PERJUANGAN kita ikhlas. Kita berjuang demi agama, bangsa dan negara bukan seperti pemimpin pakatan pembangkang.
Inilah ungkapan yang sering kita dengari di perhimpunan Agong Umno dan kempen-kempen pilihanraya Barisan Nasional dan Umno.
Kini krisis sedang melanda Umno Terengganu berikutan tindakan Najib Razak menggantikan Menteri Besar Terengganu.
Terkini, Umno adalah kerajaan minoriti berikutan tindakan bekas MB Ahmad Said serta beberapa Adun yang menyokongnya mengumumkan keluar parti.
Selama ini kita mudah termakan yang kononnya pemimpin-pemimpin politik di negara kita ikhlas di dalam perjuangan mereka, kononnya mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Bekas MB Terengganu Ahmad Said membuktikan bahawa semua ini adalah mitos.
Ahmad Said membuktikan bahawa perjuangan demi Bangsa, Agama dan Negara adalah perkara kedua. Semua pemimpin, tak kira BN, Umno dan pembangkang, pentingkan jawatan dan diri sendiri. Itu fakta.
Selepas dinobatkan sebagai "reformer" oleh Presiden dari negara paling berkuasa di di dunia, Barack Obama, Najib mahu meneruskan usaha "reform" beliau dengan menukarkan Ahmad Said.
Kalau tak silap kita, selepas PRU-13, bukan Ahmad Said sahaja yang hendak ditukarkan.
MB Pahang juga dikatakan mahu ditukarkan.
Tetapi kenapa hanya Ahmad Said di"buli" Najib? Kenapa tidak ditukarkan Adnan Yaakob dan Musa Aman serentak.
Sekiranya Najib benar-benar mahu melakukan reform, seharusnya beliau menukarkan kesemua mereka ini dalam satu masa.
Sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Abdullah Ahmad Badawi, inilah krisis paling besar yang beliau telah tempuhi.
Krisis ini amat menarik bagi pemerhati politik.
Inilah masanya kita menilai dan menganalisa ketokohan berpolitik Najib dan bagaimana beliau mahu memastikan survival politik beliau.
Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya seperti juga Pulau Pinang dan Selangor.
Jatuhnya Terengganu ke tangan Pas akan bermaksud hilang lah satu lagi sebuah negeri yang kaya ke tangan pembangkang.
Apa pun kesudahannya di Terengganu, kita berharap Najib tidak putus semangat untuk meneruskan reform beliau termasuk menukar MB yang membawa masalah kepada Umno antaranya Negeri Sembilan dan Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
DSN ini menunjukkan kejatuhan UMNO
NAJIB- an absolute reformer.
NAJIB - retak menunggu belah. Mula2 Trengganu. Diikuti olih Sabah. Kemudian Serawak. Kemudian......
NAJIB YANG PATUT LETAK JWATAN.. KEROSAKAN SEKARANG KERANA BELIAU..
Post a Comment