Nyata DYANA SOFIA merupakan personaliti paling popular dalam dunia politik HARI INI terutamanya di media sosial dan di kalangan generasi muda.
Di dalam senarai popular trending Yahoo Malaysia, nama "Dyana" di kedudukan kedua selepas "Teluk Intan", sementara di Google Sabtu lepas, nama Dyana juga di tempat kedua. Tempat pertama ialah perlawanan final FA Cup England antara Hull dan Arsenal.
Kenapa Dyana popular? Dua perkara!
Pertama, kerana Dyana cantik dan berusia muda, berpendidikan tinggi dan seorang peguam.
Kedua, kerana Dyana merupakan anak Melayu yang cantik, dari keluarga Umno, tetapi menjadi ahli DAP.
Begitu popularnya Dyana, sehinggakan BN dan Umno kelihatan begitu defensif dalam menangani "isu Dyana" ini.
Sejak akhir-akhir ini, BN dan Umno berada di dalam suasana amat "kelam kabut".
Cara kerajaan menangani isu MH370 amat memalukan negara. Isu Menteri Besar Terengganu Ahmad Said keluar Umno selepas dilucutkan jawatan dan kembali semula selepas beberapa jam, juga gambaran Umno tidak diurus dengan baik.
Alasan MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor menjadi bahan ketawa. Tiada guna wujudnya MCA sebagai parti politik jika takut bertanding pilihanraya.
Tiada guna jadi parti politik, jika cuba lari dari berhadapan dengan rakyat apatah lagi BN adalah parti pemerintah.
Malahan parti-parti kecil seperti Hamim, Berjasa dan Parti Cintai Malaysia nampak lebih berani dari MCA.
Ketawa kita melihat gelagat Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil menempelak Dyana dan mengingati wanita cantik ini supaya "jangan menjadi pengkhianat bangsa dan negara".
Di dalam hati tertanya-tanya, berapa ringgit duit rakyat yang disamun oleh Dyana selama ini? Bila masanya Dyana menjadi pengkhianat bangsa dan negara?
Adakah Dyana menjadi ahli DAP satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara?
Kalau Dyana pengkhianat Melayu, maka separuh orang Melayu Kedah, majoriti Islam Kelantan, orang Melayu Selangor, Terengganu, Perak yang menyokong pembangkang semasa PRU-13 dulu juga PENGKHIANAT kepada bangsa dan negara.
Dan siapa Shahrizat untuk menegur Dyana?
Kalau hendak dibandingkan antara Shahrizat dan Dyana, bagaikan langit dan bumi.
Lihatlah latarbelakang keluarga Shahrizat yang terlibat dengan skandal lembu NFC yang bernilai RM250 juta.
Hanya dengan berniaga lembu, keluarga beliau mampu memiliki dua unit kondo bernilai RM6.9 juta di Bangsar dan unit kondo bernilai RM10 juta di Anthony Road, Singapura.
Sejak disisih sebagai Menteri Kabinet, Shahrizat masih lagi bertaraf Menteri. Untungnya nasib Shahrizat berbanding jutaan ahli-ahli wanita umno lain yang tak pernah merasa memegang jawatan yang bergaji lumayan seperti beliau.
Sebak Jelapang tengok perjuangan ahli-ahli Wanita bawahan berjuang untuk parti tetapi hasilnya dikaut oleh pemimpin atasan.
Pergi lah ke mana-mana pilihanraya kecil dan lihatlah bagaimana ahli umno berjuang untuk parti.
Bagaimana mereka merayu undi dan diupah dengan beberapa ringgit duit poket.
Semua ini, kita letakkan kesilapannya di bahu Najib Razak. Beliau Presiden Umno dan Pengerusi BN.
Jawatan Presiden dan Perdana Menteri datang dengan tanggungjawab. Presiden akan dilihat tidak bertanggungjawab jika beliau lari dari tanggungjawabnya.
Beliau akan dilihat sebagai pentadbir parti yang lemah jika keputusan yang dibuat beliau lemah.
Dyana cantik dan muda. Tak perlulah kita hendak menidakkannya.
Kenapa Dyana cantik? Kerana Kabinet Najib tua-tua belaka.
Di dalam politik sekarang, pengundi terbayang wajah Dyana.
Tetapi di dalam Umno, pengundi terbayang wajah Tajuddin Rahman, Hassan Malek, Shahrizat Jalil dan Shahidan Kassim.
Bukan salah pengundi. Ianya salah Najib. Najib yang sangat meminati Hassan Malek, Shahidan Kassim, Shahrizat dan Tajuddin Rahman.
Apabila mempunyai pilihan untuk mengenengahkan Wanita Umno yang muda, cantik dan berpendidikan serta berjasa kepada parti, Najib memilih seorang NENEK dari Selangor sebagai Senator.
Sehingga hari ini, Jelapang masih beliau menemui jawapan kenapa Najib memilih Raja Ropiaah Raja Abdullah sebagai yang berusia melepasi 60 tahun sebagai Senator.
Jadi tak perlu lah kita menyalahkan pengundi yang kononnya kita akan mengkhianati bangsa kerana meminati Dyana. Tak kan kita hendak memaksa pengundi muda meminati Raja Ropiaah.
Ia adalah hak demokrasi kita untuk meminati sesiapa pun di dalam politik tanpa mengira parti.
Pada masa ini anak muda meminati Dyana.
Janganlah Najib dan pemimpin-pemimpin Umno memaksa anak-anak muda meminati Shahidan, Hassan dan Tajuddin pula.
Jika itulah yang dilakukan, nampak sangat pemimpin-pemimpin Umno tidak mempunyai citarasa.
Umno berimej tua kerana pemimpinnya tua-tua belaka.
Umno tua kerana Najib di kelilingi oleh pemimpin-pemimpin tua yang sudah bergelar Datuk dan Nenek seperti Hassan Malek, Shahidan, Shahrizat dan Tajuddin.
Ini lah masalah dengan Umno. Orang muda diminta mengundi Umno, jawatan disapu oleh pemimpin tua.
Bagaimanapun, Umno masih boleh diselamatkan dan ini terpulang kepada Najib.
Katanya, selepas pilihanraya kecil Teluk Intan nanti, rombakan Kabinet akan dibuat.
Sekali lagi, ia menjadi pilihan Najib. Samada beliau mahu Umno mengekalkan imej tuanya, atau beliau mahu menandingi parti lawan dengan memberi peluang kepada golongan muda untuk turut menerajui negara.
Pisau di tangan Najib.
Untuk pegetahuan umum (general knowledge), Jelapang senaraikan barisan Menteri Kabinet dari Semenanjung berserta dengan usia mereka di bawah:
1. Najib Razak, 61 tahun.
2. Muhyiddin Yassin, 67 tahun.
3. Jamil Khir, 44
4. Abdul Wahid Omar, 50
5. Shahidan Kassim, 63
6. Razali Ibrahim, 44
7. Paul Low, 67
8. Husni Hanadzlah, 62
9. Ahmad Maslan, 48
10. Hishammuddin Hussein, 53
11. Ismail Sabri, 54
12. Tajuddin Rahman, 66
13. Aziz Kaprawi, 55
14. Idris Jusoh, 59
15. P.Kamalanathan, 49
16. Zahid Hamidi, 61
17. Nazri Aziz, 60
18. Hamzah Zainuddin, 57
19. S.Subramaniam, 61
20. Hilmi Yahya, 65
21. Khairy Jamaluddin, 38
22. M.Saravanan, 46
23. Ismail Mutalib, 60
24. Mustafa Mohamed, 63
25. Hamim Samuri, 56
26. Abu Bakar Mohd Diah, 48
27. G.Palanivel, 65
28. Mahzir Khalid, 54
29. Shafie Apdal, 56
30. Noriah Kasnon, 50
31. Shabery Chik, 56
32. Jailani Johari, 49
33. Tengku Adnan Tengku Mansor, 63
34. Loga Bala Mohan, 48
35. Halimah Saddique, 52
36. Hasan Malek, 68
37. Ahmad Bashah Mohd Hanipah, 64.
Reading between the flags
8 hours ago
3 comments:
JELAPANG,,,,!
ANDA MEMANG BIJAK..!
TABIK SPRING
Tulisan Anda cukup bernas dan tepat.!
Saya bekas ahli UMNO, tapi sekarang sudah tiada lagi. Tiada Parti Politik yang bolih menawan hati saya.
Semua Parti politik lebih lebih lagi ahli Atasan 'CORRUPT'..!, Parti Tupperware pun sama juga....
OCD
tak payahlah engkau nak banding umur menteri....cuba bagi tahu berapa umur kit siang, haji hadi, anwar....20an?....budak perempuan tu cantik....memang patung wayang kulit tentunya cantik muda...tapi engkau tengok dalang yg main peranan di belakang dia tu... mudake? 20an?....semua org tahu dalang di belakang tu lebih tua dari org yg engkau senaraikan itu... sebab apa dap letak org muda?...satu drp sebabnya senang nak dikawal.....tak usahlah engkau menghina manusia kerana tuanya...aku tak tahu mungkin engkau ni org muda kot...kalu engkau hina org tua hari ini esok bila engkau tua org muda zaman itu akan ludah engkau...
Peguam ke??? mana sijil annual, mana legal firm dia. ada LLB ke. Kalau degree in legal studies (dulunya diploma in law), x boleh jadi peguam. pasal kerjaya dan kelayakan pun nak menipu. ni dah buat public salah anggap (misleading). ohhh lupa, PR esp DAP menipu tak pa, boleh diterima, apalagi muda lawa bergetah. nanti ko kena saman, ko ambik si Dyana ni jadi lawyer ko, ada konfiden?
Post a Comment