Thursday, December 12, 2013

MASAK-MASAK SEMASA BANJIR




SYUKUR kita sebagai  rakyat jelata, mempunyai kerabat DiRaja seperti Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, isteri Tengku Mahkota Pahang.  

Tunku Azizah sanggup mencemar duli untuk bersama rakyat mengharungi musim banjir ini. Kita kagum melihat kesanggupan Tunku Azizah turun ke dapur, memasak untuk dijamu kepada rakyat beliau.

Ini lah Raja sebenar-benarnya Raja yang berjiwa rakyat. Sekurang-kurangnya ada juga seorang kerabat DiRaja yang sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat. Menjunjung kasih Tunku Azizah. 

SEMENTARA itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Karim semasa musim banjir ini berada di Damai Beach Resort di Santubong, Sarawak.
Rohani juga mempamirkan kepakaran beliau memasak. Cuma suasananya berbeza sedikit dari Tunku Azizah. Kalau Tunku Azizah memasak di pusat pemindahan banjir di Pahang, Rohani memasak di hadapan kamera rancangan Nona TV3 berlatarbelakangkan keindahan pantai di Teluk Bandung Isnin lalu.

2 comments:

Anonymous said...

minta semua wakil rakyat kawasan banjir makan tidur bersama mangsa dipusat pemindahan spt ahli parlimen pas rantau panjang siti zailah. walaupun bukan kawasan dia

Anonymous said...

Peminpin wanita contoh tauladan !
LIKE LIKE LIKE!!!
Semoga terus maju khidmat bila giliran naik nakta Sultanah Pahang, dan dengan izin ,DYMM Permais suri Agong,Jika TM Pahang naik jadi DYMM Agong.
Beginilah Raja berjiwa Rakyat.
Susah benar dapat kerabat saperti sri kandi di raja.
Kalau nak bandingkan, RM FLOM isteri PM ,Tengku Ampuan Pahang adalah Permata yang tulin,bukan PERMATA NGO yang di Biayai Ah JIB Gor.
Tahniah TA,anak kapada Sultan Mahmood Iskandar.
arjuna waspada
changkat lobak.