Sunday, May 13, 2018
PRU-14 BUKAN HAK KELUARGA ANWAR IBRAHIM
9 MEI 2018, tarikh keramat.
Tarikh di mana Umno dan Barisan Nasional diturunkan dari takhta pemerintahan negara.
Umno memenangi hanya 54 kerusi Parlimen dan keseluruhannya, Barisan Nasional memenangi 79 kerusi.
Pakatan Harapan memenangi 122 kerusi dan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Sejarah akan tercatit Najib Razak sebagai pembunuh Umno buat selama-lamanya.
Di jalanraya berhampiran Istana Negara, rakyat meraikan kejayaan Pakatan Harapan dan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri seolah-olah Malaysia BEBAS dari cengkaman Komunis.
Semalam, suasana di dalam Pakatan Harapan tegang apabila seorang pemimpin PKR membuat kenyataan seolah-olah keputusan melantik 3 Menteri Kabinet tanpa persetujuan PKR.
DARI awal sudah dijangka PKR akan menimbulkan masalah kepada Dr Mahathir dan khabar angin bertiup kencang PKR sedang dipancing Umno untuk menubuhkan kerajaan.
Tidak ada yang pelik mengenai sikap PKR.
Itulah perangai Anwar Ibrahim dan ahli keluarga beliau.
Ramai dapat meneka bahawa PKR mahukan jawatan Kementerian Kewangan dan marah apabila ianya diberikan kepada Lim Guan Eng.
Lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada Guan Eng daripada kepada PKR.
Tidak dapat dibayangkan jika Anwar memegang jawatan tersebut - maka akan kembali lah kita ke zaman di mana orang Melayu diberi saham kecil Pink Form, kroni Anwar sapu projek besar-besar.
Lupakah kita kepada senarai kroni Anwar Ibrahim pada tahun 1998?
Sebagai peringatan kepada Anwar dan keluarga beliau, Pakatan memenangi PRU-14 bukan kerana Anwar bin Ibrahim, bukan kerana Wan Azizah, bukan kerana Nurul Izzah dan bukan kerana PKR.
PRU-14 dimenangi oleh Pakatan Harapan kerana Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban, tua dan muda mahukan Dr Mahathir memimpin negara.
Oleh itu hormatilah aspirasi dan kehendak rakyat.
PRU-14 bukan hak Anwar Ibrahim dan bukan hak keluarga Anwar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Anak2 muda majoriti yg pangkah PH bukannya faham akan pink form kroni sana sini. Yg mereka mahukan wang saku tebal, punya kereta bergaya, gaya hidup mesti tip top, mereka terlalu hijau utk faham...
cer tengok sejarah balik.... cer kaji2 balik knp PKR ujud
knp umno bungkus... knp itu knp ini...
xyah nak hentam sgt PKR
1000% true. My whole family and friends all voted for PH in PRU14 simply because of Tun Dr Mahathir. No one else. Pls be reminded that without Tun Dr Mahathir, DAP, PKR, Amanah and any other parties shall be a group of opposition forever and ever in Malaysian politics. May Allah bless our beloved Prime Minister Tun Dr Mahathir Bin Mohamad...Aamiiin.
Sokong admin..
Sokong tun forever..
Benar sangat-sangat article ini.......!!
Post a Comment