Monday, October 30, 2017

INGIN BERTANYA KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN: SIAPA TUANPUNYA MEMORIES ENTERTAINMENT?

Image result for khairy+sea games closing

"Saya beri tempoh seminggu kepada pihak penganjur (Sukan Sea). Kita akan kumpulkan artis lain untuk hebahkan lagi (isu pembayaran).Bukan menteri saja nak kehidupan mewah, kami golongan artis juga mahu kehidupan yang baik," - Penyanyi Zainal Abidin mendakwa beliau hanya dibayar 50% dari bayaran yang dijanjikan untuk memberi persembahan semasa majlis penutup Sukan Sea.



Berikutan kenyataan Zainal, seorang lagi artis, Adibah Noor,"tweet" berikut:

Image may contain: text

Rupa-rupanya selepas Adibah Noor "tweet", ramai tampil mendakwa mereka juga TIDAK menerima bayaran.

Antaranya mereka yang TIDAK MENERIMA BAYARAN ialah penyedia perkhidmatan pengangkutan, pekerja sukarelawan, penari dan ada yang guna duit sendiri untuk membeli baju dan seluar.

Apa sudah jadi Khairy Jamaluddin? Tak kesian pada Najib Razak?

Bayarannya bukan besar pun. Tak kan tak ada duit. Belanjawan Negara untuk 2018 sampai RM280 bilion lebih, tak kan nak bayar duit baju sukarelawan pun tak ada.

Kalau tidak ada duit, bagi benda, ganti lah dengan barang, macam barter trade - kalau mascot Sukan Sea masih ada bagilah seorang satu.

Jelapang terima satu posting FB (di atas) yang memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Kata penulis FB tersebut kontraktor utama upacara pembukaan Sukan Sea dan Sukan Para ialah MEMORIES ENTERTAINMENT?

Syarikat siapa ini, Khairy?

Bila Jelapang semak tuanpunya Memories Entertainment, pengasas ada membawa nama KELUARGA DANKER.

Kalau tak silap saya ada juga ahli keluarga Khairy pada satu ketika dulu pernah menggunakan nama keluarga, DANKER.

Mungkin saya silap. Mungkin ianya satu kebetulan. Nama mungkin serupa.

Maaf Brig Jen Khairy. Saya cuma bertanya.

Elok Brig Jen KJ tampil jelaskan siapa Memories Entertainment ini. 

Bukan apa, mungkin ramai yang hendak tahu. Lebih baik beri penjelasan sekarang.

Harap-harap isu ini tak meletup di Parlimen. Tahu-tahu sajalah pembangkang. Suka menangguk di air keruh. 



2 comments:

Anonymous said...

Setahu saya sekira nya benar Danker adalah nama keluarga isteri Pak Mentua Khairy.

Tun Jeanne Danker...si Noni punya Mak tirilah tu. Pak Lah masa menikah dgn Jeanne
Danker dalam setahun selepas isteri nya meninggal...dia buat kenyataan bahwa di-dalam
hati nya ada "compartment" yg kosong yg telah di-"isikan" oleh Jeanne Danker...dan nak tahu siapa sebenar nya Jeanne Danker...dia adalah bekas isteri abang nya Allahyarhamnah Datin Seri
Endon (Balu Pak Lah)....kata orang2 tua dulu "tukar tikar" ...dah "aim dan cross-haired dan target" lama tu...bila peluang terhidang tak kan nak di-biarkan lagi...pat ni kaki tidor mana pun dgn cepat akan sambar aja.

Anonymous said...

"Danke" tu bukankah 'terima kasih' dalam bahasa Jerman? Danke danke kerana terima tawaran jadi penganjur. Songlap 50% kot? KBS memang dah ada sejarah songlap wang kan?