Friday, February 14, 2014

AWANG ADEK JADI DUTA KE AMERIKA, JJ KE BANGSA-BANGSA BERSATU?



TAHNIAH kepada Ketua Bahagian Umno Bachok Awang Adek Hussin yang bakal dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sekiranya apa yang ditulis oleh rakan kita Zaharin Sang Kelembai ini benar.

Sudah tentu ini berita paling menggembirakan Awang Adek yang kalah di Parlimen Bachok semasa PRU-13 tahun lepas.

TAHNIAH juga kepada Ahli Parlimen Rompin kerana berjaya mengekalkan STATUS Menteri beliau sekiranya dilantik menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu.

Hasrat Jamaluddin hendak kembali sebagai Menteri Kabinet tidak akan kesampaian kerana sejarah beliau sebagai Menteri Kabinet diselubungi pelbagai isu termasuk isu GANGGUAN SEKSUAL terhadap seorang wanita di sebuah hotel.

Kiranya, menjadi Wakil Tetap Malaysia bertaraf Menteri sudah cukup bagus untuk seseorang yang terjejas imejnya.

Tetapi ada rakan-rakan di dalam Umno berkata, Jamaluddin sudah lama TIDAK BERMINAT untuk kembali ke dalam Kabinet.

Katanya, setakat menjadi Duta pun sudah mencukupi buat Jamaluddin.

Malahan ada juga yang mengatakan ini penggal terakhir Jamaluddin di persada politik.

Jamaluddin dikatakan akan BERSARA dari politik menjelang PRU-14 nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Bengap sangat ke stok Wisma Putra yang ada sampai tak layak dilantik Duta ke US?Sampai orang politik yang kena reject pengundi sendiri perlu dilantik jadi Duta? Dilantik lebih dari sekali pun ada? Biar betul?