Sunday, April 15, 2018
JANJI PRU
ADA rakan bertanya apa pendapat kita mengenai manifesto BN untuk PRU-14 ini.
Bagi kita, manifesto BN kali ini nampak pelik seolah-olah BN terdesak.
Ambil contoh tawaran menyediakan 3 juta pekerjaan untuk anak-anak muda dan graduan.
Pelik sebuah kerajaan menawarkan untuk menyediakan pekerjaan padahal sudah menjadi tanggungjawab mereka menyediakan pekerjaan.
Kenapa perlu tunggu selepas PRU-14 untuk Najib Razak menyediakan pekerjaan.
Kenapa 3 juta pekerjaan ini tidak disediakan 5 tahun lepas?
140,000 graduan dan anak-anak muda sedang mengikuti kursus SLIM dan mereka ini golongan yang tiada pekerjaan.
Kenapa Najib mengalakkan graduan jual nasi lemak seperti graduan yang kononnya berjaya dengan hanya menjual Nasi Lemak Anak Dara?
Kenapa Najib menyarankan anak muda dan graduan jadi drebar Uber (teksi) dengan menyediakan insentif tertentu?
Kenapa baru sekarang Najib hendak buat itu, buat ini? Kenapa tidak dalam 5 tahun lepas?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
281 ahli bersatu keluar parti @ pasir salak. Maksudnya apa? Yg atas berperang utk rebut jawatan, akar umbi terkial-kial. Akhirnya keluar parti sbb bosan dgn ketamakan pemimpin sendiri. Masih tak faham signal?
Singkatnya... nama pjn menifesto.... pembangkang pun bukan kecil anak janji2nya.... Bro... lu pikir sendirilah ya.... lima tahun lepas kerajaan sibum melangsaikan sepenuh mungkin menifesto PRU13... kalaj bro nak komen pasal 3juta peluang pekerjaan... bukanlah cerita bosoh yang diperik dari langit... siapnya prasarana mahupun pembangunan industri petroleium di johor contohnya... mrt2 dan lrt 3 contohnya...dan juga pusat kewangan serantau misalnya sudah tentu menjadi indikasi tuntas bagi peluang pekerjaan ya g dimaksudkan. Bro pertikaikan kenapa tidak disediakan peluang itu sepanjang lima tahun lepas....BRO TUTUP MATA DENGAN PROVRAM SL1M KER????? TU MRT JAJARAN SBK TU BANGLA KE YANG KERJA???? BODOH PUNYA BRO JELAPANG. Menghasut tu kerja syaitan Bro.......
Hancurlah dah umno...haram
Post a Comment