Wednesday, April 13, 2016

NAJIB KATA EKONOMI KUKUH, KHAIRY BAGI HADIAH RM10



HARI ini ada 2 perkara yang menarik perhatian.

1) Kenyataan Najib Razak di sebuah akhbar Melayu bertajuk 'BUKTI EKONOMI KUKUH".

Alasan yang diberikan Najib ialah; pelabur asing beli saham RM5.5 bilion, bon dan sukuk laku sehingga meningkat kepada 74.4 peratus.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ekonomi-malaysia-kukuh-1.253921

Inilah masalah dengan pemimpin negara. Bercakap tinggi-tinggi. Bahasa pun tinggi. Kami di kampung bukan faham pun apa itu sukuk, apa itu pasaran ekuiti.

Akhbar Melayu ini pun dibaca oleh orang kampung. Tetapi tidak mengapalah, kita pun sudah jarang membaca suratkhabar. 

Bagi kami di kampung ini, ekonomi negara kukuh jika harga ikan temenung atau kembong RM7 sekilo dan bukannya RM18 sekilo.

Milo ais segelas RM1.50 bukannya RM2.50 segelas. Penjual nasi lemak dapat menjual 2 gantang nasi dan bukannya setengah gantang.

Harga sekerap melambung tinggi dan potongan padi basah rendah.

Inilah masalah Najib. Kemampuan rakyat diukur dengan sukuk dan pasaran ekuiti.

2) Kita kena puji JAWAPAN Khairy Jamaluddin mengenai isu hadiah pentandingan lumba basikal remaja.

Kata Khairy, ianya bukan isu hadiah tetapi lebih kepada menanam semangat mahu menang di kalangan kanak-kanak ini.

Realitinya, hadiah RM10 itu untuk tampal tayar basikal bocor pun tidak mencukupi.

Tetapi kerana Khairy ini Menteri, kita kenalah terima rasional beliau. Lagipun Menteri semua bijak-bijak belaka dan Khairy pula lulusan Oxford.

Selepas ini kita berharap Khairy teruskan tradisi ini.

Sebarang pertandingan di bawah Kementerian beliau, hadiah hendaklah RM50, RM40, RM30, RM20 dan RM10 kerana semangat itu penting, bukan hadiah.

Menteri-menteri lain kenalah mencontohi Khairy.

Jangan pula Khairy bagi RM10, Menteri lain dan Ketua Bahagian bagi RM300.

Kerajaan kena konsisten. Dan Khairy apabila balik bahagian, berilah hadiah RM10 kepada orang bahagian.

Yang penting semangat, bukan hadiah, kata Khairy.

Lagi pun ekonomi Malaysia kukuh, sebab itulah RM10 pun sudah mencukupi sebagai hadiah.

2 comments:

Anonymous said...

budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak

Anonymous said...

Budak kampung kot. Budak kampung gi sekolah bawa RM1-2

Budak-budak anak orang kaya/kroni pegang duit banyak bro.... Anak orang kaya gi sekolah bawa RM10