Sunday, May 15, 2016

HASRAT TUN MAHATHIR: BN KALAH DI KUALA KANGSAR & SUNGAI BESAR



Inilah masalah kepada Najib Razak apabila Tun Dr Mahathir Mohamad BUKAN lagi ahli Umno.

Tetapi tidak mengapa, seperti mana isu 1MDB, Najib ada segala macam penyelesaian untuk sebarang masalah.

Kita yakin dengan bantuan Presiden Pas Hadi Awang, Umno akan menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selama ini pun kepimpinan Pas tidak mahu kepimpinan Najib tidak diganggu.



3 comments:

Anonymous said...

dah habis ikhtiarkah mahathir sehingga mengharapkan bn kalah di sungai besar dan kuala kangsar? retoriklah apa yang selama ini dilaungkan di pelbagai lokasi kononnya turunkan najib untuk selamatkan bn dan umno. nah! melayu jenis apa mahathir ini, belumpun sebulan dah lupakan apa yang dikatakan. usahalah bersungguh untuk najib letak jawatan, tetapi meminta bn kalah seolah mahathir sanggup memusnahkan apa sahaja asal niat dna agendanya tercapai. ada yang marah ke kalau mahathir kini bergelar makhluk perosak dan pengkhianat umno, parti yang masih dianggotai oleh anaknya mukhriz dan pecacainya shafie dan muhyiddin. musuh anda ialah najib, kenapa umno pulak yang jadi mangsa. umno bukan milik pemimpin2 umno yang menyokong najib sahaja tetapi milik pakcik2, makcik2 penoreh getah, pekebun kecil, pesawah dan penganggur yang langsung tidak mengerti apa itu 1mdb, src, 2.6 bilion dsb. yang mereka tahu ialah getah sekilo rm2.20 sen dan kelapa sawit 1 tan rm600. adilkah mahathir jika beliau bertindak menghukum makcik2, pakcik2 yang tak tahu apa2 kecuali mengundi umno?

Anonymous said...

Kalau umno dah banyak penyakit..potong je bahagian yang kena barah agar tak merebak.

Anonymous said...

Bukan hukuman tapi katok sikit kepala bagi ada akai..he..hee