Saturday, March 26, 2016

DR MAHATHIR: TENGKU RAZALEIGH PERANCANG GULING NAJIB





Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

Nawar Firdaws | March 26, 2016


Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.


11 comments:

Anonymous said...



jgn tanya ku li. dia dah nyanyuk. sbb tu kejap nak guling najib, kejap sokong najib. org nyanyuk memang mcm tu

Anonymous said...

he is smart to direct TDM the constituniotal way .. not busuk hati way.. he prove his point that after all effort there no way coz DSN is strong supported ;-))

Anonymous said...

Tun tak nyanyuk ker.... kejap 40++billion....jadi 20++billion....Sekarang dah jadi 40++ billion semula...... tu dulu siapa yang kata speaker jumpa dia nak resign.... Blum apa2 dia dah umum kononnya dia tau segalanya...Dan mendapat sokongan sepenuhnya....... Layanlah Tun tu beb.... alau betulpun ku li berpakat Dan dalang..... apabyg dia buat skrg ni nak panggil Apa plak?

Anonymous said...

Jangan marah cari makan dalam politik,ini hari kapok orang ini besok entah siapa pula yang hendak dikapok.Dont worry be happy.

Anonymous said...

lagi nyanyuk dulu kata lim kit siang bapa segala rasis, anti-Islam dan sebagainya. Bila dah nyanyuk, orang yang dikata mamak tu boleh bersalam dan berpeluk sakan lagi.

Anonymous said...

buat mamak kerala:

the pot say the kettle black

cuba cermin diri tu dulu....

Anonymous said...

Rasanya dua2 dh agak nyanyuk. Duduk la kt tempat yg sepatutnya bagi org2 yg dh tentu waktu ajalnya dh dekat. Jgn fikir sgt pasal duniawi ni. Org lain buat dosa, nanti ada balasannya di akhirat. Yg awak dh tua masih fikir pasal salah orang buat apa. Ajak org benci membenci, ajak org cipta fitnah dpt pahala ke?

Anonymous said...

Antara Ku Li dan Najib,
Aku lebih percaya Mahathir.

Anonymous said...

Guling najib

Anonymous said...

Hentam dan dedah buruk .khianat najib. Rasuah najib. Tipu najib. Seleweng najib

Guling bn

Anonymous said...

Hapus najib
Hapus bn