Thursday, February 27, 2014

ORANG CINA TAK PERLU PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI TETAPI TETAP KAYA

Teringat akan Jelapang suatu majlis yang cukup besar diadakan di UiTM Shah Alam pada September tahun lepas yang disempurnakan oleh Najib Razak.

Majlis tersebut dinamakan: MAJLIS PERMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA.

Maka malam tadi, seorang rakan Jelapang bertanyakan apa hasil yang telah diperolehi berikutan pelancaran program tersebut.

Katanya dia tidak pernah mendengar bangsa Cina, baik melalui DAP, MCA, Gerakan atau parti-parti Cina yang lain, mempunyai PROGRAM KHAS untuk memperkasakan kaum Tionghua.

Katanya lagi, dia tidak pernah dengar MCA membawa berbas-bas penyokong parti untuk berkempen memperkasakan kaum Cina tetapi CINA TETAP PERKASA.

Sebaliknya, orang Melayu membawa berbas-bas penyokong ke UiTM untuk menyaksikan satu majlis perasmian program pemerkasaan Melayu.

Tetapi katanya, bila saja taman perumahan dibuka, majoriti rumah-rumah kedai disapu bersih oleh Kaum Cina.

Dah 60 tahun merdeka, katanya, baru sekarang kita rasa perlu memperkasakan orang Melayu. Itu pun sekadar majlis pelancaran saja. 

Jelapang merasakan rakan kita ini terlalu sinis dan pesimistik terhadap program pemerkasaan yang dilancarkan oleh Najib.

Lebih sinis lagi apabila rakan Jelapang berkata: "Kalau susah sangat nak dapat hasil, isytihar sajalah anak Tun Mahathir sebagai simbol kejayaan Program Pemerkasaan Ekonomi Melayu.
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mokhzani_Azmanantara10terkaya/Article/index_html

Difikirkan balik, ada kebenarannya juga. Kaum Cina tidak pernah ada program permerkasaan kaumnya, tetapi kaum Cina lebih jauh berharta dari orang Melayu.

Dan kita juga hairan, apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Kerajaan yang ditadbir oleh orang Melayu sejak merdeka lagi dalam memperkasakan orang Melayu sehinggakan pada tahun 2013, Kerajaan secara tiba-tiba merasakan perlu untuk melancarkan satu program permerkasaan ekonomi orang Melayu.

Dan sejak dilancarkan besar-besaran oleh Najib September lalu, kita masih tidak mendapat gambaran akan pencapaian program tersebut.

Sebagai memperingati semula majlis tersebut, disenaraikan semula janji Najib untuk memperkasakan orang Melayu.

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Najib sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.
2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.
3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.
4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.
5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.
Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.
6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.
7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.
8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.
11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.
Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.
13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.
15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.
16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.
17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.
18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).
19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.
20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.
21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.
22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.
23. Memperluaskan dasar carve out.
24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.
25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.
26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif
27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.
29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.
30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
31. Membestarikan TERAJU.
32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.
33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.
34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.




1 comment:

Anonymous said...

Kadang-kadang rasanya baik ditukar aje nama bangsa ME-LAYU tu. Asyik nak jadi layu aje terutama dari sudut ekonomi. Mungkin boleh tukar nama bangsa jadi ME-MAJU atau ME-NINGKAT.

Tapi hakikatnya selagi ada perasaan hasad dan dengki yang menebal sesama sendiri pada bangsa MELAYU itu sendiri selagi itulah ianya amat susah untuk maju apatah lagi untuk mengatasi bangsa CINA.