Monday, May 23, 2016

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI BN



Saya ahli Umno TETAPI malangnya bukan ahli Umno Sungai Besar.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, tiada peluang yang lebih baik dari PRK ini bagi menentukan masa depan Melayu dan Umno.

PRK ini tidak akan mengubah apa-apa. Jika Umno kalah pun, Umno tetap memerintah. Perdana Menterinya TETAP dari Umno.

Umno hari ini bukan Umno seperti dahulu lagi.

Umno hari ini mengkhianati bangsanya. Pemimpinnya bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Ini hakikat dan realitinya. Nafikanlah, TETAPI itulah realitinya.

Negara rosak, bangsa hilang maruah.

JIKA KITA PENGUNDI SUNGAI BESAR, inilah MASAnya untuk kita menyampaikan MESEJ KEPADA NAJIB RAZAK.

Bahawa orang Melayu dan Islam MALU dipimpin oleh beliau yang diselubungi dengan pelbagai SKANDAL.

Bahawa orang Melayu MENOLAK Najib sebagai Perdana Menteri.

Kita tahu, di dalam hati, ramai ahli-ahli Umno tidak suka Najib. Ramai malu dengan skandal-skandal melibatkan Najib dan ahli keluarganya. Kita malu kepada kawan-kawan kita dari bangsa lain.

Bukan ahli Umno sahaja yang tidak suka Najib. Pemimpin pun ada. Menteri pun ada.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, difahamkan, MELETAKKAN JAWATAN tahun lepas apabila timbul isu wang derma RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib tetapi diTOLAK oleh Najib.

Bukan semua Menteri pak turut. Bukan semua Menteri dapat menelan dakwaan salah laku Najib.

Sebab itulah, hari ini, tidak ramai Menteri tampil mempertahankan Najib. Sebab itulah Najib terpaksa bergantung kepada pegawai bawahan beliau untuk mempertahankan beliau.

Sesetengah Menteri memilih untuk berdiam diri. Hanya Khairy agak agresif dengan meletakkan jawatan.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, saya tidak akan mengundi BN kali ini.

Jika saya AJK Bahagian Sungai Besar, inilah masanya saya akan mengunakan kuasa undi saya untuk menolak Najib Razak demi Melayu, Islam dan Umno.

Kita mahu Umno direformasikan. Kita mahu Umno diperbetulkan. Kita mahu Umno dipimpin oleh seorang Presiden yang JUJUR dan Amanah dan dihatinya, kepentingan rakyat, orang Melayu mengatasi kepentingan diri, anak bini dan anak tiri.

Inilah masanya kita di Sungai Besar memberi mesej yang jelas kepada Najib bahawa kita JELEK dengan pemimpin yang tidak amanah.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, jika saya tidak tergamak untuk mengundi parti lain selain Umno, sekurang-kurangnya, sebagai TANDA PROTES, saya tidak akan keluar mengundi.

Menitis airmata saya melihat Umno sekarang. Dinodai oleh pemimpinnya sendiri.

Tanpa Umno, siapalah Najib Razak.

Kita dihina. Bila tiba masanya untuk mendapat sokongan kita, pemimpin di atas melontar wang (BR1M) ke arah kita. Begitu hinanya kita. Perit kehidupan kita tidak dipedulikan.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, inilah masa saya untuk menggunakan kuasa undi saya untuk meminta Najib mengundur diri.

Kalah Umno tidak mengapa. Inilah pengorbanan kita untuk menyelamatkan Umno dan bangsa.

Kudrat tiada, kuasa tiada untuk kita melawan mereka. Ini saja yang ada pada kita.





18 comments:

Anonymous said...

Saya tidak akan undi UMNO juga
Cadangan:buat poll siapa yang akan undi UMNO dan siapa yang tidak

Anonymous said...

Menuduh seseorang tanpa bukti, FITNAH namanya: Didunia kau berasa seronok/lebar senyuman kamu kerana berpuas hati/ diakhirat kau tanggung sendiri. Allah Maha Adil.Ahli apa kau ni?/ kau ni mesti puak yg menyokong LGBT/orng tua yg telah berkuasa selama 22 th ( tinggalkan legasi: Tol/anak pihak kaya raya etc)... Kalau begitu sokonglah (puak syiah/Libralisma/Anti Islam/part Islam yg mengkafirkan sesama Uslam....

Servant of God said...

Wahai anon May 24, 2016 at 4:39 AM,

Kamu yang tak reti nak guna otak yang Allah beri, jangan kamu kata orang fitnah.

Kamu tuduh orang sokong LGBT tu bagus sangat laa?

Bestnya kamu nih, beri pahala kamu pada anon kat atas tuh...

Anonymous said...

He he... tak mengundi rupenya... jadi biarkan orang sungai besar tentukan... depa bukan BODO...

Anonymous said...

...jangan nak merapu...tuduhan umum je...rasuah la, apa la..tunjukkan bukti najib songlap duit 1mdb 2.6b...spesifik la sikit...nak main persepsi je, fitnah tu...

Anonymous said...

...100b lebih hilang masa mahadey dulu, tak pulak jelapang ni tulis....wsj yg report tu...

Otak geliga said...

To Anon 4:39AM

FITNAH???....Maaflah, aku dulupun penyokong TEGAR UMNO, mempertahankan UMNO/BN dr kena maki/hina di laman sosial/ realiti...apatahlagi mempertahankan DSNajib, DSRosmah, DShahrizat, lenguh jari & berbuih mulut mematahkan hujah Pakatan.

Tapi skandal 1MDB adalah REALITI, bukannya FITNAH...Lama aku baca kenyataan dan tingkah laku DSNajib...bermula dari sumpah laknat PANTAS yg dilakukan DSNajib berkaitan skandal Altantuya (tetapi utk skandal 1MDB mengapa TIDAK DILAKUKAN), penipuan Cayman Island oleh DSN di Parlimen, Bank Singapura, BNM, model perniagaan 1MDB yang GILA, penggunaan wang pinjaman utk urusniaga 1MDB yang MERAPU & TAK MASUK DEK AKAL YG WARAS, report2 aliran wang tunai dr pihak penentang kerajaan yg DSN mulanya nafi, tapi kemudian mengaku (cth: RM2.6 bil dlm akaun), perlucutan jawatan TSMY, DSShafieApdal, AG, MB Ganu, MB Kedah, Ainina, anggota PAC yg sedang menjalankan tugas dilantik sbg anggota kabinet, anggota SPRM yg dipindah2kan, laporan Bank Negara yg ditolak bulat2 oleh AG yg BARU DILANTIK & yg terkini PUTERA SULTAN ARAB SAUDI SENDIRI MENGAKU BELIAU, KERABAT mahupun KERAJAAN ARAB SAUDI TIDAK ADA memberi BANTUAN KEWANGAN RM2.6Bil kepada DSNajib.

SEMUA....SEMUA....SEMUA...yg aku baca & teliti menjurus kepada SATU...iaitu 1MDB mendatangkan bencana buat Malaysia & DSNajib yg bertindak sebagai Menteri Kewangan, Pengerusi 1MDB & PM Malaysia dilihat mempunyai kaitan secara langsung dgn bencana yg terjadi.

Anon, BUKTI yg ada hanya BOLEH diBUKTIkan di mahkamah dgn syarat DSNajib tidak menganggu urusan penyiasatan....masalahnya beliau adalah PM, Pengerusi 1MDB & Menteri Kewangan, kedudukan yg amat strategik & kukuh utk diganggu gugat. Jadi sebagai rakyat, kami juga ada sekelumit hak utk bersuara & menentukan hala tuju Malaysia supaya kembali ke landasan yg betul.

Jika DSNajib masih jadi PM, tak mustahil puak syiah/Libralisma/Anti Islam/part Islam yg mengkafirkan sesama Uslam yg Anon kata akan ambil alih Malaysia. Atas dasar itulah TUN MAHATHIR, TSMY, DSShafieApdal, Tun Daim, DSMukhriz terpaksa bergabung dgn pembangkang utk JATUHKAN DSNajib (BUKAN UMNO/BN). Demi memulihkan semula imej UMNO yg dipalitkan skandal oleh DSNajib n co. Jatuh DSNajib, insyaAllah UMNO kembali mendapat sokongan rakyat.

Strategi TunMahathir dpt dilihat oleh DSAnwar Ibrahim. Sebab tu beliau & keluarga bimbang dgn langkah pemimpin2 PR yg bergerombolan menyokong Deklarasi Rakyat. Pantas dituduh TUN mahu mengekalkan legasi beliau. Persoalannya, DSAnwar di dlm PKR bagaimana?...bukankah lebih HINA tindakan KROSNISME beliau?...sementara itu DSNajib, DSHisyamuddin Tun Hussien juga bukankah naik atas dasar kronisme?...kronisme atau tidak, yg penting bagi rakyat kesejahteraan hidup rakyat terjaga.

Kesimpulannya: JATUH DSNajib, UMNO/BN KUKUH KEMBALI, PH/PR akan kembali LEMAH.

aku said...

taknak tol, buat jalan sendiri..atau korek terowong bawah tanah...yg kaya pun kroni melayu jugak..sekurang2 nya bukan caea menipu duit rakyat..usaha kuat dapat bisness..kaya le..yg dengki tu dapat makan roti kaya pun syukur le..

Anonymous said...

OOiiii....Anon 4.02 - Abang Azalina tu APA....????
UMNO pun sokong LGBT siap lantik jadi menteri lagi.
Najib pulak tinggalkan legasi hutang berbillion
untuk anak cucu engkau.

Anonymous said...

KJ nak letak jawatan pasal Najib terlibat pasal 2.6 Billion?

Ah sekarang KJ ada peluang sekali lagi letak jawatan pasal
isu R$100 juta KBS.Kenapa tak lakukan sekarang?
KJ tu adalah jelmaan Anwar masa muda nya.

KJ tidak sekali kali mahu letak jawatan atas sebab apa saja.
Cita cita nya hendak jadi PM. UMNO yang ada sekarang adalah di-penuhi
dengan Menteri dan orang orang yang sayangkan diri sendiri...

UMNO sudah jadi pengkhianat negara dan bangsa. Bukan orang bangsa lain
yang songlap harta negara tetapi orang melayu sendirilah yang khianat
dengan bangsa nya. UMNO selama 70 tahun gagal nak mengangkat negara
jadi dunia pertama oleh sebab rasuah. Sepatut nya kita malu dengan
negara kafir Singapore.

Anonymous said...

itu kalau ko pengundi sg besar. soalnya ko bukan pengundi sg besar dan pengundi2 sg besar salah seorangnya bukan ko. apa masalah ko sebenarnya. dah ko kata prk sg besar tak akan mengubah apa2, apa masalah yang ko timbulkan pulak? cuba bayangkan jika bn kalah di sg besar, maknanya dalam menunggu pru akan datang, malaplah sg besar sebab mpnya bukan lagi dari bn. itupun ko tak boleh fikir? berbagai janji (tak kiralah ditepati atau dicapati) pastinya menggunung yang akan dijanjikan. ada banyak lagi prasarana pusat yang tidak dipunyai oleh sg besar yang perlu diperjuangkan oleh ahli parlimen (lainlah kalau dun, kerajaan selangor boleh setel). akal kena pakai gak bro, jangan kerana emosi, 2 tahun lagi baru dapat janji nak dapat menjelang pru 14.

Anonymous said...

jgn tuduh sebarangan....siasatan dah pun dijalankan...keputusan pun dah dibuat....bukan BN yang siasat ...berbagai agensi pun dah siasat...pembangkang pun dah siasat.
masih lagi nak tuduh dan fitnah ke?
awak tu yang kena insaf...tak faham jangan pandai buat keputusan.
KJ letak jawatan? hahaha....fitnah lagi....so apasal KJ still kat dalam ?
Kerabat dari Arab Saudi pun dah beri pengakuan duit dari mereka....susah sangat ke nak percaya? mereka banyak duit...derma pun merata...takkan nak suruh mereka tunjuk bank account pulak.
ibarat kau bagi derma kat orang ..orang mintak kau tunjuk bank account kau.....masuk akal ke.
derma bukan untuk najib berjoli....ianye untuk penbangunan Islam tu sendiri. mereka mungkin nak bantu supaya BN kekal memerintah sebab hanya dgn BN / UmNo saja Islam kekal. Islam moderate ...bukan syiah mcm Mat Sabun...tau lah syiah ni mcm mana habis rosak Syria di kerjakan. Kau nak DAP memerintah ke....tgk jer lah kat Penang....CM pun byk skandal....Nak dgr Azan pun susah....anjing merata kat tepi pantai tu....jalan2 kat bandar pun rasa geli sbb makanan babi merata...

Ye tak payah lah undi BN ....nanti kau tgk lah apa jadi...sekian...peace no war

Anonymous said...

alah benda simple jer pun nak tulis panjang lebar.hang tak suka umno, hang keluar umno pergi undi PAS parti yang memperjuangkan islam.UMNO pun tak perlukan orang macam kamu.waima najib pun tak perlukan kamu.kami orang UMNO pun tak perlukan kamu.undi kamu pun kami tak nak.

Anonymous said...

aku malu dgn penceramah2 agama. dari dulu sampai sekarang tak habis tegur org biasa. pemimpin tak berani tegur

Anonymous said...

Umno pengkhianat bangsa la,Umno tak seperti dulu lagi la,Umno rasuah la bla bla bla...adalah ayat yang dimainkan sejak berpuluh-puluh tahun.Ada yang kata Najib patut masuk mahkamah dgn syarat najib jangn campur tangan dlm perbicaraan pasal 1mdb,boleh percaya ke puak2 ni kalau najib menang perbicaraan, hatta PAC yang dianggotai pembangkang pun mereka tolak apalah sangat dgn mahkamah bagi puak2 ni hihi..

Otak geliga said...

To Anon 12:40PM

PEMBANGKANG mmg begitu...dan itu tugas mereka....sampai bila2pun akan menentang UMNO selagi DSAnwar tak naik jd PM....sbb tu kena pulihkan UMNO dgn BUANG DSNajib sebelum terlambat.

Sekarang ni yg bermasalah DSNajib....& DSNajib bersembunyi di belakang UMNO, memperGUNAkan UMNO sehingga UMNO semakin dipandang hina.

yg bina 1MDB bukan UMNO, yang masuk dana akaun 2.6B bukan UMNO, yg buat hutang 50B bukan UMNO, yg gadai tanah n aset sbb nak bayar hutang bukan UMNO...cuma kerana DSNajib Presiden UMNO, PM, Pengarah 1MDB & Menteri Kewangan, maka tak pasal2 UMNOpun terkait sama sedangkan dalam mesyuarat UMNO takdapun usul nak tubuh 1MDB.

Mcm mana rakyat tak tolak laporan PAC...yg memandai2 pergi KACAU PAC asal dulu sapa suruh, menukar2 pegawai SPRM & POLIS, sampai AGpun kena buang tanpa sbb munasabah....TINDAKAN GILA maka akan dapat REAKSI GILAlah.

yg rakyat nampak, DSNajib menggunakan KUASA beliau secara melampau salahnya, zalimnya.

jadi bawa je kes ni ke mahkamah, takda beza DSAnwar & DSNajib.

Otak geliga said...

To Anon 10:27AM

Kau tak payah nak guna taktik reverse psychology. Ko pun belum tentu pro UMNO...silap2 RBA.

Kepada penentang DSNajib yg masih sayangkan UMNO/BN sila ABAIkan tulisan anon ni...taktik yg biasa digunakan pembangkang utk mengHINA pro UMNO.

Anonymous said...

Fitnah lagi...saman jelah