Sunday, November 29, 2015

KETUA CAWANGAN UMNO MANA ADA NILAI. DESAK NAJIB UNDUR UMPAMA SALAK BUKIT



Ini poster yang tersebar secara meluas di media sosial.

Jika Ketua Bahagian mempunyai persatuan mereka, Timbalan Ketua Bahagian juga mempunyai persatuan sendiri, kini Ketua-Ketua Cawangan juga sudah ada persatuan sendiri.

Tetapi persatuan Ketua-Ketua Cawangan ini lain perjuangan mereka dengan Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian - mereka mahu NAJIB RAZAK berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Kita faham kenapa Ketua-Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian perjuangan mereka berbeza dengan Ketua-Ketua Cawangan.

Ketua dan Timbalan "KERAP" berjumpa dengan Presiden maka "MASALAH" peribadi pun kurang.

Lagipun Ketua-Ketua Cawangan tidaklah sepenting mana untuk Presiden dan Ketua-Ketua Bahagian.

Ketua-Ketua Cawangan hanya penting untuk mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan setahun sekali.

Mereka HANYA PENTING untuk Ketua Bahagian apabila mengadakan pemilihan cawangan 5 tahun sekali di mana SOKONGAN mereka amat berharga untuk mengekalkan Ketua Bahagian.

Sekarang Ketua-Ketua Cawangan melaung meminta Najib berundur.

“Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dah banyak buat perkara yang menyusahkan rakyat, kita desak beliau BERUNDUR... kalau tak, kami semua seluruh negara akan undurkan dia.” - Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon.

http://www.sinarharian.com.my/politik/lagi-desakan-mahu-najib-segera-undur-1.456472

Tak lama lagi Mohd Said akan kena pecat.

Siapa yang desak Najib undur akan kena pecat.

Jika Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, pun kena PECAT sebagai Perdana Menteri inikan Mohd Said.

Ketua cawangan TIDAK penting dalam penentuan masadepan Presiden Umno, itu yang Mohd Said dan Ketua-Ketua Cawangan lain kena faham.

Yang penting dan bernilai ialah KETUA BAHAGIAN.

Kepada Ketua-Ketua Cawangan, ukurlah baju di badan sendiri sebelum menghentam Presiden.

Tuan-Tuan umpama menyalak bukit.

2 comments:

Anonymous said...

1 bhgn biasa lebih 100 cawangan,klu hanya 9 yg melalak takkan nak overite majoriti yg besama presiden..takkan nak paksa lak weh..tak malu kaa

kluangman said...

Tanpa ketua cawangan boleh ke menang pilihanraya?

Kalau tak.menang pilihanraya apa akan jadi pada Najib?

Ketua Bahagian akan Pilih Najib sebagai Presiden.UMNO dan seterusnya dilantik oleh BN sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.