Wednesday, October 11, 2017

KALAU SHAFIE YANG DAPAT GRED A1 RASUAH, MENTERI-MENTERI LAIN?

Image result for kklw sprm

SEHARI dua ini GHAIRAH SPRM membuat tangkapan berkaitan kes dana pembangunan luar bandar RM1.5 bilion di Sabah yang datangnya dari Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah semasa Shafie Apdal menjadi Menterinya.

Adik Shafie, Hamid, ditangkap malam tadi. Pegawai Khas Salleh Said Keruak turut ditangkap serta beberapa orang lagi.

Umum berpendapat siasatan ini menjurus kepada Shafie Apdal. Ada juga yang syak bahawa peningkatan populariti Shafie menerusi parti WARISAN beliau mengugat Umno dan justeru Shafie perlu diSEKAT.


Agak ganjil juga, kes ini disiasat pada 2017, 2 tahun selepas Shafie dilucutkan jawatan Menteri. Tetapi tiada yang pelik di zaman Najib Razak ini. Kes 30 tahun pun boleh dibuka semula kecuali kes 1MDB dan duit derma RM2.6 bilion yang diterima beliau.

Apabila Shafie Apdal ditanya mengenai tangkapan-tangkapan ini, beliau menjawab: "tahap prestasi saya semasa menjadi menteri Persekutuan adalah CEMERLANG malah mendapat PUJIAN dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013."

Terfikir juga kita adakah munasabah seorang bekas Menteri yang berPRESTASI CEMERLANG disyak melakukan rasuah.

Image result for najib+report card+ministers

(Gambar:Najib dan Idris Jala sedang membincangkan prestasi Hishammuddin Hussien semasa sesi "report card" jemaah Menteri)

Kata Shafie, Najib memberi pujian kepada beliau pada 2009, 2012 dan 2013 kerana prestasi cemerlang. 

Cemerlang bermaksud Najib memberi gred A atau A+ atau A1 kepada Shafie.

Kalau Menteri bertaraf A1 seperti Shafie pun rasuah, kita boleh bayangkan Menteri-Menteri hari ini yang dapat gred B dan C dari Najib.

Di samping itu, selain siasat perlakuan rasuah melibatkan Shafie, elok juga kalau SPRM boleh siasat siapa Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli-Ahli Parlimen yang turut "senang" semasa Shafie menerajui KKLW.

Sekadar ingin tahu.



RUJUKAN

PANAS… Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kenapa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat dakwaan seleweng dana untuk projek luar bandar di Sabah sekarang.

Sebaliknya bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 itu mempertikaikan kenapa siasatan suruhajaya tersebut tidak pula dilakukan ketika beliau masih berkhidmat sebagai anggota Kabinet dahulu. “Jangan cakap semua syarikat ini milik saya… come on lah,” kata Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, menggantikan nama Parti Pembangunan Warisan Sabah selepas ‘keluar’ daripada UMNO tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna mendakwa bahawa konon tahap prestasinya semasa menjadi menteri Persekutuan adalah cemerlang malah mendapat pujian dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013.

Ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang Jumaat, Shafie berkata setakat ini pihak SPRM belum lagi menghubunginya namun beliau sedia membantu siasatan kes korupsi itu jika dipanggil. Shafie juga menafikan ada kaitan dengan syarikat-syarikat yang kini sedang disiasat SPRM dalam kes itu yang menyaksikan penyelewengan peruntukan dana RM180 juta berkaitan projek prasarana luar bandar di Sabah.

Setakat ini SPRM telah tahan reman tiga orang termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dan ahli perniagaan Yu Sin Kong di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki hari ini mengesahkan, RM1.5 bilion daripada RM7.5 bilion dana yang disalurkan ke Sabah melalui sebuah kementerian diselewengkan dari 2009 hingga 2015. Ini mencetuskan spekulasi ‘cakap politik kedai kopi’ kononnya kes tersebut bakal melibatkan Shafie sendiri yang kebetulan merupakan menteri bertanggungjawab pada ketika tempoh itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA 



Adik Shafie Apdal ditahan SPRM

Zam Yusa | October 10, 2017



Hamid Apdal, yang tampil ke pejabat SRPM pada pagi hari ini untuk membantu siasatan ditangkap pada 9.30 malam tadi.




KOTA KINABALU: Adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal, Hamid Apdal, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan ke atas kes dana pembangunan luar bandar RM1.5 bilion di Sabah yang disyaki digelapkan.

Sumber memberitahu Hamid ditangkap di pejabat SPRM pada 9.30 malam tadi selepas seharian disiasat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.

FMt sebelum ini melaporkan rumah Hamid di Taman Bersatu, Putatan digeledah penguatkuasa SPRM sehingga 6.00 petang tadi, menurut sumber yang tahu mengenai siasatan itu.


Hamid, 52, tampil ke pejabat SPRM pagi tadi selepas dipanggil untuk dirakamkan keterangan. Beliau dijangka dibawa ke mahkamah esok untuk pendengaran permohonan tahanan reman.

Perkembangan terbaharu ini menjadi 7 orang ditangkap setakat ini. Minggu lepas, SPRM berkata mereka mahu bercakap dengan 32 orang dalam siasatan itu.

Enam orang kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

Mereka ialah Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim, seorang ahli perniagaan dan seorang bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan dakwaan siasatan itu tindakan politik terhadap Warisan.

1 comment:

Anonymous said...

Ini zaman TS Dzulkifli dan DS Azam Baki menjadi pemimpin di SPRM. Persoalan kenapa tahun 2017 baru kes ini dibongkar kena tanya mantan-mantan yang terdahulu samada ada buat kerja atau tidak atau buat kerja tapi arahkan tutup kes tanpa buka fail sisatan pun. Senang cerita tenyeh atas surat aje suruh tutup kes.

Terima hakikat bahawa ini zaman baru di SPRM. Jangan hanya disebabkan tiada kes pada DS Najib, semua tindakan oleh SPRM tidak dapat diiktiraf sebagai kerja-kerja baik dalam pencegahan rasuah. Fail siasatan 1MDB sudah dibuka dan sisatan telah dibuat. Jika ada bukti baru yang munasabah boleh aje lapur pada SPRM untuk dibuka semula sisatan.