Showing posts with label umno sungai besar. Show all posts
Showing posts with label umno sungai besar. Show all posts

Wednesday, February 14, 2018

AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR KENA BULI DENGAN JAMAL TUALA & SHAHRIZAT JALIL

Image result for budiman zohdi

KASIHAN Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, diBULI oleh Ketua Bahagian beliau, Jamal Tuala, dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Kita masih ingat semasa pilihanraya kecil Sungai Besar. Terkial-kial Umno mencari calon untuk memastikan Parlimen Sungai Besar TIDAK jatuh ke tangan pembangkang.

Budiman istimewa orangnya. Jarang sekali Umno membenarkan ahlinya bertanding di DUN dan Parlimen serentak. Selain Ahli Parlimen, Budiman adalah Adun Sungai Panjang.

Kerana takut kalah (semasa PRU13, Umno menang di Sungai Besar dengan majoriti 399 undi), Budiman adalah calon terbaik untuk mempertahankan Umno di Sungai Besar.

Hasilnya, Umno mengekalkan kerusi Sungai Besar dengan majoriti cukup besar - 9,191 UNDI.

Image result for jamal tuala

TIBA-tiba hujung minggu lepas, Jelapang ternampak satu ucapan oleh Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Tuala, mem"promosi"kan Shahrizat Jalil, yang diselubungi dengan isu Lembu NFC, sebagai calon Parlimen menggantikan Budiman.

Itulah kata orang tua-tua, habis madu sepah dibuang.

Budiman dibuli oleh Jamal Tuala dan Shahrizat. 

Budiman ada kaliber. Berbakat untuk menjadi Ketua Bahagian Umno Sungai Besar.

Tetapi sudah menjadi lumrah di dalam Umno. Dibuli oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Bagaimana Umno boleh membiarkan Shahrizat dan Jamal Tuala sesuka hati membuat keputusan untuk memilih kerusi untuk bertanding?

Sudah hilang hormatkah mereka kepada Presiden Umno Najib Razak?

Atau adakah mereka melihat Najib presiden yang lemah yang masadepannya di hujung tanduk?

Atau adakah ada "kira-kira" antara Shahrizat dengan Jamal Tuala?



Monday, May 23, 2016

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, SAYA TIDAK AKAN MENGUNDI BN



Saya ahli Umno TETAPI malangnya bukan ahli Umno Sungai Besar.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, tiada peluang yang lebih baik dari PRK ini bagi menentukan masa depan Melayu dan Umno.

PRK ini tidak akan mengubah apa-apa. Jika Umno kalah pun, Umno tetap memerintah. Perdana Menterinya TETAP dari Umno.

Umno hari ini bukan Umno seperti dahulu lagi.

Umno hari ini mengkhianati bangsanya. Pemimpinnya bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Ini hakikat dan realitinya. Nafikanlah, TETAPI itulah realitinya.

Negara rosak, bangsa hilang maruah.

JIKA KITA PENGUNDI SUNGAI BESAR, inilah MASAnya untuk kita menyampaikan MESEJ KEPADA NAJIB RAZAK.

Bahawa orang Melayu dan Islam MALU dipimpin oleh beliau yang diselubungi dengan pelbagai SKANDAL.

Bahawa orang Melayu MENOLAK Najib sebagai Perdana Menteri.

Kita tahu, di dalam hati, ramai ahli-ahli Umno tidak suka Najib. Ramai malu dengan skandal-skandal melibatkan Najib dan ahli keluarganya. Kita malu kepada kawan-kawan kita dari bangsa lain.

Bukan ahli Umno sahaja yang tidak suka Najib. Pemimpin pun ada. Menteri pun ada.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, difahamkan, MELETAKKAN JAWATAN tahun lepas apabila timbul isu wang derma RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib tetapi diTOLAK oleh Najib.

Bukan semua Menteri pak turut. Bukan semua Menteri dapat menelan dakwaan salah laku Najib.

Sebab itulah, hari ini, tidak ramai Menteri tampil mempertahankan Najib. Sebab itulah Najib terpaksa bergantung kepada pegawai bawahan beliau untuk mempertahankan beliau.

Sesetengah Menteri memilih untuk berdiam diri. Hanya Khairy agak agresif dengan meletakkan jawatan.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, saya tidak akan mengundi BN kali ini.

Jika saya AJK Bahagian Sungai Besar, inilah masanya saya akan mengunakan kuasa undi saya untuk menolak Najib Razak demi Melayu, Islam dan Umno.

Kita mahu Umno direformasikan. Kita mahu Umno diperbetulkan. Kita mahu Umno dipimpin oleh seorang Presiden yang JUJUR dan Amanah dan dihatinya, kepentingan rakyat, orang Melayu mengatasi kepentingan diri, anak bini dan anak tiri.

Inilah masanya kita di Sungai Besar memberi mesej yang jelas kepada Najib bahawa kita JELEK dengan pemimpin yang tidak amanah.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, jika saya tidak tergamak untuk mengundi parti lain selain Umno, sekurang-kurangnya, sebagai TANDA PROTES, saya tidak akan keluar mengundi.

Menitis airmata saya melihat Umno sekarang. Dinodai oleh pemimpinnya sendiri.

Tanpa Umno, siapalah Najib Razak.

Kita dihina. Bila tiba masanya untuk mendapat sokongan kita, pemimpin di atas melontar wang (BR1M) ke arah kita. Begitu hinanya kita. Perit kehidupan kita tidak dipedulikan.

JIKA SAYA PENGUNDI SUNGAI BESAR, inilah masa saya untuk menggunakan kuasa undi saya untuk meminta Najib mengundur diri.

Kalah Umno tidak mengapa. Inilah pengorbanan kita untuk menyelamatkan Umno dan bangsa.

Kudrat tiada, kuasa tiada untuk kita melawan mereka. Ini saja yang ada pada kita.