Wednesday, February 14, 2018
AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR KENA BULI DENGAN JAMAL TUALA & SHAHRIZAT JALIL
KASIHAN Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, diBULI oleh Ketua Bahagian beliau, Jamal Tuala, dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.
Kita masih ingat semasa pilihanraya kecil Sungai Besar. Terkial-kial Umno mencari calon untuk memastikan Parlimen Sungai Besar TIDAK jatuh ke tangan pembangkang.
Budiman istimewa orangnya. Jarang sekali Umno membenarkan ahlinya bertanding di DUN dan Parlimen serentak. Selain Ahli Parlimen, Budiman adalah Adun Sungai Panjang.
Kerana takut kalah (semasa PRU13, Umno menang di Sungai Besar dengan majoriti 399 undi), Budiman adalah calon terbaik untuk mempertahankan Umno di Sungai Besar.
Hasilnya, Umno mengekalkan kerusi Sungai Besar dengan majoriti cukup besar - 9,191 UNDI.
TIBA-tiba hujung minggu lepas, Jelapang ternampak satu ucapan oleh Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Tuala, mem"promosi"kan Shahrizat Jalil, yang diselubungi dengan isu Lembu NFC, sebagai calon Parlimen menggantikan Budiman.
Itulah kata orang tua-tua, habis madu sepah dibuang.
Budiman dibuli oleh Jamal Tuala dan Shahrizat.
Budiman ada kaliber. Berbakat untuk menjadi Ketua Bahagian Umno Sungai Besar.
Tetapi sudah menjadi lumrah di dalam Umno. Dibuli oleh mereka-mereka yang berkepentingan.
Bagaimana Umno boleh membiarkan Shahrizat dan Jamal Tuala sesuka hati membuat keputusan untuk memilih kerusi untuk bertanding?
Sudah hilang hormatkah mereka kepada Presiden Umno Najib Razak?
Atau adakah mereka melihat Najib presiden yang lemah yang masadepannya di hujung tanduk?
Atau adakah ada "kira-kira" antara Shahrizat dengan Jamal Tuala?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jamal pengecut.. bacul.. bunuh org sendiri di sg besar.. jual kerusi pd shahrizat
Post a Comment