Monday, October 2, 2017
KETUA SPRM DZULKIFLI BAKAL DILUCUTKAN JAWATAN?
NAMPAKnya Umno RESAH dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad.
Tidak memeranjatkan jika sehari dua ini, Dzulkifli dilucutkan jawatan sebagai ketua SPRM.
Hari sebuah portal berita melaporkan tindakan Dzulkifli MEMERANGI RASUAH tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Menurut laporan tersebut: "Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lepas membincangkan beberapa kes dan tangkapan SPRM yang berprofil tinggi sejak beberapa minggu lepas sehinggakan anggotanya yang paling "lembut" pun mendesak tindakan diambil untuk menghentikan penguatkuasaan "agresif" itu.
"Sesetengah anggota Majlis Tertinggi Umno bimbang Dzulkifli memburu ikan bilis dan kes yang tidak berbaloi terutamanya yang melibatkan pegawai mereka," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.
"Mereka mahu tindakan diambil bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada Umno atau BN terutamanya ketika pilihan raya kini tidak sampai setahun lagi."
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/16822/
Rupanya, pada pandangan pemimpin Umno, kerja mulia Dzulkifli memerangi rasuah dilihat "menyusahkan Umno".
Nampaknya pemimpin Umno lebih TAKUT kepada SPRM dari Perdana Menteri sendiri.
Semalam semasa Majlis Sambutan Jubli Emas SPRM, Najib berkata: "Bila dapat dibendung rasuah, InsyaAllah Malaysia yang tercinta akan menjadi negara yang lebih maju, disanjung dan berada di saf hadapan sebagaimana visi Transformasi Nasional 2050 (TN50)."
Sebenarnya ini bukan masanya hendak melucutkan jawatan Dzulkifli.
Kerja beliau belum selesai. Kes Tan Sri Isa Samad belum selesai. Kes Bung Mokhtar Radin dan isteri beliau Zizzie Izzette, kes Annuar Musa di Mara, kes Tajuddin Abdul Rahman di Felcra, kes Ustazah Zaleha Hussin di Yapiem, kes pegawai Richard Riot masih belum selesai.
Kalau hendak lucutkan jawatan pun, biarlah Dzulkifli selesaikan kes-kes ini dahulu.
Percayalah, selesai kes ini, Najib akan dapat MARKAH lebih, lagi mudah untuk menang PRU14 nanti.
Kita jangan GOPOH. Dzulkifli sudah banyak membantu Umno dengan jihad memerangi rasuah ini.
Kejayaan beliau, walaupun masih dilihat hanya menangkap ikan bilis, banyak menarik rakyat menyokong Umno semula.
Sabar-sabarlah. Berikan sedikit masa lagi untuk Dzulkifli selesaikan kes Annuar Musa, Bung Mokhtar, Tajuddin Rahman dan lain-lain.
Sementara itu, Jelapang ingin memuji Dzulkifli kerana berani bercakap benar (lihat video atas)
Beliau mendedahkan kerajaan tak ada duit, tak cukup duit. Potong budget semua agensi kerajaan.
Rupanya kerajaan tak ada duit, lain seperti yang diwarwarkan sebelum ini.
Kita harus berterimakasih kepada Dzulkifli. Sekurang-kurangnya kita tahu kerajaan tak ada duit. Maka sama-samalah kita bantu kerajaan selesai masalah tak ada duit ini.
Melucutkan jawatan Dzulkifli hanya akan merugikan Najib dan Umno.
Rujukan:
Siasatan SPRM resahkan Umno, Dzulkifli tidak selamat
KETUA agensi anti rasuah Dzulkifli Ahmad boleh berbangga dengan pencapaiannya sepanjang setahun pertama menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – rampasan tunai lebih besar, lebih banyak tangkapan dan pendakwaan – tetapi kejayaan itu boleh membuatkannya hilang kerja.
Kesungguhan dan keghairahan Dzulkifli menangkap mereka yang didakwa menerima rasuah atau terlibat dalam penyelewengan terutamanya ahli politik kerajaan semakin kurang disenangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sejak Dzulkifli memegang jawatan pada Ogos 2016, SPRM merampas aset bernilai RM334 juta berbanding RM55 juta pada tahun sebelumnya. SPRM juga membuka 952 kertas siasatan, meningkat 2.94% berbanding tempoh yang sama; membawa 405 kes ke mahkamah (pertambahan 32.83%) dan membuat 910 tangkapan (naik 6%).
Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lepas membincangkan beberapa kes dan tangkapan SPRM yang berprofil tinggi sejak beberapa minggu lepas sehinggakan anggotanya yang paling "lembut" pun mendesak tindakan diambil untuk menghentikan penguatkuasaan "agresif" itu.
"Sesetengah anggota Majlis Tertinggi Umno bimbang Dzulkifli memburu ikan bilis dan kes yang tidak berbaloi terutamanya yang melibatkan pegawai mereka," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.
"Mereka mahu tindakan diambil bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada Umno atau BN terutamanya ketika pilihan raya kini tidak sampai setahun lagi," kata sumber itu.
Dzulkifli, yang sebelum ini berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, diangkat ke jawatan tertinggi SPRM berkuat kuasa 1 Ogos, 2016. Beliau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed yang bersara.
Antara kejayaan besar Dzulkifli ialah menangkap pegawai tinggi Jabatan Air Sabah dan merampas wang tunai dan barangan mewah bernilai RM114; menangkap exco kerajaan negeri Johor, Latif Bandi; menangkap pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Isa Samad dan beberapa orang lagi pegawai perkhidmatan awam.
Penangkapan Isa yang kemudiannya ditahan reman selama lima hari berhubung dakwaan penyelewengan dalam Felda Global Ventures Bhd mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Umno serta rasa kurang senang terharap Dzulkifli dan penyiasatan agresif SPRM ke atas kes-kes besar.
Beberapa orang lain turut ditahan termasuk pegawai politik sebuah parti komponen BN di Sarawak.
Keresahan bertambah apabila Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Richard Riot adalah antara lima yang ditahan bagi siasatan terhadap dakwaan penyelewengan RM40 juta dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Difahamkan pemimpin tinggi Pemuda Umno dari Bahagian Bagan Datuk turut ditahan dalam siasatan ke atas PTPK itu. Bahagian Umno itu diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga naib presiden Umno menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.
Minggu lalu juga, Dzulkifli menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low, berhubung idea penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara bagi memantau perilaku pegawai di lima agensi penguatkuasaan termasuk SPRM.
Ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata penubuhan jabatan yang dicadangkan itu akan membazir terutamanya ketika kerajaan memotong bajet pengambilan lebih ramai pegawai bagi beberapa agensi penguatkuasaan.
Perdana Menteri Najib Razak semalam mengumumkan jabatan baharu itu walaupun ada kritikan daripada Dzulkifli, yang kini dilihat sudah melanggar batas apabila mengkritik seorang menteri kabinet.
"Dzulkifli sepatutnya lebih tahu dan bukannya mengkritik seorang menteri tanpa menyemak keadaan yang sebenar. Beliau boleh menyalurkan pandangannya melalui saluran yang betul walaupun beliau rasa tidak bertanggungjawab kepada menteri. Semua orang bertanggungjawab pada seseorang," kata seorang pemimpin Umno itu kepada The Malaysian Insight.
Namun Dzulkifli belum lagi selesai tugasnya dengan SPRM. Beliau semalam menggunakan sambutan ulang tahun ke-50 SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mengatakan mereka perlu menunjukkan imej yang boleh mendatangkan rasa gerun dalam kalangan orang yang korup.
"Dalam hal ini, kami agresif dalam penguatkuasaan dan operasi sama ada dengan tangkapan atau pendakwaan yang dibuat setiap minggu," katanya semalam. – 2 Oktober, 2017.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Malaysia insight punya repot laaa.. ini story orang bodosss saja bole caye...puiiiii
Post a Comment