Wednesday, July 29, 2009

TAKDIR YASMIN

Kawan taulan dan sanak saudara Allahyarham Yasmin Ahmad begitu kecewa dan marah dengan rencana yang disiarkan oleh akhbar kedua Utusan Malaysia, Kosmo! semalam.

Ramai rakan-rakan blog menghentam Kosmo! Ada yang mendesak ketua penyuntingnya meletakkan jawatan. Ada yang mendesak ahli keluarga Allahyarham menyaman Kosmo!

Kepada yang tidak tahu hujung pangkalnya isu ini, keratan akhbar berikut adalah pencetus kepada kontroversi ini. (Klik pada gambar untuk membacanya)

3 comments:

Admin CCZ said...

Apa yang salah pada Kosmo? Bukankah ianya menceritakan satu kebenaran yang sebenarnya telah lama diperkatakan orang di mana rentetan daripada pendedahan itu mempunyai pelbagai persoalan? Tindakan Kosmo adalah senada dengan mana-mana pemikiran manusia yang berakal. Tidak ada apa yang perlu dimalukan jika Yasmin adalah seorang insan yang dijadikan Allah sebagai 'khunza'. Perlu ada yang bangun dan mengesahkan identiti sebenar Allahyarham. Jika Khunza, masyarakat pasti akan menerimanya tetapi jika tidak, apa yang akan terjadi kepada generasi Malaysia? Sudahlah isu-isu gay, lesbian dan sebagainya sudah menjadi tabu dan kali ini seolah-olah perkara menukar jantina juga sudah menjadi biasa dan tidak ada apa yang salah. Ya, tidak elok jika kita mengungkit tentang seseorang yang telah meninggal dunia tetapi lagi tidak elok jika kita menyediakan ruang atau satu senario 'tidak ada apa-apa' kepada masyarakat yang sentiasa berdepan dengan permasalahan sosial yang semakin berleluasa.

Anonymous said...

setuju CCZ

Unknown said...

Kata bicara you * ccz * ada kebenarannya. Aku yg tak tau apa2 sebelum ni pun terkejut ttg hal ni.