Wednesday, November 11, 2015

NANCY SHUKRI: BUMIPUTERA AKAN MENCURI JIKA TIDAK DIBANTU



"Jika tidak diBANTU, masalah sosial akan berlaku. Sebab mereka (bumiputera) akan KETINGGALAN JAUH, akan berlaku masalah sosial. Itu keadaannya. Jika mereka TIDAK ADA DUIT, apa yang akan mereka (BUMIPUTERA) lakukan? MEREKA AKAN MULA MENCURI." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bumiputera-will-steal-if-left-unaided-says-law-minister

Inilah sebenarnya isi hati pemimpin-pemimpin negara. Kebanyakannya hanya berpura-pura tetapi suatu hari isi hati mereka akan tetap didedahkan mereka.

Kita tahu siapa Nancy Shukry.

Itulah akibatnya apabila Menteri hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan kesombongan.

Pada mereka, yang miskin seperti kita ini akan mencuri jika tidak dibantu.

SOMBONGNYA PEMIMPIN KITA.

4 comments:

Anonymous said...

Sapa mencuri dari sapa ni haa?

kluangman said...

Kenapa menteri ini mempamirkan kebodohannya.

Yang sekarang ini melanun, merompak dan mencuri harta negara, siapa?
Orang kaya ke orang miskin ?
Rakyat ke pemimpin ?

Dan sekarang ini apa yang kerajaan bantu bumiputera untuk hidup?
BRIM YANG BODOH ITU KE?

Anonymous said...

sapa yang melantik dia? sekarang statement dia hanya memalukan seluruh kaum melayu.

Anonymous said...

kami yg miskin ni masih lagi tebal iman
apa beza mencuri di kedai dgn songlap duit rakyat atas nama kontrak dll
ada org politik mencuri duit rakyat dan pastinya ada antara rakyat itu adalah miskin
yg kaya curi dari yg miskin
cucilah hati kau tu