Thursday, May 8, 2014

ERA AHMAD SAID SEBAGAI MB TERENGGANU BERAKHIR?


MENURUT sebuah akhbar, Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru selepas 16 Mei. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/08/Razif-likely-to-be-new-MB-Ahmad-Said-to-make-way-for-Seberang-Takir-rep-in-Terengganu/

Ahmad Said dikatakan akan digantikan dengan ahli Exco beliau, Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar kedua).

Sebenarnya, cerita Ahmad Said hendak digantikan sudah berlarutan hampir setahun.

Malah sebelum PRU-13 lagi sudah tersebar khabar angin bahawa Ahmad Said tidak akan menjadi MB selepas PRU-13.

Tetapi menurut akhbar tersebut, Ahmad Said telah merayu untuk diberi masa setahun lagi dan telah menandatangani surat perletakan jawatan selepas setahun.

Ini tidak ubah seperti episod di Kedah dahulu di mana Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff mengalami nasib yang sama dan digantikan oleh Sanusi Junid.

Tahniah kepada rakyat Terengganu sekirannya cerita ini benar. Tetapi keadaan di Terengganu belum tentu berubah dengan Menteri Besar yang baru.

Perlis dan Kedah juga mendapat MB yang baru. Tetapi malangnya suasananya tidak berubah.

Sedikit latar belakang Ahmad Razif:

Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 7 November 1965. Beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir ini memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.

No comments: