Monday, April 4, 2016

EKONOMI MALAYSIA KUKUH, BERCUTI DI LUARNEGARA PERKARA BIASA BUAT KELUARGA EKSLUSIF




EKONOMI Malaysia kukuh.

Itulah ungkapan yang kita dengar setiap hari dari Najib Razak, Wahid Omar, Zeti Aziz dan Menteri-Menteri Kabinet Najib.

Kerana ekonomi yang begitu baik, Najib serta ahli keluarga dan para Menteri tidak pernah TIDAK bercuti di luarnegara semasa musim cuti. Rumah pun besar, kereta besar, belanja besar, duit masuk pun besar.

Malahan menyambut Tahun Baru pun MESTI di luarnegara. 2014, Najib menyambut tahun baru di Los Angeles, 2015 di Dubai. 

Ini adalah kesan dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh.

Ekonomi hanya baik untuk Najib, para Menteri, para Ahli Parlimen, para Ketua Bahagian Umno.

Ekonomi ini kukuh hanya untuk golongan MINORITI.

Keperitan golongan MAJORITI bukan satu masalah buat golongan MINORITI.

Saban hari kita diberitahu - EKONOMI MALAYSIA KUKUH.

Tetapi di mesyuarat-mesyuarat di Jabatan-Jabatan Kerajaan, kuih dah tidak hidang.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi di sekolah pertandingan bolasepak antara sekolah pun dibatalkan kerana tidak ada duit untuk membeli hadiah.

Di universiti, para pensyarah diminta mencari pelajar ("pelanggan" masters) baru walaupun ekonomi Malaysia kukuh.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi biasiswa JPA hanya untuk pelajar belajar di universiti tempatan.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi subsidi gandum pun ditarik kerajaan.

Ekonomi Malaysia kukuh, kata Najib tetapi hari ini sebuah akhbar menyiarkan cerita seorang ayah terpaksa MENCURI kerana anaknya LAPAR selepas hilang pekerjaan berikutan penangguhan kem PLKN.



Ekonomi Malaysia kukuh tetapi keluarga ini TIDAK mampu membayar SEWA dan terpaksa menumpang di rumah abang ipar.

Itulah MALAYSIA.

Ekonomi bagus HANYA orang tertentu sahaja.

Ekonomi bagus HANYA untuk orang yang mempunyai jawatan saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk bapa-bapa Menteri saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk KETUA BAHAGIAN Umno saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk Ahli Parlimen Umno saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk orang yang rapat dengan Perdana Menteri saja.

Ekonomi bagus hanya untuk Perdana Menteri dan keluarganya saja.

Malaysia hanya untuk mereka sahaja.

Malaysia hanya untuk GOLONGAN MINORITI saja bukan untuk golongan MAJORITI.


4 comments:

Anonymous said...

Indah khabar dari rupa.Dibayar gaji untuk menipu, mungkin itulah bermacam alasan direka cipta untuk tatapan awam.Dengan berita baru tersibar dalam SH hari ini ,ada menteri kutuk TDM politik low class.Bagi saya cerminlah diri yang empunya ungkapan sanggup menjadi barua untuk mencari makan.Maaf sekiranya ungkapan saya kurang enak didengar,tetapi itulah perkataan yang patut diberi "Barua".

Anonymous said...

Melayu kena berubah Parti. Jadikan mana2 parti baru sebagai ganti umno.

DENGAN PEMIMPIN MELAYU YANG BARU.

Anonymous said...

Sokong sepenuhnya....kesihan rakyat ditipu bulat2.

Anonymous said...

Sesungguhnya team deklarasi...kempen habis habisan tumbangkan sarawak
Desak agong pecat najib segera
Ape tunggu lagi
Rakyat pasti bangkit dengan himpunan desakan seluruh negara
Ayuh pecat najib
Semakin bermuka muka. Semakin naik lemak ayunh hari juga kita bertindakkk