
"Umno lemah bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya ahli yang mementingkan jawatan dan kedudukan serta pelbagai lagi yang lebih kepada kepentingan diri sendiri. Malah ada di kalangan ahli sanggup menJAHANAMkan parti Umno itu sendiri yang bersikap seperti anai-anai serta gunting dalam lipatan, yang tidak sudah-sudah mengadu domba." - Setiausaha Agung Umno TEUKU Adnan Mansor.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-dilihat-lemah-kerana-ahli-pentingkan-diri-kata-ku-nan
Bukan main sedap Teuku Nan mengKRITIK ahli Umno bawahan. Inilah sikap pemimpin atasan.
Siapa lah kami.
Apa yang kami ahli Umno dapat selama ini. Setakat nasi lemak sebungkus? T-shirt dan topi Umno?
Kalau Ku Nan nak memBODEK Najib Razak, JANGANlah salahkan kami di akar umbi. Jangan tuduh kami pentingkan diri.
Siapalah kami?
Kami bukan mempunyai gelaran Tengku seperti Ku Nan. Kami masih panggil Ku Nan Tengku walaupun ada blogger yang menulis bahawa gelaran yang Ku Nan pakai hanya bergelar "TEUKU" ACEH bukannya TENGKU seperti kerabat di raja Melayu.
Baca di sini mengenai gelaran Teuku Adnan: http://kadirjasin.blogspot.com/2015/08/lima-senario-kesudahan-krisis-politik.html
Kami, ahli Umno biasa, tidak kisah walaupun tidak mempunyai sebarang gelaran. Pingat PJK pun tak pernah kami pinta seperti sesetengah pimpinan Umno yang mengumpul gelaran Dato'.
Kami tidak ada RM2.6 bilion dalam akaun kami. Wanita kita tidak pernah bermimpi mahu menyimpan RM2 juta dalam akaun mereka dalam 2 bulan seperti mana Rosmah Mansor.
Kami tidak seperti Teuku Nan, ada tanah di Port Klang. Boleh naik JET peribadi seperti Teuku Nan.
Oleh itu, janganlah HINA kami dan labelkan kami sebagai anai-anai.
Kalau Teuku Nan nak BODEK Najib, bodeklah. Tetapi jangan HINA ahli-ahli Umno.
Nilai diri ahli-ahli Umno lebih mulia dari pemimpin atasan Umno yang munafik yang hampir setiap hari membohongi kami di akar umbi.
http://chegubard.blogspot.com/2006/07/siapa-tengku-adnan-tengku-mansor.html

















