Saturday, November 9, 2013

DR MAHATHIR: KEMPEN ANAK AYAM, DEDAK & BERAS DI SUNGAI LIMAU

PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Saya tidak berniat untuk kempen dalam PRK Sungai Limau. Ini sebahagian dari kawasan saya pada tahun-tahun 1964 – 1969. Saya sukar berkempen di sini. Tetapi kerana sebab tertentu saya lapangkan masa pada 3hb November dan saya memutus untuk ke Sungai Limau.Sungai Limau tebal dengan PAS kerana terdapat guru agama yang terkenal di situ. Tetapi kali ini BN dapat masuk dan saya juga boleh berkempen. Sudah longgar agaknya.
Bendera PAS sama banyak dengan BN. Kit Siang turut berkempen tetapi DAP masih takut bayang-bayang saya. Tumpuan Kit Siang ialah mencaci saya, seolah-olah saya yang bertanding. Kit Siang tidak senang kenapa saya masih aktif selepas bersara.
Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?
Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.
Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.
Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.
Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.
Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.
JELAPANG: Kita benar-benar hendak mendengar apa komen Pengerusi BN Najib Razak mengenai pandangan Tun Dr Mahathir ini. Tetapi kita tidak mengharap sangat reaksi Najib kepada kenyataan ini kerana selama ini, beliau lebih gemar membisu apabila berhadapan dengan isu.
Macam-macam dibuat BN di Sungai Limau yang dari awal lagi kita sudah tahu mustahil BN akan menang.
Kalau dari awal Najib membuat keputusan untuk BN tidak bertanding di Sungai Limau sebagai menghormati Allahyarham Ustaz Azizan Razak, sudah pasti nama Najib akan harum hari ini.
Tetapi agenda politik Najib lebih besar dari agenda mengharumkan nama beliau. Ada berpendapat, Najib tahu BN akan kalah tetapi mencemari imej Mukhriz Mahathir lebih penting dari mengharumkan nama beliau.
Kalah tetap kalah. Tak perlu hendak mendabik dada pengundi Cina sudah kembali kepada BN. PRK Sungai Limau tidak penting untuk pengundi Cina. Yang penting untuk kaum Cina ialah pilihanraya umum. Dan yang pasti, di dalam PRU-14 nanti, Cina tetap akan menyokong Pakatan Rakyat walau banyak mana pun curahan wang dibuat oleh BN seperti mana peruntukan jutaan ringgit diberikan kepada dua sekolah Cina di Sungai Limau.
Macam-macam telah dilakukan oleh BN di Sungai Limau - jualan murah, pesta mengejar itik dan macam-macam lagi. Keputusan BN tetap KALAH.
Bagaimana pun, PRK Sungai Limau meninggalkan sedikit kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan buat selama-lamanya.
Kenangan tersebut ialah janji Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang mahu membina KOMPLEKS IMIGRESEN DI SUNGAI LIMAU.
Kalau difikirkan balik, memang patutlah Tun Dr Mahathir mahukan Najib mengugurkan Ahmad Maslan dari Kabinet Najib.

1 comment:

Bersatu Bersetia Berhidmat. said...

Lagi satu.MT dan Menteri termasuk EXCO Wanita .Pemuda dan Puteri Malaysia yang turun bukan jumpa pengundi Sungai Limau pun.Mereka jumpa dengan kroni mereka kerana hendak ucapkan terima kasih kerana undi mesa pemilhan UMNO baru ini.
Langsung mereka tidak jumpa pengundi Sungai Limau.Menteri buat majlis pun pegawai kerajaan yang banyak.Pengundi dalam kampung dan dari tengah-tengah bendang lansung tidak terlibat.Dalam celah-celah dan ruang beginilah petugas Pas/PKR masuk kempen.
Petugas pro Pas begitu mudah sekali membuat kerja mereka.Ada juga pemimpin cuma sambil lalu dan lewa sahaja atas dasar makan angin.

Banyak pgrogram kerajaan yang melibatkan Menteri membazir wang sahaja.Sebenarnya Pas bukanlah kuat sangat di Sungai Limau.Tetapi sikap pemimpin UMNO itu sendiri.

Disungai Limau kalau kena cara UMNO boleh menang.

Kalau macam ini PRU 14 mungkin majoriti Pas di Sungai Limau akan meningkat balik macam PRU 13 yang lalu.

Pada keseluruhannya jentera parti UMNO masib lemah terutama jentera UMNOP Jerai itu sendiri.
Manakala jentera UMNO Negeri makan angin di markas besar sahaja yg mereka namakan Command Centre.

Jentera UMNO negeri negeri terhad kerana katanya ada ketua tempat mengundi(PDM) yang enggan beri kerjasama dalam kerja berkempen.

UMNO Malaysia sekadar lepas batuk ditangga.Bila Menteri turun barulah ramai kerumun macam semut dengan gula.Pengundi sebenar sebagai sasaran tak dirancang dengan cara professional.

Itulah tradisi UMNO dalam PRK dalam kawasan Pas kuat.Mereka ingat mudah dengan kebendaan dan bantaun tak seberapa.Itulah nilai dan standard pengundi Melayu.