Friday, April 15, 2016

ALHAMDULLILAH, NAJIB BERSIH. TUN MAHATHIR KAKI FITNAH

Image result for najib+menteri luar+arab

ALHAMDULLILAH. Akhirnya semua sudah SELESAI.

Terima kasih Al-Sheikh Adel Al-Jubeir kerana telah mengaku bahawa duit yang ada di dalam akaun Najib Razak adalah sumbangan dari Arab Saudi.

http://www.malaysiakini.com/news/337917

MALU besar Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan penjelasan Al-Sheikh ini.

Al-Sheikh ini pun satu. Kenapa baru sekarang nak mengaku kerajaan Arab Saudi bagi derma. Dua bulan lepas kata PELABURAN, hari ini kata DERMA.

Kalau awal-awal membuat PENGAKUAN macam hari ini, tidaklah negara ini jadi huru-hara.

1. SPRM tak payah berulang alik ke seluruh pelusuk dunia berjumpa Tok Arab nak siasat betul ke duit itu derma dari Arab Saudi.

2. Gani Patail sudah pasti masih Peguam Negara dan tak perlu diPECAT oleh Najib.

3. Dua pegawai SPRM tak lah perlu bertukar kerja ke JPM.

4. Cuma yang rugi ialah Nur Jazlan dan Reezal Merican. Kalau awal-awal Al-Sheikh mengaku Arab Saudi menderma, tak dapatlah mereka berdua merasa menjadi Timbalan Menteri.

5. Isteri Najib, Rosmah Mansor, sudah pasti tak kena BOO semasa Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini.

6. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sudah pasti tak diPECAT Najib.

7. Najib pun tak perlu hendak bagi BALIK duit derma RM2 bilion lebih kepada pendermanya.

8. Najib juga tak perlu habis berjuta ringgit jaga Ketua-Ketua Bahagian.

9. PAC pun tak perlu bersidang dan keluarkan laporan yang beratus muka surat dan tebalnya hampir 2 inci.

10. Tun Mahathir pula HILANG jawatan Penasihat Petronas.

11. Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tak perlu pun dibuat secara tertutup sehingga ahli Umno yang bukan perwakilan dipaksa melihat berulang kali ucapan pemimpin yang di"censor" oleh Raof dan geng-geng Teuku Adnan.

12. SKMM pun tak payah kerja kuat sekat Malaysian Insider serta blog kawan-kawan seperti Syedoutsyedthebox dan Din Turtle.

13. Sarawak Report pun tak akan sepopular sekarang.

14. Orang pun tak akan kenal kawan-kawan Najib seperti Jho Low, Tariq Obaid dan beberapa lagi.

15. Nama Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara, sudah pasti tidak dicemar sebegini rupa.

16. FBI dan Peguam Negara Switzerland pun tidak perlu habiskan wang rakyat menyiasat kes ini.

Banyak lagi kalau hendak disenaraikan kesemua penganiayaan disebabkan kelewatan Al-Sheikh Adel ini mengaku duit tersebut duit derma.

INI SEMUA SALAH AL-SHEIKH ADEL.

Demi untuk membersihkan nama Perdana Menteri sebersih kapas, tibalah masanya Najib mengarahkan SIASATAN penuh dibuat agar rakyat benar-benar YAKIN dengan jawapan yang diberikan oleh Al-Sheikh Adel hari ini.

Tidak ada apa hendak diSOROKkan lagi.

Selama ini kita semua salah sangka.

Kita tunjuk semua akaun 1MDB, dalam dan luar negeri. Tunjuk RESIT RM2 bilion yang Najib hantar balik kepada Arab Saudi. 

Kita tunjuk semua laporan Akauntan Negara dan Bank Negara.

Kita bagi Tun Mahathir malu. Biar padan muka Tun.

Kita tunjuk kepada rakyat bahawa Tun Mahathir KAKI FITNAH.

Kita tunjuk semua. Tak perlu lagi nak sorok-sorok hasil siasatan SPRM, Bank Negara, Polis dan Akauntan Negara. 

Padan muka Tun Mahathir, kaki fitnah.

Kepada Azalina Othman Said, tindakan beliau mempertahankan Najib BETUL.

Sekarang Azalina perlu menulis surat kepada FBI dan Peguam Negara Switzerland supaya memberhenti siasatan serta merta kerana Arab Saudi sudah mengaku wang tersebut adalah pemberian dari mereka dan kita saman New York Post dan Wall Street Journal.

Seperti kata Al-Sheikh Adel, KES DITUTUP.

Alhamdullilah.

20 comments:

Anonymous said...

Jelapang!,yang depa sembang tentang derma 2.6b mungkin yang lain kut.Dapat tak tahu dan pulang balik pun tak tahu.

Anonymous said...

Bravo.. bayekkk punye sindir. Apalah nasib kita di tangan pm yg bodoh ni.

Anonymous said...

Pak arab ni kenalah jadi saksi SPRM sebab derma pada penjawat awam adalah RASUAH!!!!

Anonymous said...

syukur... biarlah Tun M dan LKT, Mat 121 dan yg sewaktu dgn nya dok melalak ke Bukit.. Kerna itu kerja mereka.

Anonymous said...

Very Deep Deep Deep meaning

Anonymous said...

He he... slamat na hangpa semua...

Anonymous said...

Cantik sungguh buah pukulan yang tersembunyi sedar sedar dah kena perut. Mau termuntah dedak di buatnya. Syabas penulis artikel

Anonymous said...

Right you are, sir. Couldn't put it better myself.

Anonymous said...

Ko sorang je yg percaya @ buat2 percaya..10 lg tak...cari makankan, ko buatlah apa yg patut.

Anonymous said...

Bersih? Dengan air liur kata bersih?

Anonymous said...

Muehehehe....

Anonymous said...

ha..ha..pak arab flip flop..aneh nya selepas jumpa Jibby. Kenapa tak beritahu dgn jelas amount & siapa penderma sebenar? Apa pun tak beri apa2 kesan.

Anonymous said...

Bisa broo..hahaha

Anonymous said...

Kalau nak spin pun bukan masa OIC masih bersidang...kenapa
tidak sebelum bermula nya OIC...katakan lah 2 minggu sebelum Najib
berjumpa Tok Arab di-OIC?? macam so convenient gitu.

Orang/Jentera politik... kalau dah banyak tipu tak tahu lagi mana skrip
yg sesuai atau tidak...Pemimpin dan penyokong UMNO jangan rasa pelik
atau tak puas hati jika rakyat masih tidak percaya dengan Najib....kasi bukti
yg nyata bukan dengan air liur Tok Arab...2018 PRU BN pasti bungkus...

Anonymous said...

Aku bertaruh, mesti Najib janji 2-3 batilion ATM
akan dihantar, bantu Saudi berperang dengan Yaman.
Korang tunggu jelah, lepas seminggu dua Najib balik
dari Istanbola, mesti keluar news DUA BATILLION ATM
dihantar berperang ke Saudi.
Inilah harganya air lior menteri luar Arab ni-
NAYAWA RAKYAT MALAYSIA!

Anonymous said...

undang2 n bukti pakai ayaq liuq pun boleh pakai pa.apa punya kawaq la.ni la yang dikatakn xpa undang2 kita punya.semua boleh bikin padam.terbaik tan sri p.ramlee.segala sindiran dalam filemny telah byk berlaku.

Anonymous said...

Tak payah la fitnah penderma arab tu adalah konon rasuah..Kita mesti faham ertinya RASUAH.. Rasuah ini tujuan untuk menutup semua kesalahan .. katakan orang ini kesalahan memandu ,untuk menutup kesalahan , orang ni bagi rasuah pada polis .. Itu yang kita bole katakan rasuah.. Tun M kata konon arab bagi derma adalah rasuah.. Lojik ka tu rasuah..Takan la arab ni ada kesalahan,contohnya konon arab ni ada kes curi minyak malaysia untuk menutup kesalahan dia , dia bagi rasuah pada PM.. Itu baru la logik.. Pelik bukan, kalau derma tu dipanggil rasuah.. rasuah apa dia mau tutup kesalahan.. Klau Tun M berani brckap di depan mata sama arab pnderma tu..berani ka klau Tun ckap bnar konon tu rasuah.. Yang setahu saya tun M ni bukan main lantang dan yakin najib rosmah curi dana rakyat 2.6 billon.. Tak ada lain tun M sebut tu sja 1mdb 1mdb 1mdb mcam yakin da tanpa siasat hujung pangkal crita.. Video tun M dari 2015 yang sya tengok 1mdb sja isunya
..Sekarang arab da akui, bukan ka mereka smua melopong mulut teramat malunya krana tak btul..Bkan sja tun.. Tan sri muyiddin, tony phua, lim kit siang wah !.. bukan main confirm btul najib dikaitkan isu 1mdb.. Bila arab saudi akui ini adalah derma waah!.. ada lgi fitnah baru.. kjap fitnah 1mdb kjap fitnah rasuah mana btul ni tak masuk akal..Masya Allah.. fikir fikir kan ucapan mereka ini..