Wednesday, November 25, 2015

PERHIMPUNAN UMNO AKAN DIADAKAN DI DALAM KELAMBU

Image result for perhimpunan agung umno skrin

SEMUA sudah mengetahui keputusan mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dipengerusikan Najib Razak di Bangunan Parlimen semalam.

1. Ketua Wanita Umno Gopeng Hamidah Osman diPECAT dari Umno.

2. Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin diLARANG berucap di perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri.

3. Media diLARANG membuat laporan persidangan kecuali sidang akhbar di akhir mesyuarat oleh Naib-Naib Presiden.

Rumusannya mudah.

1. Semakin hari semakin ramai diPECAT Najib kerana mengkritik beliau. Semakin bertambah pemimpin disingkirkan.

2. Najib pakar berpolitik. Muhyiddin sekarang hanya mayat hidup dalam Umno. Tiada penyokong, tiada pengaruh, dan bukan lagi lawan Najib. (Di dalam Umno hanya berjawatan dan berupaya memberi kontrak menjadi idaman Ketua-Ketua Bahagian). Memecat Muhyiddin umpama membuka laluan mudah untuk Ahmad Zahid Hamidi untuk mendaki ke puncak. Oleh itu, baik dikekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Semuga Zahid tidak KECEWA dengan keputusan semalam untuk tidak memecat Muhyiddin.

3. Persidangan kali ini nampaknya hanya untuk Najib dan kuncunya serta 3,000 perwakilan. Yang lain sudah tak penting. Nampaknya tiada peluang lah Jelapang nak melihat gelagat perwakilan berBAHAS sebab persidangan umpama diadakan di dalam KELAMBU dan GUA.

Semakin hari semakin ngeri Najib kepada bayang-bayang.

P/S: Sebelum terlupa, Jelapang ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ketua Wanita Shahrizal Jalil atas kejayaan ahli keluarga beliau di mahkamah semalam. Itulah untungnya menjadi Ketua Wanita. Harap Kak Jat dan ahli-ahli Wanita tidak lupa memakai baju merah terang semasa perhimpunan nanti sebagai tanda sokongan kepada Najib.

4 comments:

Anonymous said...

Najib terpaksa sembunyi dalam gelap sebab takut bayang bayang sendiri.
Terlalu bergantung pada puaka.

Akhir nya akan MAKAN diri.

Anonymous said...

sebagai ahli umno, saya rasa amat kecewa. ini keputusan paling bodoh dibuat oleh MT. Walaupun PAU cuma gah dgn perwakilan yg ramai, ucapan berdegar2 dan selalunya terlebih ampu dan selepas perhimpunan habuk pun tarak,resolusi cuma atas kertas, tapi ahli umno biasa perlu ada hak utk tahu apa yg berlaku. kalau MT rasa ahli biasa x penting tunggu lah bila PRU nanti jgn terhegeh2 nak cari org buat kerja parti...really stupid

Anonymous said...

UMMO sekarang adalah untuk golongan CIB** dan bukan lg utk org MELAYU... seharus nya org Melayu tinggalkn parti yg dulu nya keramat ini kepada penyondol dedak dgn ketua CIB** nya dan biarkan mereka mereput di Neraka Dunia mereka. Tubuh lah parti Melayu baru untuk memayung Melayu yang sebelum ini berpayung di bawah UMNO keramat dulu. Nyahkan mereka2 yang korap dari kepimpinan parti baru ini.

Anonymous said...

Umno makin lari dari perjuangan asal yang bertunjangkan Islam dan keadilan. Umno telah diperkosa oleh Najib dan kini melahirkan parasite berupa ahli2 yang mementingkan kuasa dan kemewahan semata-mata. Andai TSMY dan pihak yang bersama beliau tidak segera membetulkan keadaan dalam Umno. Maka kami ahli parti akan sekadar menjadi penonton pada PRU 14 nanti, bermakna kami tidak akan keluar mengundi kerana sudah tidak ada pilihan lagi buat kami. Yang menjadi calon pada masa itu semuanya adalah ajen syaitan juga iblis sahaja.