Showing posts with label Ku Li. Show all posts
Showing posts with label Ku Li. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

DR MAHATHIR: TENGKU RAZALEIGH PERANCANG GULING NAJIB





Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

Nawar Firdaws | March 26, 2016


Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.


Saturday, March 12, 2016

NAJIB TERDESAK, KINI KU LI TEMPAT MENGADU


Menurut Tengku Razaliegh Hamzah, Najib Razak BERTEMU beliau 2 hari lalu.

Berikut komen Ku Li mengenai pertemuan tersebut:

“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita (Ku Li dan Najib) kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat... Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara. Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali. Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka. Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini. Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini.” 
 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ku-li-yakin-najib-dapat-selesai-kemelut-negara-1.199812

KESIMPULAN JELAPANG

1. Najib sudah dipinggirkan oleh orang lama dan berpengaruh di dalam Umno diketuai Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, hanya kepada Ku Li Najib dapat mengadu. Yang memegang jawatan sekarang hanya menunggu KESEMPATAN. Sudah menjadi adat di dalam Umno, hari ini 188 Ketua Bahagian menyokong, ESOK MUNGKIN TINGGAL KOSONG.


2. Najib di dalam ketakutan. Takut kepada laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen.


3. Najib buntu. Tidak ada jawapan kepada isu sekarang. Jika benar seperti kata Najib beliau ada cadangan untuk menyelesaikan masalah, sudah lama isu ini diselesaikan. Sehingga hari ini kesemua isu melibatkan Najib dijawab dengan cara PUTAR BELIT dan pembohongan.

4. Najib takut kepada imej buruk beliau di luar negara. Bagi Jelapang, imej Najib sudah tidak penting dan telah lama buruk. Yang amat penting sekarang ialaj imej negara di mata dunia dan Islam. Berdekad negara dihormati dunia, ketika masalah kewangan, ketika konflik Bosnia, tetapi hari ini Malaysia hanya menjadi bahan kejian dan tertawa.

5. Najib terdesak.

Friday, March 11, 2016

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

Image result for mahathir+petronas

HARI INI, Najib Razak memecat Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pecat memecat sudah menjadi LEGASI Najib.

Siapa yang tidak SEBULU diPECAT.

Senarai pemimpin Umno yang tidak sebulu dengan Najib dan Rosmah Mansor semakin panjang, hari demi hari.

Cuma Najib takut hendak memecat bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mungkin kerana Najib takut RAHSIA beliau didedahkan oleh Ahmad Said atau kerajaan negeri JATUH ke tangan Pas.

Kesalahan yang dibuat oleh Ahmad Said amat BERAT SEKALI - cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno di Terengganu.

Tidak ada kesalahan dalam parti yang lebih berat daripada itu.

Sebenarnya tidak ada masalah jika Kerajaan Umno di Terengganu TUMBANG kerana yang akan menggantikan Umno pun sahabat Najib - Hadi Awang.

Hanya pentadbiran kerajaan negeri berpindah tangan - dari Umno kepada sahabat karib Najib, Hadi Awang, pemimpin parti Pas. Sekurang-kurangnya Hadi mendapat peluang memperbetulkan kesilapan beliau yang lalu di mana sebagai Menteri Besar, Hadi mentadbir Terengganu sama seperti beliau mentadbir Masjid Rusila.

Kembali kepada pemecatan Dr Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaliegh Hamzah akan dilantik sebagai penasihat Petronas yang baru.

Katanya Najib ada bertemu Ku Li sebelum Dr Mahathir melancarkan Gerakan Undur Najib - Selamatkan Malaysia.

Katanya juga, Ku Li turut terlibat di dalam gerakan tersebut tetapi selepas bertemu Najib, beliau mengundur diri.

Dulu Ku Li cuba menobatkan diri beliau sebagai penyelamat negara dan segala apa yang dilakukan oleh Najib semua salah sehinggakan Ku Li mengutuskan SURAT kepada semua Ahli Parlimen dan menyenaraikan segala KELEMAHAN kerajaan pimpinan Najib.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li berucap di Parlimen umpama ucapan "State of the Union" Presiden Amerika Syarikat bagi memberi gambaran beliau lah yang layak membetulkan keadaan negara.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri sehinggakan pada satu ketika tahun lepas, usaha dilakukan untuk MEMANCING Ahli Parlimen BN untuk menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Itu lah Tengku Razaliegh Hamzah.

Sebab itulah beliau hanya mampu naik setakat jawatan Naib Presiden Umno.

Dengan prinsip yang ada sekarang, beliaulah yang paling sesuai dilantik sebagai Penasihat Petronas yang baru menggantikan Dr Mahathir.

Itulah jawatan yang sesuai untuk beliau sebagai hadiah persaraan dan hadiah kepada prinsip diri yang ada pada Tengku Razaleigh Hamzah.



Thursday, February 11, 2016

KETUA PEMUDA TAMPIN HEBAT & GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA


Saya SILAP.

Semalam saya menulis mengatakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya Khairy Jamaluddin tergolong di dalam golongan PENGECUT yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Terlupa kita kepada Pemuda Umno Tampin dan Ketua Pemudanya Ridzuan Ahmad. Ternyata beliau bukan PENGECUT. Terima kasih kepada yang menghantar SMS mengingatkan akan KEPAHLAWANAN Ketua Pemuda Tampin.

Ridzuan dan Pemuda Tampin pada Ogos, 2015, meluluskan SEBULAT SUARA usul meminta Najib Razak MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO dan Perdana Menteri.

Tahniah kepada Ridzuan di atas keprihatinan Pemuda Tampin kepada masalah negara.


Semalam, blogger terkenal, Abdul Kadir Jasin, menyarankan agar semua parti politik di Malaysia - Umno, Pas, DAP, PKR, Amanah -  memulakan satu GERAKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA dari kehancuran.

Jangan harapkan kepada Dr Mahathir Mohamad seorang, kata Kadir.

Kadir mengkritik beberapa pemimpin Umno yang saban hari menyumpah Dr Mahathir dan mengharapkan beliau cepat MATI.

Mereka ini LUPA, kata Kadir, bahawa mereka berada di jawatan sekarang kerana Dr Mahathir.


Tak dapat dibayangkan sekiranya kesemua parti ini SEPAKAT untuk meminta Najib meletakkan jawatan.

Bayangkan satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Stadium Bukit Jalil dan kehadirannya terdiri dari:

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz,  Tan Sri Zainuddin Maidin, Dato' Seri Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Zaid Ibrahim, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, Dato' Dr Affifuddin Omar, Dato' Hamidah Osman, Dato' Saifuddin Abdullah, Dato' Khairuddin Abu Hassan, dan beberapa pemimpin lagi termasuk bekas kakitangan awam seperti KSU, SPRM dan polis. 

Dan mungkin juga beberapa Menteri Kabinet dan Menteri Besar dapat turut serta demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA terutamanya Menteri-Menteri yang sudah berusia seperti Mustapa Mohamed.

Tok Pa perlu ingat, negara ini akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Adakah Tok Pa, dalam usia yang tinggal tidak berapa hari saja lagi, sanggup melihat Malaysia yang ditadbirnya hari ini diserahkan kepada anak cucunya di dalam keadaan TENAT seperti sekarang?

Ingatlah, negara ini bukan hak individu tertentu. Ia adalah hak rakyat dan akan diwarisi oleh generasi akan datang.