Monday, May 9, 2016

SARAWAK BUKTI TUKAR PEMIMPIN UNTUNGKAN BN

Image result for sarawak+pilihanraya+adenan+menang

TAKZIAH kepada ahli keluarga kesemua mangsa tragedi kemalangan helikopter di Sarawak semasa pilihanraya Sarawak ke-11 dan TAHNIAH kepada Adenan Satem kerana MENANG BESAR.

Ianya satu kemenangan yang telah DIDUGA. 

Inilah kesan apabila pemimpin diTUKAR.

Jika Taib Mahmud masih Ketua Menteri Sarawak, tidak mungkin BN akan menang besar di dalam pilihanraya ini.

Ini adalah trend politik di Malaysia. TUKAR pemimpin, citarasa pengundi akan bertukar.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 2003, BN menang besar dalam pilihanraya umum 2004.

BN menang 198 kerusi dari 219 kerusi yang dipertandingkan. Umno memenangi 109 kerusi dan pembangkang hanya menang 20 kerusi.

Kesimpulannya, perubahan pemimpin HANYA memberi kesan positif kepada Barisan Nasional dan Umno.

Jika Umno menukar Najib Razak sebagai Perdana Menteri di dalam PRU ke 14 nanti, hancurlah Pakatan Harapan.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat beruntung memberi kemenangan besar kepada BN kali ini.

Selepas ini pengundi Sabah akan melakukan perkara yang sama. Inilah kuasa yang kini diperolehi oleh Sarawak untuk MEMINTA apa saja dari Putrajaya.

BN dan Umno tidak akan mendapat sokongan yang sama di Semenanjung.

Harapan Najib dan BN untuk kekal berkuasa hanya kepada Sabah dan Sarawak.

Tanpa LAYANAN ISTIMEWA kepada Sabah dan Sarawak HANYA mengundang masalah kepada kepimpinan BN.

Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menjadi ukuran. Atas kertas, ia adalah pilihanraya paling GETIR buat Najib.

Harapan Najib hanya kepada Presiden Pas Hadi Awang yang sekarang menjadi PENYOKONG No 1 Najib.

Kedua-dua kerusi tersebut adalah milik Pas. Jika pembangkang berterusan berbalah, maka Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan kekal di tangan Umno.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Adenan.

Cuma Adenan masih nampak "TIDAK ADA CLASS".

Apabila Taib pencen, kita ingat akan adalah perubahan dalam kualiti kepimpinan di Sarawak.

Rupa-rupanya masih sama. Masih ada sifat "macam orang hidup di dalam hutan".

Ada rakyat Malaysia yang boleh masuk Sarawak dan masih ada yang diharamkan.

Lebih melucukan, ada yang boleh masuk, tetapi mesti KELUAR sebelum 2 Mei.

Hendak ke negara komunis seperti Cina pun tiada SEKATAN seumpama ini.

Rupanya Adenan sama seperti Taib Mahmud - tidak ada class.

3 comments:

Anonymous said...

Kemenangan yang berasas kan kepimpinan kedarerahan sempit.Kemenangan yang harga nya amat mahal bagi 5 keluarga semananjung,yang kehilangan ahli keluarga.
Kehilanagan Anak,Ayah,Ibu Adik.Tiada lagi tempat bermanja,tumpang berteduh,bergurau,berkasih dan di raikan dan bermeriahkan majlis sanak saudara dan kerabat.
Harga yang mahal telah bi bayar tunai.Berhutang bayaran ini adalah sampai bila bila.
arjuna waspada
changkat lobak.

Unknown said...

Sungguh hairan, setiap kali bincang pasal PRK
Sg.Besar dan Kuala Kangsar, mestilah semuanya
kata PAS akan menang!
Macamlah PAS kuat sangat.....padahal PAS dan berpecah
- satu jadi Amanah dan yang di bawah Hadi Awang
berpecah lagi - separuh kepada Husam!.
Jadi, tak mungkinkah undi PAS berpecah juga....?
Undi Umno memang dah berpecah tiga -separuh takkan
mengundi BN, seuku lagi protes tak keluar mengundi.
Yang tinggal cuma suku je......jadi macam mana nak
menang........????
Harap PH tak bergasak berebut nak letak calon di
Sg.Besar dan Kuala Kangsar. Bertolak ansorlah.
Pkr amik Sg.Besar. Amanah amik Kuala Kangsar.
Undi Cina takkan memihak kepada BN.
Jamal ikan Bako & kumpulan baju merah yang meroyan
di Low Yat, masih fresh in the mind.

Unknown said...

Kalau 3 penjuru antara bn pas dan pr maka aku rasa bn akn mng..pas tak akan beri laluan kpd pakatan baru tu..pas tak kisah kalah atau menang yg pnting pas akn langgar pakatan..luka pas masih belum sembuh..pas dihina dicemuh oleh dap hanya krna prjuangkn hudud pas yg tk ada kaitan dgn dap..ahli pas di p.pinang dibuang dri krjaan negeri..keangkuhn dap trhadap pas diteruskn dgn mnyarankn pas keluar dr pakatan..NAHH skrg baru kau tahu tanpa pas pakatan tak kuat mcm dahulu..lihat saja prn sarawak pas langgar kawasan yg ditandingi amanah atau dap..bukan untuk menang tapi untuk pecahkan undi pakatan supaya bn brpeluang menang..ini lah bahana sakit hati yg dap dan amanah buat trhdp pas..ahli pas yg setia lebih rela undi bn drpd dap atau amanah pgkhianat pas..pakatan menang diselangor hasil prjuangn brsama pas begitu juga di p.pinang..tapi kenapa dap mulut besar sgt nak campur hal pas dia ingat dap tu besar sgt..tanpa pkr dan pas maka dap tak ke mana..