DUA peristiwa penting berlaku semalam.
1) Keputusan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud untuk melepaskan jawatan yang dipegang beliau sejak 32 tahun yang lalu.
2) Timbalan Menteri di Jabatan Menteri P.Waythamoorthy meletakkan semua jawatan di dalam Kerajaan pimpinan Najib Razak.
Keputusan Taib Mahmud mungkin melegakan sesetengah pihak termasuk Najib Razak tetapi kita jangan terlalu yakin. Taib adalah gergasi politik dan Najib terlalu KERDIL untuk menyentuh Taib. Ini bukan kali pertama Taib dikatakan mahu melepaskan jawatan dan kesudahannya impian tidak kesampaian.
Episod keputusan Taib untuk melepaskan jawatan hari demi hari mendatangkan keaiban kepada Najib.
Bayangkan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Najib tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kerajaan negeri Sarawak.
LIHAT LAH KEKERDILAN NAJIB:
1) Keputusan Taib meletakkan jawatan diterima oleh BN Sarawak BUKAN Najib. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_berita/20140209150815&sec=mstar_berita
2) Ketua Menteri baru Sarawak akan DIPILIH OLEH TAIB MAHMUD bukannya Najib. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_berita/20140209164044&sec=mstar_berita
Jauh betul ketokohan Najib jika dibandingkan dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.
MASIH ingatkah kita peristiwa bersejarah ini?
Sejarah ini tercatat pada tanggal 19 April 2013, beberapa minggu sebelum PRU-13.
Pada masa itu, Najib menganggapnya sebagai satu kejayaan yang amat besar.
Pada majlis bersejarah tersebut, Najib menyaksikan penandatangani satu memorandum persefahaman di antara NGO India Hindraf yang di wakili Pengerusinya P.Waythamoorthy.
Antara janji Najib pada Hindraf dan kaum India pada masa itu ialah antaranya menubuhkan satu unit khas untuk membantu kaum India mengatasi masalah kemiskinan dan pengganguran.
http://www.thesundaily.my/node/198382
Berikutan perjanjian MOU itu. Waythamoorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat dari Umno dan MIC.
Tidak sampai setahun menjadi Timbalan Menteri, esok tanggal 10 Feb 2014 Waythamoorthy akan meletakkan semua jawatannya di dalam Kerajaan.
Najib kelu untuk berkata-kata. Apabila ditanya oleh pemberita, Najib enggan menjawab sebarang soalan mengenai Waythamoorthy.
Sepertimana Taib Mahmud dan Waythamoorthy, mereka membuat keputusan TANPA perlu mendapat pandangan Najib sebagai Perdana Menteri.
Umno dan presidennya harus merasa MALU apabila mereka ditidak pedulikan oleh Taib dan Waytha di dalam membuat keputusan mereka.
Bagaimanapun Jelapang ingin merakamkan penghormatan kepada Waytha di atas ketegasan beliau.
Sekurang-kurangnya Waytha benar-benar berpegang kepada perjuangannya dalam memperjuangkan masa depan kaum India.
Janji mesti DITEPATI.
Janji jika dimungkiri padah akibatnya.
Waytha adalah seorang pemimpin berprinsip, tidak seperti pemimpin Umno dan MIC.
Sanggupkah pemimpin Umno dan MIC melepaskan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya JANJI pada bangsa mereka dimungkiri?
Jika hari ini 2 atau 3 Menteri Umno meletakkan jawatan kerana mahukan Najib dan Kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab kepada bangsa, sudah pasti MASADEPAN Umno akan lebih cerah berbanding hari ini.
Tetapi ini tidak akan berlaku. Pemimpin Umno SAYANGKAN jawatan untuk perut sendiri bukannya untuk bangsa.
Hanya di depan media, mulut mereka berkata "saya sayang bangsa".
TAHNIAH P.WAYTHAMOORTHY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bernas sekali penulisan saudara.
- hantu siber -
Betul lah org cakap najib tak bertelur
Padan muka najib.
Post a Comment