Wednesday, January 13, 2010

AKHBAR CINA MENGHASUT

Jika sesiapa terbaca akan terjemahan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, maka mudahlah untuk kita memahami kenapa kaum Cina menyimpan tanggapan negatif terhadap orang Melayu.

Puncanya ialah HASUTAN yang dibuat oleh akhbar-akhbar Cina

Semalam Utusan Malaysia menyiarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar Cina yang bertumpu kepada bahasa di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, lepasan UiTM dan NGO Cina.

Ambil contoh isu lepasan UiTM. Berikut ialah terjemahan yang di buat oleh Utusan Malaysia semalam.

Isu mencari pekerjaan di kalangan sisawazah dalam laporan Nanyang Siangpao pada 7 Januari 2010 yang ditulis oleh Phang Seng Choi bertajuk "Pemohon dari lepasan Mara paling tinggi?," cukup menarik.

Penulis itu mengupas mengenai laporan akhir tahun Dewan Rakyat berkaitan bantuan kerajaan terhadap graduan dan lepasan sekolah mencari kerja di Jobs Malaysia sehingga 12 November 2009, mencatat seramai 69,760 orang pemohon.

Dalam permohonan tersebut, siswa lulusan Mara paling ramai menjadi pemohon iaitu 12,768 orang (18.30 peratus), diikuti Universiti Utara Malaysia (UUM) 4,151 orang (5.05 peratus) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2,943 orang (4.22 peratus).

Selain daripada UiTM yang melaksanakan pengambilan pelajar di kalangan bangsa sendiri sahaja, lain-lain universiti awam juga memainkan peranan menggunakan sistem kuota untuk pengambilan pelajar bagi memberi ruang kepada bumiputera mendapat tempat di IPTA.

Bagi memberi peluang kepada bumiputera dapat masuk IPTA, mereka cuba rendahkan markah merit kelulusan sebenar dan mengabaikan kebolehan persaingan para pelajar tersebut selepas garduate di alam pekerjaan.

Oleh kerana pasaran pekerjaan mereka adalah bekerja dengan kerajaan, ramai dari kalangan mereka akan ditempatkan di badan-badan kerajaan.

Namun, mereka tidak dapat bersaing atau menandingi pelajar-pelajar lulusan luar negara dalam pasaran terbuka. Dengan mudah nampak kecacatan yang ada pada mereka.

Penulis itu berpendapat sekatan pihak kerajaan terhadap kemasukan ke universiti awam kerana mahu mempertahankan sesuatu kaum adalah konsep melawan arus kepada pembangunan pasaran terbuka.

Ia bukan sahaja tidak dapat menggalakkan pelajar keluaran universiti tempatan dapat bersaing, sebaliknya memdapat kesan negatif apabila mereka mahukan lebih banyak dibelai dan dimanjakan. Itulah menyebabkan mahasiswa UiTM berani melakukan tunjuk perasaan membantah "tidak mahu buka kepada bukan bumiputera masuk belajar". Sebab itu juga, mahasiswa UiTM sangat ramai memohon pekerjaan di Jobs Malaysia.

Persoalannya tidakkah artikel seumpama ini berunsur hasutan? Adakah para pemimpin Melayu bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan oleh Nanyang Siangpao ini? Bilakah pihak yang bertanggungjawab memantau unsur-unsur hasutan ini mahu bertindak?

Ini bukan kali pertama akhbar-akhbar Cina memainkan isu perkauman dan menghasut. Antara kesilapan besar para pemimpin terdahulu ialah membiarkan akhbar Cina bermaharajalela sebegini rupa.

Hari ini pemimpin kita hanya banyak bercakap dan mengutamakan populariti dari mengambil tindakan sewajarnya. Bila sahaja ada masalah, peringkat bawahan disalahkan. Alangkah baiknya para pemimpin benar-benar memimpin dan mengetepikan kepentingan diri demi orang Melayu dan Islam.

7 comments:

Anonymous said...

Kalau tokoh-tokoh UMNO tidak melaksanakan dasar-dasar yang menyebelah, tiada isu mereka boleh lontarkan atas kerajaan.

Apa yang di-siarkan jauh lebih munasabah daripada penghasut berlesen Utusan Malaysia.

Pihak mana yang menhasut dengan memainkan isu kaum bukan melayu dan isu Kalimah A?

Unknown said...

la awat hang bodoh sangat ni hehehe akhbar cina mca ni saling melengkapi utisan meloya mano. ngam la. hang je tak reti nak tafsir. lain kali baca berita media haprak jgn lurus bendul sangat.

Quantum Metal Consultant said...

"Saya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan termasuklah ISA... "

Itu sahajalah ayat yang mampu diucapkan oleh penjaga ayat ini yang diwarisi dari zaman paklah sampai la ni..

ISA patut dikenakan secara paling awal dan secara diam tetapi menakutkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai agenda 'pecah dan belah' (hasut).

ISA bukan keris atau pedang yang perlu sering di angkat tinggi tinggi kononnya (ulang: kononnya) orang itu, orang ini, akan dikenakan....... tetapi sampai jadi 'bubur' tak juga terambil tindakan sebab banyak takut: takut tak dapat undi: takut tak demokrasi, takut perkauman dan akhir sekali takut tak percaya diri sendiri (not fit)

Unknown said...

Salam

Bukankah ini semua telah diimbangi dengan laporan perkauman Utusan Malaysia?

Anonymous said...

Huh lawak betul , kalau kita pegi tgk pelajar IPTA ni banyak yg cenderong kepada Pakatan Rasuah dan pekerja kerajaan juga sama kecenderungan politik mereka .

Begitu mudah sekali diperlekehkan oleh akhbar cina yg disanjung oleh mereka iaitu penyokong Pakatan Rasuah , sungguh lawak.

Banyak akhbar cina memainkan isu bangsa mereka dengan berlebihan cuma ramai yg tak sedar jee , tu yg hanya jadi balaci kepada DAP seperti PAS .

Jeepers Creepers said...

sebenarnya memang dah lama akhbar cina bersifat perkauman. cuma ianya langsung tak diberi perhatian.

bila dah kalut lepas pru, barulah sibuk sibuk nak terjemah akhbar cina. tapi itulah dah terlambat.

hasutan akhbar cina dah lama meresap dalam masyarakat mereka.

Anonymous said...

hasutan atau tidak, itu tidak menjadi isu utama
jadi kau mengaku ia ada kebenarannya?