Thursday, June 18, 2015

MUHYIDDIN: RAKYAT MAHU TAHU DUIT KITA MACAM MANA

MUHYIDDIN YASSIN menikmati buah durian semasa hadir  pada Program

Kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lepas.


"Setiap kita adalah PEMIMPIN, kita akan ditanya apa yang kamu BUAT terhadap ORANG KAMU PIMPIN. Apa tanggungjawab, tugas dan amanah yang kamu pikul. JANGAN PECAH AMANAH, ABAI TANGGUNGJAWAB dan JANGAN BERLAKU SATU-SATU PERKARA yang MEMBAWA MUDARAT kepada negara dan rakyat. 

"Ada yang datang bertanya kepada saya. Tan Sri, apa dah jadi, ke arah mana kita nak pergi? Mereka nakkan panduan, nak melihat halatuju ke mana kita pergi, jawapannya ialah pandang ke hadapan, tapi kalau ke hadapan ke mana?

"Mereka mahu tahu keadaan ekonomi kita bagaimana, politik kita bagaimana, keadaan keselamatan kita bagaimana, DUIT KITA MACAM MANA, politik kita macam mana?"

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemimpin-mesti-bijaksana-berani-1.103905

Jelapang: Nampak bersemangat Tan Sri Muhyiddin sekarang ini. Kita berharap Perdana Menteri menerima NASIHAT Timbalan beliau ini.

SEMENTARA itu, Jelapang ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua pembaca. Sempena bulan Ramadan ini, MARILAH kita semua BERPAKAT BERAMAI-RAMAI MENDOAKAN AGAR MANA-MANA PEMIMPIN YANG TELAH MEMBUAT SALAH TERBUKA HATI MEREKA DAN MENGAKULAH. MARILAH KITA, RAKYAT SEKALIAN, BERDOA LEBIH SEDIKIT KALI INI AGAR DOA KITA INI DIMAKBULKAN ALLAH SWT.

3 comments:

Anonymous said...

Insya Allah.

Anonymous said...

Amin...

Anonymous said...

Mcm tu lah pemimpin. "Rakyat mahu tahu duit kita macam mana". Nampak nya timbalan lebih tahu apa yg bermain di kepala rakyat. Nampak dpm lebih faham perasaan akar umbi. Ni cakap sombereno nilai ringgit jatuh sebab "Dr Mahathir bising". Lepas tu kata bukan dia cakap tapi Bank Negara beritau dia mcm tu. Apa da. Nah ni hari Bank Negara keluar kenyataan mengenai ringgit. Takde tuduh tun sbg penyebab. Tak malu ke menteri tu?