skip to main |
skip to sidebar
Menurut Tengku Razaliegh Hamzah, Najib Razak BERTEMU beliau 2 hari lalu.
Berikut komen Ku Li mengenai pertemuan tersebut:
“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita (Ku Li dan Najib) kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat... Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara. Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali. Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka. Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini. Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini.”
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ku-li-yakin-najib-dapat-selesai-kemelut-negara-1.199812
KESIMPULAN JELAPANG
1. Najib sudah dipinggirkan oleh orang lama dan berpengaruh di dalam Umno diketuai Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, hanya kepada Ku Li Najib dapat mengadu. Yang memegang jawatan sekarang hanya menunggu KESEMPATAN. Sudah menjadi adat di dalam Umno, hari ini 188 Ketua Bahagian menyokong, ESOK MUNGKIN TINGGAL KOSONG.
2. Najib di dalam ketakutan. Takut kepada laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen.
3. Najib buntu. Tidak ada jawapan kepada isu sekarang. Jika benar seperti kata Najib beliau ada cadangan untuk menyelesaikan masalah, sudah lama isu ini diselesaikan. Sehingga hari ini kesemua isu melibatkan Najib dijawab dengan cara PUTAR BELIT dan pembohongan.
4. Najib takut kepada imej buruk beliau di luar negara. Bagi Jelapang, imej Najib sudah tidak penting dan telah lama buruk. Yang amat penting sekarang ialaj imej negara di mata dunia dan Islam. Berdekad negara dihormati dunia, ketika masalah kewangan, ketika konflik Bosnia, tetapi hari ini Malaysia hanya menjadi bahan kejian dan tertawa.
5. Najib terdesak.
SUDAH lama kita tidak mendengar cerita SURAT LAYANG.
Ketika Tengku Razaleigh Hamzah melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 80an, budaya surat layang amat meluas. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim melawan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, surat layang bertebaran di bahagian-bahagian dan cawangan Umno.
Rupa-rupanya di era whatsapp dan Twitter ini, BUDAYA SURAT LAYANG masih segar dan bugar.
Ketua-ketua cawangan dan AJK cawangan Umno seluruh negara seminggu dua ini menerima sepucuk surat layang yang sudah pasti membuat Najib Razak GUSAR.
Surat tersebut mendesak Najib MELETAKKAN JAWATAN dan mahukan akar umbi menyelamatkan Umno dan BN dari KALAH di dalam PRU akan datang.
Berikut antara kandungan surat layang tersebut:
http://ketuapeneranganumno.blogspot.com/2015/03/penulis-surat-layang-sila-tampil-ke.html
http://tekookopi.blogspot.com/2015/03/surat-layang-jatuhkan-najib-tersebar.html
Kandungan surat ini sudah pasti merunsingkan Najib.
Pemimpin no 1 liabiliti paling besar?
Kalau sebelum ini Najib perlu mengadakan satu perhimpunan untuk meminta Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri-Menteri untuk memegang "placard" untuk memberi gambaran beliau masih disokong, alangkah baiknya jika dapat dihimpunkan 21,245 Ketua Cawangan untuk turut memegang "placard" tanda solidariti kepada Presiden Umno itu.
Ini reaksi seorang rakan blogger berikutan satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.
Reaksi blogger tersebut boleh dibaca di sini: http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2014/01/polis-pun-boleh-jadi-bidan.html
Apa kata Zahid? Ini kata Zahid:
"Kita tidak akan menghantar pasukan berpakaian seragam untuk memantau tetapi anggota (polis) yang berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang kita ada."http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140125/dn_33/Polis-akan-bantu-pantau-harga-barang---Ahmad-Zahid
Mungkin para penyokong Zahid dapat menilai apa pandangan rakyat jelata mengenai kenyataan beliau ini.
Semakin hari semakin bertambah senarai Menteri-Menteri yang mengeluarkan kenyataan yang menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi.
Sementara itu, ada penganalisa politik meramalkan Zahid bakal menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Baca artikel berikut: http://asiancorrespondent.com/118809/malaysia-is-time-running-out-for-najib-razak/
Bagaimanapun, Jelapang yakin tiada siapa pun di dalam Umno berani mencabar Najib.
Cerita Najib akan disingkirkan hanyalah cereka atau cerita rekaan semata-mata.
Buat masa ini tiada personaliti yang mempunyai kehebatan Onn Jaafar, Sulaiman Palestin, Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim di dalam Umno.
Hanya mereka yang bermimpi akan percaya teori Najib akan disingkirkan Umno tidak lama lagi.