Monday, May 7, 2018

ADAKAH RAKYAT AKAN MENGHUKUM NAJIB & ROSMAH?

Image result for dr mahathir mohon maafImage result for pakatan gathering keramat


RABU ini kita mengundi. 

Ada yang agak kreatif, mencipta perkataan RABU menjadi slogan Rakyat Akan Buang Umno.

9 Mei 2018, akan menjadi penentu. Jika pembangkang KALAH, ia perkara biasa kerana sejak Merdeka, pembangkang tidak pernah menang.

Apakah kali ini SEJARAH tercipta dan BN tumpas?

Sejak 2013, pelbagai perkara berlaku dan yang paling kita tidak dapat lupakan ialah sejumlah RM2.6 bilion (RM2,600 juta atau RM2,000,000,000) dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.

Kita dihidangkan mengenai KEHILANGAN wang di dalam urusan 1MDB.

Image result for perkahwinan anak najib

Pada 2015, kita dihiburkan dengan gambar-gambar perkahwinan anak Najib dan Rosmah Mansor. Betapa mewahnya majlis mereka - bunga dari siling sampai ke lantai.



Dan GST diperkenalkan untuk menyelamatkan kerajaan sepertimana yang dilaungkan oleh Najib.

Anak-anak lulusan universiti diminta mencontohi pengusaha nasi lemak anak dara atau menjadi drebar teksi menerusi Uber dan Grab.

Image result for najib hadi awang berpelukan

Kita juga menyaksikan Presiden Pas Hadi Awang menjadi rakan sekutu Najib. 

Pas tidak segan-silu dan secara terang-terangan mengaku menjadi rakan karib Umno yang selama ini mereka KAFIRkan dan mengelar Umno "TAGHUT".

Paling menyedihkan, pemimpin Pas yang berlatarkan agama, mulut mereka "capui", kata-kata yang keluar dari mulut mereka seolah-olah bukan dari mulut mereka-mereka yang berzikir.

Nik Abduh, anak Nik Aziz, ketika menulis mengenai politik di dalam keluarga, menggunakan perkataan AIR MANI dalam membicangkan hal keluarga beliau. 

Pemimpin-pemimpin Pas menggunakan kata-kata kesat dalam ucapan mereka.

Semalam ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan hasrat untuk menziarah makam Allahyarham Nik Aziz, seorang pemimpin Pas dengan angkuh dan bongkak mengeluarkan kata-kata, Dr Mahathir seharusnya menziarahi kubur dirinya sendiri.

Itulah yang dikatakan orang agama yang berjubah dan berketayap di dalam Pas - mulut mereka dipenuhi dengan kata-kata kesat.

Image result for nazri aziz mahathir

Begitu juga dengan pemimpin Umno. Apabila bercakap memaki hamun tanpa mengira umur.

Adat dan agama mengajar kita berbudi bahasa ketika berbicara tetapi pemimpin Umno memilih memaki hamun. 

Nazri Aziz contoh terbaik. Tanpa mengira usia, baik Melayu atau Cina, dimakinya seolah-olah pengundi mempunyai saksiah seperti beliau.

Ini semua akan menjadi panduan apabila kita mengundi Rabu ini.
Image result for Umno

Jika Umno KALAH atau mendapat jumlah kerusi yang lebih buruk dari PRU13, orang yang bertanggungjawab adalah Najib dan Rosmah.

Lima tahun ini, yang merosakkan Umno ialah mereka, bukan kita ahli-ahli Umno, bukan kita peneroka Felda. Najib dan Rosmah mesti bertanggungjawab.
Image result for anak nazri aziz kereta

Berpuluh tahun, apabila kita bercakap mengenai Umno, kita bercakap mengenai agama, bangsa dan negara.

Malangnya sejak 2015, ia hanya untuk mereka-mereka di atas. Kita di bawah diberi BRIM.

Image result for bini nazri aziz

Anak bini mereka hidup dengan penuh kemewahan dan kita di bawah tidak dipedulikan.

Hampir pilihanraya, kita disajikan dengan ikan murah, telor ayam murah, seolah-olah kita peminta sedekah.

Image result for dr mahathir rafidah tun daim]

Hari ini kita melihat bekas Presiden kita Tun Dr Mahathir, bekas Timbalan Presiden kita Muhyiddin Yassin, bekas Ketua Wanita kita Rafidah Aziz, bekas Naib Presiden kita Shafie Apdal, bekas Menteri Kewangan kita Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, bekas Naib Presiden Umno Rais Yatim, BANGUN menentang Umno, parti yang mereka dukung selama ini.

Kerana pemimpinnya telah mengkhianati perjuangan bangsa, agama dan negara.

RABU akan menjadi penentu.

Jika BN terus kekal berkuasa sekali pun, ianya tetap akan hilang kepercayaan rakyat.

Marilah kita ramai-ramai mengundi untuk menyelamatkan negara tumpah darah kita ini.

Undilah dengan bijaksana demi agama, bangsa dan negara.





3 comments:

Anonymous said...

Najib dan rosmah apa salah? Aku rasa belum ada makamah/hakim yg membicarakan mereka? Jadi mereka masih tak bersalah dari segi undang2 kan? Pelik betui nih belum dibicara dah tuduh najib dan rosmah bersalah,
Guna undang2 apa ye?

Anonymous said...

So... ape isu?

Anonymous said...

Hiduppppppppppppppppppppppp BN. BN akan menghapuskan PH dengan majoriti lebih besar.