Sunday, October 29, 2017

BELANJAWAN TAK LEBIH DARI HANYA ACARA TAHUNAN

Image result for bajet 2018

ADA orang bertanya, kenapa Jelapang tak komen mengenai Belanjawan 2018.

Bagi kita, membentang belanjawan ini adalah acara tahunan. Cuma agak riuh sikit apabila ianya belanjawan hampir dengan Pilihanraya Umum.

Kadang-kadang ada yang bertepuk keterlaluan apabila melihat "gula-gula" yang diumumkan.

Kalau nak tepuk pun, berpada-pada lah tepuk. Kita kena tanya pada diri kita dan keluarga kita, apa impak belanjawan ini kepada kita dan keluarga kita.

Kalau setakat tepuk tangan syok tengok Tok Siak dan Tok Batin dapat RM1,500 dan kita tak dapat apa, kawan-kawan sekeliling akan rasa kita ini pelik.

Image result for bajet 2018

Untuk menang Selangor, tol untuk Batu Tiga dan Sungai Rasau ditutup. Memang patut pun plaza tol itu ditutup. Itu bukan lebuhraya. Itu Jalan Persekutuan dan sejak turun temurun lagi tiada tol. Tetapi diletakkan plaza tol untuk mengutip duit dari rakyat.

Kedua-dua Plaza tol itu sepatutnya ditutup pada 2018 tetapi pada tahun 2012 dilanjutkan tempoh konsesinya kepada tahun 2038.

Bagi tol Bukit Kayu Hitam, untunglah mereka yang selalu ke Siam. Bolehlah jimat sikit. Tak ada pun orang Malaysia yang menggunakan tol tersebut untuk ke tempat kerja setiap hari.

Kepada yang mendapat manfaat dari Belanjawan ini, tahniah diucapkan.

Tetapi bagi Jelapang, Belanjawan hanyalah seperti mana belanjawan yang lain.



Jelapang masih ingat Belanjawan 2015. Ramai yang gembira dengan belanjawan tersebut.

Tidak lama selepas itu, dikenakan GST. Kerajaan bagi tangan kanan, tarik dengan tangan kiri.

Belum pun plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau ditutup, Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani sudahpun membayangkan untuk melanjutkan tempoh konsesi PLUS melebihi tahun 2038. 

Semasa pembentangan Belanjawan baru-baru ini, tidak pula dibentangkan apa yang kerajaan GAGAL laksanakan semasa janji Belanjawan 2017. Semasa pembentangan Belanjawan 2017, ada yang gembira dan tanyalah diri kita, apa impak Belanjawan 2017 kepada kita hari ini. Jika ada yang masih gembira dengan pemberian semasa Belanjawan 2017, tahniah kita ucapkan.

Najib Razak juga tidak memberi jaminan samada kadar tol akan dinaikkan selepas PRU-14 nanti.

Dan tiadapun kerajaan menyuarakan simpati dengan kenaikan harga barang dan petrol setiap minggu, rumah PRIMA yang belum siap, harga rumah melambung tinggi, hospital kekurangan ubat, tuntutan perjalanan kakitangan awam yang belum dibayar, sekolah kekurangan kertas, balai polis ada masalah kekurangan "toner" cetakan dan Kedai Rakyat 1Malaysia yang masih "tutup kedai".

Sudah menjadi perkara biasa di kalangan kita. Mudah seronok untuk sehari.

Bagi kita belanjawan hanya acara tahunan. Ada yang baik, dan ada yang akan diambil balik kemudian oleh kerajaan (seperti kenaikan tol).

Bagaimana pun tahniah kepada yang mendapat manfaat daripadannya. 






No comments: