluang pertama Najib memilih calon yang boleh menang. Najib perlu mengenepikan cara lama, di mana yang layak menjadi calon hanyalah Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian ataupun AJK-AJK yang lain.

Ahli Umno lain juga layak dipilih menjadi calon. Semuga calon yang akan diumumkan Muhyiddin ini merupakan permulaan baru dalam politik Umno di era Najib ini.

1 comment:

Muhammad said...

MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
(Ketua Ulama al-Quran di Syiria)

DI MASJID AL-FALAH USJ 9

pada :
RABU , 19 JAN 2011
LEPAS MAGHRIB
(jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)

biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )

* Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
* Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
* Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
* Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
* Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
* Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
* Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
* Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
* Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
* Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
* Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
* Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
* Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
* Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong sebar-sebarkan maklumat ini.
wassalam

GAMBAR ACARA: http://wp.me/piAx4-41u