Saturday, July 24, 2010

DUNIA KHAYALAN PEMIMPIN2 INDIA

"Penyertaan saya dalam MIC akan turut menyaksikan lebih 200,000 bekas ahli PPP mengikut saya." - bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) T Murugiah.

Kerap kali pemimpin-pemimpin politik kaum India membuat kenyataan, ianya mengelikan hati, termasuklah kenyataan yang dibuat oleh Murugiah.

Kita lihat fakta berikut.

Jumlah keseluruhan kaum India yang menyertai MIC/PPP/IPF/Makkal Sakhti: 1,567,000

Sekiranya dakwaan parti-parti ini benar, Barisan Nasional akan dapat lebih 100 peratus sokongan kaum India semasa PRU-13.

Malangnya, dakwaan-dakwaan ini tidak lebih dari hanya sub-plot seperti mana di dalam filem-filem Tamil.

2 comments:

Detguaq2 said...

Ahli-ahli mereka termasuklah ular-ular dalam permainan silap mata mereka...

Anonymous said...

Jangan tersilap bilang. Tambahan kalau bilang pada malam hari.