Saturday, March 12, 2016

NAJIB TERDESAK, KINI KU LI TEMPAT MENGADU


Menurut Tengku Razaliegh Hamzah, Najib Razak BERTEMU beliau 2 hari lalu.

Berikut komen Ku Li mengenai pertemuan tersebut:

“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita (Ku Li dan Najib) kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat... Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara. Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali. Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka. Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini. Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini.” 
 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ku-li-yakin-najib-dapat-selesai-kemelut-negara-1.199812

KESIMPULAN JELAPANG

1. Najib sudah dipinggirkan oleh orang lama dan berpengaruh di dalam Umno diketuai Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, hanya kepada Ku Li Najib dapat mengadu. Yang memegang jawatan sekarang hanya menunggu KESEMPATAN. Sudah menjadi adat di dalam Umno, hari ini 188 Ketua Bahagian menyokong, ESOK MUNGKIN TINGGAL KOSONG.


2. Najib di dalam ketakutan. Takut kepada laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen.


3. Najib buntu. Tidak ada jawapan kepada isu sekarang. Jika benar seperti kata Najib beliau ada cadangan untuk menyelesaikan masalah, sudah lama isu ini diselesaikan. Sehingga hari ini kesemua isu melibatkan Najib dijawab dengan cara PUTAR BELIT dan pembohongan.

4. Najib takut kepada imej buruk beliau di luar negara. Bagi Jelapang, imej Najib sudah tidak penting dan telah lama buruk. Yang amat penting sekarang ialaj imej negara di mata dunia dan Islam. Berdekad negara dihormati dunia, ketika masalah kewangan, ketika konflik Bosnia, tetapi hari ini Malaysia hanya menjadi bahan kejian dan tertawa.

5. Najib terdesak.

5 comments:

Joeharry said...

Dari mula isu ini timbul pun, rakyat hanya bertanya, begitu juga tun.
Malangnya tak ada jawapan dari soalan rakyat. Sebaliknya najib memutar belit persoalan yang timbul termasuk berbohong dalam parlimen hingga 3kali.
Kemudian kata ada konspirasi nak jatuhkan dia la..
Tiba2 didedahkan ada wang yang banyak dalam akaun peribadi, berbohong lagi dengan berbagai hujjah dan jawapan.
Menganggu badan pwnyiasat dan ag.
Jawapan apa lagi dari najib yang boleh rakyat terima dan percaya. Hakikatnya moral najib dimata rakyat dah tak ada. Najib dah tak ada nilai dihati rakyat. Rakyat hanya menunggu pru saja untuk menghukum najib setelah ag menolak untuk mendakwa najib melalui proses undang2.
Najib cuma ada dua pilihan,
Pertama letak jawatan sebagai pm dan presiden umno
Atau kedua, dikalahkan dalam pru.
Lain pilihan dah tak ada, berilah jawapan 7hari 7malam sekali pun bersama 7lori bukti, rakyat dah muak nak dengar.. masa rakyat sok tunggu jawapan yang jujur, najib asyik berlagak dengan sokongan yang dia ada. Kononnya ratusan ribu hadir beri sokongan, semua ahli umno sokong, semua rakyat sokong. Hanya beberapa orang yang ada agenda peribadi saja yang mendesak najib letak jawatan..
Sekarang kenapa tak dabik dada??? Tepuk lah dada tu lagi, gah kan pada semua akulah pm yang terbaik diantara pm yang terdahulu...

Anonymous said...

Samalah. Mahathirpun sama terdesak jugak. Kalau tidak, kenapa mahathir jumpa semula dgn kit siang bincang strategi baru nak tumbangkan najib. So, masing2 tengah plan strategi bagaimana nak kalahkan lawan. Masa ni, habis semua prinsip diri digadai.

Anonymous said...

"saekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit".Imaje Malaysia dan parti umno busuk kerana bau hanyir lumpur disebabkan oleh beliau enggan jawab dengan iklas.Dari ketakutan menyatakan yang benar orang lain jadi mangsa.Tetapi bagus juga pekara begini berbangkit,semua ahli-ahli umno dan rakyaat boleh mengtahui siapakah dalam umno ini yang bersifat musang berbulu ayam.Agak-agak tuan/puan boleh faham dengan maksud ini.

Anonymous said...

Pada pandangan saya buat masa sekarang Ku Li adalah orang yg paling layak utk mengantikan Najib dan dalam masa yg sama dapat meredakan ketegangan serta kegelisahan rakyat jelata khususnya orang2 melayu dan ahli Umno.

Anonymous said...

YG PENTING SEKARANG KITA KENA TALKINKAN UMNO/BN DAHULU.HIKMAHNYA SEKARANG KITA DAH TAHU YG MANA KACA YG MANA PERMATA