Monday, October 16, 2017

ORANG UMNO SABAH GELISAH KES SPRM SIASAT SHAFIE APDAL

Image result for sprm kklw ditahan

BERSUNGGUH-sungguh SPRM menyiasat kes rasuah di Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah.

Menantu kepada adik Shafie Apdal, Hamid, pula ditahan.

Hujung minggu Jelapang ke ibukota dan terserempat dengan kawan-kawan Umno dari Sabah.

Lepas dua jam bersembang, jelas sangat mereka cukup gelisah dengan SPRM ini.

Kata mereka:

Najib Razak, Umno dan SPRM lupa ke siapa Shafie Apdal antara tahun 2009 hingga 2015?

Bukan kah Shafie Menteri Umno? Siapa dalam Umno Sabah pada masa itu yang tak dibantu oleh Shafie? Yang dapat habuan dari Shafie bukan ahli dan pemimpin Umno Sabah ke?

Paling kurang 15 Ketua Bahagian Sabah dapat bantuan dari Shafie. Apa yang Shafie buat masa itu, bantu Umno Sabah lah tu.

Kerja bantu Umno Sabah ni bukan baru. Arwah JJ (Jamaluddin Jarjis) start dulu. Jaga bahagian dan ketua-ketua bahagian. 

Sekarang ini SPRM siasat siapa? Siasat Menteri Umno tolong orang Umno?

Kalau cara Shafie tolong kita ini salah, maka apa yang Menteri lain buat pun rasuah lah.

Cuba lah fikir sikit. Cuba tanya Salleh Said Keruak siapa Ketua Bahagian di Sabah yang tak dibantu oleh Shafie di Sabah?

Dia sudah pasti tahu sebab Pegawai Khas dia pun ditangkap SPRM.

Kalau SPRM betul-betul serius nak cegah rasuah dalam KKLW, tahan juga Ketua-Ketua Bahagian. Kita tengok trend SPRM ini pun bukan betul sangat.

Orang biasa, pegawai kerajaan ditahannya berhari-hari. Bila Menteri, Ketua Bahagian, ada disoal siasat sahaja walaupun 10jam, ada yang disoal diam-diam.

Buat bagi clear. Senang orang Umno Sabah nak buat KEPUTUSAN. Nak tahan, tahan. Jangan SPRM pilih bulu.

Menantu adik Shafie, tahan. Pegawai Khas tahan. Tapi orang besar, tanya diam-diam.

JELAPANG: Itu pandangan orang Sabah. Rupanya marah betul mereka dengan SPRM dan Najib kerana kes KKLW ini.

Tetapi satu perkara kita perasan dengan kawan-kawan dari Sabah ini. Mereka mengaku dapat dedak (perkataan yang sering digunakan oleh penyokong pembangkang).

Kita harap janganlah pembangkang pula guna isu ini sebagai kes pemimpin bawahan disogok dedak.

Maklumlah, jika benar mereka ada menerima bantuan dari Shafie yang ketika itu Menteri UMNO.

Dan akan wujud satu persepsi, Menteri-Menteri lain pun sama. 


1 comment:

Anonymous said...

Terbaik bungkus umno