Sunday, November 29, 2015

KETUA CAWANGAN UMNO MANA ADA NILAI. DESAK NAJIB UNDUR UMPAMA SALAK BUKIT



Ini poster yang tersebar secara meluas di media sosial.

Jika Ketua Bahagian mempunyai persatuan mereka, Timbalan Ketua Bahagian juga mempunyai persatuan sendiri, kini Ketua-Ketua Cawangan juga sudah ada persatuan sendiri.

Tetapi persatuan Ketua-Ketua Cawangan ini lain perjuangan mereka dengan Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian - mereka mahu NAJIB RAZAK berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kita faham kenapa Ketua-Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian perjuangan mereka berbeza dengan Ketua-Ketua Cawangan.

Ketua dan Timbalan "KERAP" berjumpa dengan Presiden maka "MASALAH" peribadi pun kurang.

Lagipun Ketua-Ketua Cawangan tidaklah sepenting mana untuk Presiden dan Ketua-Ketua Bahagian.

Ketua-Ketua Cawangan hanya penting untuk mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan setahun sekali.

Mereka HANYA PENTING untuk Ketua Bahagian apabila mengadakan pemilihan cawangan 5 tahun sekali di mana SOKONGAN mereka amat berharga untuk mengekalkan Ketua Bahagian.

Sekarang Ketua-Ketua Cawangan melaung meminta Najib berundur.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau BERUNDUR... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia.” - Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.

http://www.sinarharian.com.my/politik/lagi-desakan-mahu-najib-segera-undur-1.456472

Tak lama lagi Mohd Said akan kena pecat.

Siapa yang desak Najib undur akan kena pecat.

Jika Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, pun kena PECAT sebagai Perdana Menteri inikan Mohd Said.

Ketua cawangan TIDAK penting dalam penentuan masadepan Presiden Umno, itu yang Mohd Said dan Ketua-Ketua Cawangan lain kena faham.

Yang penting dan bernilai ialah KETUA BAHAGIAN.

Kepada Ketua-Ketua Cawangan, ukurlah baju di badan sendiri sebelum menghentam Presiden.

Tuan-Tuan umpama menyalak bukit.

Friday, November 27, 2015

HAMIDAH OSMAN: KENAPA TAK BERANI PECAT DR MAHATHIR?




KENYATAAN AKHBAR
YBHG. DATO’ HAJAH HAMIDAH BINTI HAJI OSMAN MENGENAI KES PEMECATAN SEBAGAI AHLI UMNO 

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah dipecat dari keahlian dan jawatan dari parti UMNO pada 24 Nov 2015 ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO. Namun sehingga ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai pemecatan saya.

Walaubagaimana pun, saya terima keputusan ini dengan lapang dada dan hati yang terbuka serta redha. Saya yakin setiap apa yang berlaku adalah atas perancangan dan keizinan dari Allah S.W.T.

Cuma saya agak terkejut kerana saya sendiri kurang pasti mengapa saya dipecat dari UMNO dan saya tidak pernah dipanggil untuk mengadap dan membela diri dihadapan lembaga displin parti.

Saya memang pernah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO Malaysia yang bertarikh 25 Mei 2015, meminta saya memberi sebab mengapa saya tidak boleh diambil tindakan displin kerana menganjurkan program Bicara Negara bersama Ybg Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Saya telah pun menjawab pertuduhan tersebut dengan menafikan yang saya bukanlah penganjur kepada program tersebut dan saya hanya menghadirkan diri bersama sama beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Pemecatan keahlian saya tidak bermakna berakhirnya perjuangan saya. Saya telah cukup puas berjuang , selama hampir 33 tahun saya berjuang di atas pentas UMNO, banyak onar dan duri telah saya tempuhi.

Antara kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan dan akan menjadi sejarah dalam kehidupan dan selepas kematian saya adalah saya telah menyumbangkan peranan dan menghadiahkan sebuah kerajaan negeri kepada Barisan Nasional terutamanya kepada Dato’ Seri Najib bin Abd. Razak yang ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Pemecatan ini juga bermakna saya terpaksa berjuang di atas pentas rakyat berbekalkan kudrat yang ada. Perjalanan yg lebih terarah akan saya lakarkan demi memperjuangkan nasib rakyat dan Negara tercinta.

Mereka dapat memadamkan nama saya dari senarai keahlian UMNO, tetapi mereka tidak akan dapat memadamkan api semangat perjuangan di dalam jiwa dan jasad saya.

Hari ini saya telah ditalkin kan, hanya kerana saya seorang wanita, mengapa mereka tidak berani memecat Ybhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dan ramai lagi yg bersuara secara lebih lantang menegur kepimpinan hari ini.

Kepada ahli UMNO am nya, dan kepada wanita UMNO khas nya, teruskan perjuangan, jaga lah UMNO demi anak cucu kita demi agama bangsa dan negara. 

Saya telah mengambil keputusan, untuk tidak merayu kepada UMNO Malaysia atas pemecatan ini, tetapi saya akan terus merayu kepada Allah S.W.T semoga saya terus istiqamah dalam memperjuangkan nasib Negara dan Rakyat.

Walaubagaimanapun saya akan meminta penjelasan dari UMNO Malaysia berkenaan sebab sebab saya dipecat.

Sekian terima kasih

Dato’ Hajah Hamidah binti Haji Osman

Thursday, November 26, 2015

DR MAHATHIR RAMPAS KEMBALI TANAH KEPUNYAAN MELAYU DARI BRITISH, NAJIB JUAL IPP KEPADA CHINA



PANJANG lebar seorang rakan blogger menulis di dalam Facebook beliau untuk menghalalkan penjualan stesen penjana elektrik kepunyaan 1MDB kepada syarikat China dan BUKAN kepada Tenaga Nasional Berhad.
Image result for edra energy

Sebenarnya kuasa di tangan Kerajaan dan di tangan Najib Razak untuk menentukan pemilik baru penjana elektrik ini.

Kalau Najib kata "beri kepada TNB", maka TNB lah pemiliknya. Tetapi Najib berikan kepada syarikat dari negara luar, China General Nuclear Power Corp, maka IPP tersebut kini kepunyaan syarikat dari China.

Maka Jelapang teringat satu peristiwa bersejarah pada tahun 1981, 2 bulan selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Peristiwa bersejarah tersebut dikenali sebagai - THE GUTHRIE DAWN RAID (SERANGAN SUBUH GUTHRIE).

Berikut tulisan Lela Iskandar Suhaimi mengenai peristiwa bersejarah tersebut.


Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.




JELAPANG: Zaman Dr Mahathir kita bebaskan negara dari penjajahan dengan merampas khazanah negara dari penjajah British, malangnya hari ini, menjual aset negara kepada negara luar adalah perkara biasa.

Itu bezanya antara Najib dengan Dr Mahathir.

Wednesday, November 25, 2015

PERHIMPUNAN UMNO AKAN DIADAKAN DI DALAM KELAMBU

Image result for perhimpunan agung umno skrin

SEMUA sudah mengetahui keputusan mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dipengerusikan Najib Razak di Bangunan Parlimen semalam.

1. Ketua Wanita Umno Gopeng Hamidah Osman diPECAT dari Umno.

2. Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin diLARANG berucap di perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri.

3. Media diLARANG membuat laporan persidangan kecuali sidang akhbar di akhir mesyuarat oleh Naib-Naib Presiden.

Rumusannya mudah.

1. Semakin hari semakin ramai diPECAT Najib kerana mengkritik beliau. Semakin bertambah pemimpin disingkirkan.

2. Najib pakar berpolitik. Muhyiddin sekarang hanya mayat hidup dalam Umno. Tiada penyokong, tiada pengaruh, dan bukan lagi lawan Najib. (Di dalam Umno hanya berjawatan dan berupaya memberi kontrak menjadi idaman Ketua-Ketua Bahagian). Memecat Muhyiddin umpama membuka laluan mudah untuk Ahmad Zahid Hamidi untuk mendaki ke puncak. Oleh itu, baik dikekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Semuga Zahid tidak KECEWA dengan keputusan semalam untuk tidak memecat Muhyiddin.

3. Persidangan kali ini nampaknya hanya untuk Najib dan kuncunya serta 3,000 perwakilan. Yang lain sudah tak penting. Nampaknya tiada peluang lah Jelapang nak melihat gelagat perwakilan berBAHAS sebab persidangan umpama diadakan di dalam KELAMBU dan GUA.

Semakin hari semakin ngeri Najib kepada bayang-bayang.

P/S: Sebelum terlupa, Jelapang ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ketua Wanita Shahrizal Jalil atas kejayaan ahli keluarga beliau di mahkamah semalam. Itulah untungnya menjadi Ketua Wanita. Harap Kak Jat dan ahli-ahli Wanita tidak lupa memakai baju merah terang semasa perhimpunan nanti sebagai tanda sokongan kepada Najib.

Tuesday, November 24, 2015

MUHYIDDIN DIPECAT DARI UMNO HARI INI?

Image result for muhyiddin yassin+najib

6 PETANG ini, Najib Razak akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Bangunan Parlimen.

Apa kah NASIB Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden?

DiPECAT oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015 dan apakah pula keputusan Najib hari ini mengenai kedudukan Muhyiddin di dalam Umno?


1. DI PECAT?

2. DI GANTUNG?

3. DIHARAMKAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN AGONG UMNO? atau

4. DIHARAMKAN BERUCAP DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

Monday, November 23, 2015

KETUA CAWANGAN MAHU NAJIB LETAK JAWATAN



BERITA baik untuk Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Umno. Kini Ketua-ketua Cawangan BANGKIT memberontak - mendesak Najib meletakkan jawatan.

Nampaknya peluang semakin cerah untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.


24 Oct: 13 Ketua cawangan di Negeri Sembilan mendesak NAJIB berundur.

17 Nov: 14 ketua cawangan di Sepang mendesak Najib meletakkan jawatan

21 Nov: 34 Ketua cawangan dari 5 negeri mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 7 ketua cawangan di Puchong mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 81 ketua cawangan di Johor mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 200 ketua cawangan bercadang mengadakan sidang akhbar untuk mendesak Najib meletakkan jawatan


Bagi kita, ketua-ketua cawangan setakat boleh mendesak dan mendapat sedikit publisiti sahaja kerana bos-bos mereka (Ketua-Ketua Bahagian) amat MENYAYANGI Najib.

MUHYIDDIN MAHU DIPECAT SEMATA NAJIB TAK SANGGUP DENGAR UCAPAN MUHYIDDIN DI PERHIMPUNAN AGONG?

34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan

DI ERA Najib Razak sebagai Presiden Umno, banyak perkara pelik dilakukan.

Antaranya esok akan diadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno BUKAN di Bangunan Umno tetapi di Bangunan Parlimen.

Bukan itu sahaja. Mesyuarat dibuat ketika Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin sedang bercuti dan Naib Presiden Shafie Apdal berada di tanah suci Mekah.

Katanya tujuan mesyuarat MT diadakan tergesa-gesa ialah untuk MEMECAT Muhyiddin tanpa kehadiran beliau. Bagaimanapun sudah dinafikan Setiausaha Agung Teuku Adnan Teuku Mansor.

Baca di link ini mengenai dakwaan konspirasi memecat Muhyiddin:  http://thoughtsintangents.blogspot.my/2015/11/mesyuarat-misteri-24-november-2015.html

Itulah agaknya satu demi satu Ketua Cawangan bangun memberontak MENDESAK Najib MELETAKKAN JAWATAN.

Sabtu lepas seramai 34 ketua Cawangan Umno dari 5 negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Menurut ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin, kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah sebulat suara mendesak Najib MELETAKKAN JAWATAN kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Mohd Isa mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Nak mengharapkan kepada Ketua-Ketua Bahagian, tahu-tahu sajalah. Rasanya kehidupan Ketua Bahagian sekarang ini jauh lebih MEWAH dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Oleh itu, kita boleh beranggap tiada dari kalangan 191 Ketua Bahagian hidup keperitan seperti rakyat hari ini.

Muhyiddin wajib diPECAT.

Itulah yang kita dengar dari penyokong Najib.

Alasannya: Takut Muhyiddin berucap semasa PERHIMPUNAN AGUNG UMNO bulan depan.

Banyak betul yang ditakuti oleh Najib. 

Takut pada SPRM, takut kepada Polis, takut kepada Bank Negara, takut kepada Peguam Negara dan sekarang TAKUT kepada ucapan Muhyiddin.

Ini tak pernah berlaku di zaman mana-mana Presiden Umno terdahulu.

Apabila Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, TIDAK pula Dr Mahathir takut akan Musa berucap di Perhimpunan Agung.

Tetapi lain pula dengan Najib ini.

Kadang-kadang terfikir juga, betulkah Najib ini seorang yang berani yang disifatkan oleh Ahli Parlimen Mersing Dr Latif Ahmad sebagai "ROTI CANAI BERTELOR?"

Thursday, November 19, 2015

UMNO SEPANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN PERDANA MENTERI & PRESIDEN PARTI



1. TIDAK guna harta karun banyak jika Umno ditolak pada PRU14.

2. Mereka disekeling Najib macam orang tak sekolah.

3. Mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Lihat video di atas untuk kandungan penuh.

Sekurangnya ada juga ahli Umno yang berfikiran waras dari Ketua-Ketua Bahagian dan bapa-bapa Menteri.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/18/20-umno-cawangan-desak-najib-letak-jawatan/

Saturday, November 14, 2015

JAMIL KHIR: TANYALAH DIRI SEIKHLASNYA TUJUAN GUNA DUIT YPEIM UNTUK KE AMERIKA SYARIKAT

Image result for jamil khir

SUATU ketika dahulu, seorang rakan Jelapang berketurunan Tionghua bertanya: "Itu DUIT orang pigi Haji (Tabung Haji) pun itu orang ambil beli tanah 1MDB ke".

Kali ini orang yang sama menelefon Jelapang bertanya: "Itu Menteri Agama ada ambil duit anak yatim beli tiket pi Amarika ka?"

Jelapang tidak tahu apa nak kata. Malaysia kononnya negara Islam contoh bagi dunia.

Tetapi di negara bukan Islam seperti UK dan Amerika nampaknya lebih amanah dari pemimpin di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Jamil Khir Baharom semalam mengeluarkan kenyataan berikut:  http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-saya-sedia-disiasat-8217-1.158170

Ini ekoran tuduhan beliau mengunakan wang Yapeim untuk lawatan ke Amerika Syarikat.

Jelapang hanya ingin mengulas pendek mengenai perkara ini.

Jamil Khir orang agama. Tahu hukum hakam.

Hanya Jamil Khir dan Allah swt yang mengetahui mengenai niat dan tujuan Jamil Khir menggunakan wang yang diperuntukan untuk anak yatim dan miskin dan wang ini adalah hasil sumbangan masyarakat untuk ANAK YATIM melalui potongan gaji.

Jamil Khir tanyalah diri sendiri. 

Dan gunakan ilmu agama yang penuh di dada kamu untuk menilai isu ini.

Begitu juga Ustazah Zaleha Husin yang sudah pasti amat arif dalam hukum hakam agama.

Tanyalah sendiri.

Wednesday, November 11, 2015

NANCY SHUKRI: BUMIPUTERA AKAN MENCURI JIKA TIDAK DIBANTU



"Jika tidak diBANTU, masalah sosial akan berlaku. Sebab mereka (bumiputera) akan KETINGGALAN JAUH, akan berlaku masalah sosial. Itu keadaannya. Jika mereka TIDAK ADA DUIT, apa yang akan mereka (BUMIPUTERA) lakukan? MEREKA AKAN MULA MENCURI." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bumiputera-will-steal-if-left-unaided-says-law-minister

Inilah sebenarnya isi hati pemimpin-pemimpin negara. Kebanyakannya hanya berpura-pura tetapi suatu hari isi hati mereka akan tetap didedahkan mereka.

Kita tahu siapa Nancy Shukry.

Itulah akibatnya apabila Menteri hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan kesombongan.

Pada mereka, yang miskin seperti kita ini akan mencuri jika tidak dibantu.

SOMBONGNYA PEMIMPIN KITA.