Wednesday, April 25, 2018

KETUA PENGARAH JASA PUAD ZAKARSHI: TAK BERBALOI PERTAHAN KERAJAAN

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Berikut tulisan Ketua Pengarah Jasa Puad Zarkashi di Facebook beliau hari ini:





25.4.2108. HARI TERAKHIR DI JASA
Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet PH mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.

Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan setpol YAB MB Johor (TS Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setpol serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.

PRU ke 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari. Di PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh TS Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.

Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK. Sebab itu apabila TPM mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon UMNO kali ini adalah rosak dan corrupted.

Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.

Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka? Kalau begitu kenapa Ahmad Said yang membawa usul supaya DS Razif dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.

Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.

Walaupun mempertahankan Kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi. Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.

3 comments:

Labu8455 said...

"Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor".
Dengan pengakuan Fuad ini maka benarlah apa yg diwarwarkan bahawa SPR menjalankan kerja kotor didalam persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Anonymous said...

Aku respect betul barisan kepimpinan UMNO P Pinang yg senior2 tu, walaupun tak dicalonkan apa2 tapi tetap setia, kerja kuat sbg satu pasukan dlm memenangkan calon2 parti, inilah contoh kepimpinan yg jujur, ikhlas, semoga usaha anda diberkati...

Anonymous said...

elok la bahlol sekor
ni tak dicalonkan