Wednesday, January 27, 2016

ABU HASSAN SHARIF DIPAKSA TOLAK MUKHRIZ

Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016.



Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya. – 27 Januari, 2016.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-kedah-dedah-diburu-hampir-jatuh-laut-dipaksa-sokong-pecat-mukhriz#sthash.6sKulzQP.dpuf

7 comments:

Anonymous said...

Mukhriz tengah ligan pangkat lah tu yg meroyan tak tentu pasal.. tkmau undur wapun hilang mandat Bahagian. dia tkmau jd Timbalan Menteri Pusat.. tapi tergila2 nak jd MB Kedah.. ya lah sebab kuasa MB ni besar..dr gunung sampai laut.. menteri pusat mana best tak power mcm MB.... mai cuci kaki tangan pijak karpet merah.. kerja naik flight balik rumah.. eloklah undur bagi org Kedah tadbir Kedah.. kalau duk celop2 Kedah KL cmtu pemuhong ja lah.. baru sepenggal jd MB xhabis lg mana tau clean lagi?

Anonymous said...

Selama ini saya menyokong UMNO tapi sekarang dah tak sokong lagi kerana tindak-tanduk pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang telah buat saya bencikan UMNO.

Anonymous said...

"baru sepenggal jd MB xhabis lg mana tau clean lagi?"

Maksudnya belum kotor lagi la kan..?

Jd, kenapa belum kotor lg nak dibuang..??

Anonymous said...

Saya merasakan rakyat Kedah akan menunjukkan kuasa mereka semasa PRU nanti. Kedah akan balik ke asal ditadbir oleh PAS. Kau orang yg 19 orang tu ingat rakyat akan ikut telunjuk saja. Kita tunggu dan lihat. Saya sudah tidak sokong UMNO lagi. Dan akan ramai pengundi memangkah bukan UMNO.

Anonymous said...

Lain kali dah tau bala bakal menimpa, nasihatkan la MB tu supaya utamakan rakyat dari keluarga yang berada kat KL tu. Ini rakyat nak jumpa, ADUN nak jumpa, Exco nak jumpa pun payah.. sampai perlu bermesyuarat Exco hingga ke KL??!!!!!

Bila dah bakal hilang kuasa, mula la meroyan kononnya majoriti rakyat berada dibelakang mereka. Yang para ADUN tu bukan 'wakil kepada rakyat' ke???

Tak payah nak memberi alasan, kononnya juga salah satu punca kenapa Mukhriz harus ditolak kerana beliau lantang dalam isu GST.... tengok kat Kedah tak serap pun harga perkhidmatan GST dalam urusan melibatkan kerajaan negeri pun...

Cakap je lebih laaaa.....!!!!!!!!

Anonymous said...

Aku pn meluat sokong umno dah

Anonymous said...

bull shit to Be aNd.....
kedah dah beralih...semua JKKKKKKKKKK tanam ketum dah tukar ke pakatan rakyat...
hidup pembangkamg...