Sunday, May 31, 2015

NAJIB RAZAK PERLU LEBIH GENTLEMAN DARI HASSAN MALEK. HADIR PARLIMEN JAWAB ISU 1MDB

Image result for najib+keseorangan+1mdb

KASIHAN Najib Razak.

Disuruh ke Gopeng, pergi Gopeng. Di suruh ke Kuantan, pergi Kuantan. Semalam di suruh ke Perlis, pergi Perlis. Entah minggu depan disuruh ke mana pula, Wallahualam.

Pagi-pagi subuh dah bangun, siapkan diri nak terbang ke hulu dan hilir dihujung minggu. Begitu lah kehidupan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, sejak akhir-akhir ini akibat skandal 1MDB.

Semalam di Perlis, Najib terpaksa memberitahu rakyat Perlis "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian."

Nyata sekali tidur pun terjejas kerana krisis 1MDB.

NASIHAT Jelapang, tak perlulah Najib menyengkang mata, menyeksa diri, bangun subuh-subuh berlari ke airport untuk hadir tiga atau empat program sehari. Rakyat pun hendak juga bercuti di hujung minggu. Tambah-tambah lagi sekarang ini musim cuti sekolah.

Perlu juga ada sedikit simpati kepada Ketua-ketua Perhubungan dan Ketua-ketua Bahagian yang terpaksa bersusah payah mencari bas untuk membawa petani, nelayan, peneroka dan ahli Umno untuk duduk berdiri di depan Najib untuk mendengar rintihan beliau "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian".

KERISAUAN Najib ini boleh DISELESAIKAN dengan mudah. Tidak perlu  belanja wang untuk kumpul 5,000, 12,000, 30,000 atau 40,000 orang.

NAJIB HANYA PERLU HADIR DI PARLIMEN dan berjumpa dengan 221 Ahli-Ahli Parlimen yang juga SAHABAT beliau yang sesetengahnya beliau kenal lama - tiga-empat penggal.

Mereka ini rakan-rakan beliau. Lagipun sekarang ini Parlimen sedang bersidang.

Datanglah, berdiri dalam Parlimen untuk satu jam, mungkin antara jam 10pagi-11pagi, dan JAWAB semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh SAHABAT-SAHABAT Ahli Parlimen beliau mengenai 1MDB.


Datanglah untuk sekejap saja. Tidak perlu lagi Perdana Menteri meminta bantuan Shahril Samad, Rahman Dahlan, Salleh Keruak untuk MENJAWAB BAGI PIHAK BELIAU.

Mereka-mereka ini sudah pasti tidak tahu semua perkara mengenai 1MDB dan hanya beliau saja yang tahu segala-galanya mengenai urusan 1MDB.

HADIRLAH DI PARLIMEN.

YAB Dato' Sri tidak perlu takut.

Tengok Hassan Malek. Cukup gentleman. Kena kutuk pun berani pergi ke Parlimen untuk berhadapan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen beliau dan JAWAB apa saja soalan yang dilontarkan ke arah beliau.

Kita yakin tahap gentleman Najib lebih tinggi dari Dato Seri Hassan Malek.

5 comments:

Anonymous said...

bagus cadangan ini. tak sabar nak dgr apa lagi najib nak kelentong

Anonymous said...

dia tuh syok sendiri. kesana kemari muncul dihadapan ribuan orang untuk saja bercakap tapi bukan untuk ambil tau rintihan dan denyutan nadi rakyat. rakyat tiada pilihan lain melainkan mendengar oleh kerana dah datang beramai ramai.

di parlimen lain pulak citer. dia terpaksa berdepan dengan ahli parlimen. dia boleh bercakap dan boleh pulak disoaljawab. dia nih clueless dan dah tentu takut kalau kalau jawapannya kelak timbul lagi percanggahan dengan 1MDB. nanti pulak kena gelar pembohong lagi.

Anonymous said...

Ish ish ish

Dia pun tak tahu, apa kata suruh rosmah jawab soalan jholow, riza penthouse, riza filem hollywood, altantuya

mungkin dia lebih peka terhadap semua persoalan ini

Anonymous said...

Dia takkan berani tanpa skrip yg tersedia oleh consetan.

Lebih baik suruh fat mama jawab aje.

Anonymous said...

Gentleman kita telah hebah kenaikan 10 sen setiap lts.minyak 95&97 dan diesel.kira oklah tu.masuk.