Thursday, February 15, 2018

PAS PARTI TALAM DUA MUKA

Image result for hadi+najib+rohingya

TERKEJUT kita apabila terbaca Pas menuduh Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional TALAM DUA MUKA kerana membenarkan Duta Israel Zionis masuk ke Malaysia.

Terkejut kerana tidak mungkin Pas sebagai kawan karib Umno sanggup membuat tuduhan melulu kepada Najib seperti itu ketika beliau sedang sibuk untuk menang PRU14 dengan bantuan Pas.

Yang buat kenyataan tersebut ialah Naib Presiden Pas Nik Amar Abdullah.

Adakah Nik Amar sudah bertanya kepada Presiden beliau, Hadi Awang, sebelum membuat kenyataan tersebut?

Harap Nik Amar tidak bersikap kurang ajar dengan Hadi dengan membuat kenyataan tanpa merujuk kepada Hadi.

Hadi lebih tahu nilai hubungan Pas dengan Umno.

Nik Amar perlu berhati-hati. Kerana mulut, hubungan binasa. Kerjasama Pas lebih penting dari Duta Israel itu. Lagipun Nik Amar kena dalami makna WALAQ.

Kalau ada masalah sekali pun, dapat diselesaikan dengan mudah.

Tapi ramai juga pendapat mengatakan Pas juga parti Talam Dua Muka. Kalau macam itu, sama saja.

Umpama Nik Amar ludah ke langit, jatuh atas muka sendiri.



Umno talam dua muka benarkan diplomat Israel masuk, kata PAS



PAS menyelar tindakan Putrajaya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia pada persidangan World Urban Forum (WUF) yang berlangsung dari 7 Februari dan berakhir kelmarin.

Naib Presiden PAS, Mohamad Amar Nik Abdullah berkata parti Islam itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah tindakan Putrajaya itu dalam masa terdekat.

“Inilah sikap talam dua muka Umno,” kata Mohamad Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu kepada The Malaysian Insight.

Baru-baru ini The Times of Israel melaporkan Kementerian Luar negara itu mengesahkan kunjungan diplomat terbabit ke Kuala Lumpur.


Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara itu menghadiri satu persidangan WUF yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, delegasi dari negara berkenaan diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB, atau dikenali sebagai UN-Habitat.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak ditubuhkan pada 1948 dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan tindakan Putrajaya membenarkan kemasukan beberapa diplomat Israel pada persidangan WUF.

Hubungan Umno dan PAS semakin baik selepas parti Islam itu tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat (PR) berpecah pada 2015.

Disember lalu, Umno menganjurkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya yang turut dihadiri pemimpin PAS.

Perhimpunan itu dimulakan dengan forum khas sebelum solat Jumaat melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H. Al Agha. – 15 Februari, 2018.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/38032/



1 comment:

Anonymous said...

bukan rakyat mesia je kena tipu dgn kerajaan bn.. org palestine pun kena tipu juga.